Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Satu

D iam tak diam sudah 38 tahun seniman agung P.Ramlee meninggalkan kita. Saya adalah antara sekian ramai yang meminati seniman lagenda yang tidak akan ada gantinya ini. P.Ramlee tidak akan ada duanya. Dia cuma satu sahaja walapun ramainya yang terkial-kial hendak jadi macam dia. Ada yang berpuli-puli menyanyi lagunya dan ingin bersuara macam dia. Namun dia tetap satu. Tiada gandingan. Benar kata pepatah, Yang patah akan tumbuh dan yang hilang kan berganti tetapi ternyata sampai kini pun tidak ada seorang pun anak seni yang seratus peratus menyamai bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh anak kelahiran Pulau Pinang ini. Insan istemewa yang nama asalnya Teuku Zakaria Nyak Puteh tidak akan ada duanya sampai bila-bila pun. Huruf P dipangkal nama Ramlee itu sesungguhnya membawa tuah yang bukan kepalang hebatnya dalam memberi kecemerlangan kepada bintang seni beliau. Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak

Kerdil

H aziq bertanya kepada saya tentang mesin dialysis.Dia pulang dari melihat atok kawannya di hospital. Katanya, atok kawannya ada masalah buah pinggang. Saya gunakan kesempatan ini untuk bercerita sedikit kepadanya tentang hebatnya Allah berbanding manusia. Mesin sebesar itu digunakan untuk menggantikan ciptaan Allah yang begitu kecil iaitu buah pinggang. Kerdilnya manusia. Selama bertahun kita hidup di dunia, tidak pernah sesekali Allah meminta bayaran di atas nikmatnya buah pinggang yang kita miliki. Dan kadangkala kita tidak pernah terfikir pun mengenai hal ini, seperti mana bicara Syed Qutb, kita jarang bersyukur kerana kita sudah terbiasa dengan nikmat tersebut. Cuba bayangkan, kalau Allah tarik sekejap sahaja nikmat tersebut? Terlalu banyak nikmat Allah yang perlu kita syukuri. Ketahuilah bahawa manusia itu terlalu kerdil Namun kekerdilan itu semacam tidak mendatangkan keinsafan dalam diri kita. Mengapa hati kita begitu keras? Tepuk dada, tanyalah iman. Saya beritahu dia b

Janji

S aya mendengar Ustaz mentadabbur ayat ini di corong radio semalam. Saya semakin gerun dengan hati sendiri sebenarnya. Bimbang sangat. Banyaknya janji kita dengan Allah. Namun lebih banyak pula yang tidak ditunai dari yang ditunai. Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh" Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan). Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. (Surah Attaubah: 75-77) Berapa kali kita berjanji dengan Allah? Terlalu

20Kasih

D iam tak diam sudah dua dekad saya dan isteri  mengharungi hidup berumah tangga yang dibina. Tanggal 24.5.91 mengesahkan hubungan kami sebagai suami isteri setelah empat tahun diberi peluang untuk kenal hati dan budi. Alam berumahtangga memang tidak lari dari menongkah arus ujian.Semakin dewasa usia perkahwinan, semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Kemantapan rumahtangga tidak semata-matanya bergantung pada cinta seperti di awal-awal perkahwinan dahulu. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi perlu disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta memang hebat tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang lebih hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab. Cinta juga untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz " Aku terima nikahnya " oleh suami bukan bererti kita menerima, sebaliknya untuk memberi. Suami sebenarnya memikul tanggungjawab untuk memberi kasih sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya. Saling percaya juga penting dalam membina

1/3malam

R asulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: إِذَا مَضَى شَطْرُ اللَّيْلِ أَوْ ثُلُثَاهُ يَنْزِلُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُوْلُ: هَلْ مِنْ سَائِلٍ فَيُعْطَى، هَلْ مِنْ دَاعٍ فَيُسْتَجَابَ لَهُ، هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ فَيُغْفَرَ لَهُ حَتَّى يَنْفَجِرَ الصُّبْحَ. (رواه مسلم) Jika telah lewat setengah malam atau sepertiganya, Allah Tabaroka wata'ala turun ke langit dunia dan berkata: “Bagi mereka yang meminta akan Aku beri, bagi mereka yang berdo’a akan Aku kabulkan, dan bagi mereka yang meminta ampun akan Aku ampuni dia” hingga masuk waktu subuh. (HR. Muslim)   At-Tanukhi mengatakan: Alkisah seorang menteri di Baghdad telah berlaku zalim terhadap kekayaan seorang wanita tua. Hartanya dirampas dan semua hak wanita itu dicabut. Tapi Si Wanita Tua dengan berani mengadukan kezaliman menteri tersebut dan memprotes kekejamannya. Sang Menteri sama sekali tidak mengakui kekejamannya. Si Wanita Tua kemudian mengancam,   'Jika

Subsidi

K habarnya negara menanggung lebih 20 billion untuk subsidi. Satu jumlah yang agak besar.I su subsidi memang panas dan emosional. Tidak kira di negara kaya seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah atau negara miskin seperti Mesir. Di Mesir berlaku rusuhan apabila subsidi roti dikurangkan menyebabkan harga roti melambung tinggi. Di Eropah petani merusuh dengan membinasakan hasil keluaran seperti tomato, susu lembu dan sebagainya.   Di negara kita pula, ramai kelam kabut melampau setiap kali bila harga petrol diumum naik. Stesyen minyak diterjah bagaikan minyak akan kehabisan! Tidak ada salahnya subsidi ini. Ia memang perlu untuk rakyat. Cuma bukan untuk semua lapisan rakyat. Yang kaya tidak perlulah menumpang sama subsidi ini. Justeru pemberian subsidi yang melata ini, kita lihat golongan kaya yang pakai kereta mewah seperti Mercedes Benz dan BMW dapat subsidi minyak petrol yang berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton. Mereka akan m

Ibu

S eorang anak kecil yang comel meluru keluar rumah tanpa toleh kiri dan kanan. Malang sungguh anak ini. Sebuah kereta melanggarnya. Darah berlumuran dan membasahi jalan. Si ibu mencari anaknya. Ibu ini baharu sahaja memarahi anaknya. Ibu bergegas keluar dan cukup terkejut melihat anaknya terbaring di jalan. Ibu kesal bukan kepalang. Dia memangku satu-satu anaknya yang ada dan telah meninggalkannya untuk selama-lamanya. Dia mula sedar kesilapannya. Dia seorang ibu yang terlalu mementingkan kesempurnaan. Rumah yang dihuni perlu sentiasa bersih dan kemas. Tersusun rapi. Dia sangat cerewet. Anak tidak dibenar menyentuh barang-barang. Tidak juga dibenar menyepahkan barang. Anak cukup minat melukis. Lantai ditumpahi warna air. Ibu marah-marah. Bukan tidak ramai ibu yang begini. Kerana ibu yang begini, bakat dan kreativiti anak-anak macam dibunuh. Anak merasa tertekan. Kemuncaknya anak mengakhiri keperitannya dengan sebuah kematian. Ini hanya sebuah kisah dari sebuah drama yang sempat s

Habuan

A lkisah Pak Luncai memberitahu empat orang anaknya bahawa dia bakal membuat pengumuman penting yang pasti menggembirakan mereka. Keempat-empat anak ini tidak sabar-sabar untuk mendengarnya. Mereka amat berharap bapa mereka tidak menghampakan mereka seperti selalu. Gah sahaja namun kosong dan hampa. Sudah acapkali mereka diperbodohkan oleh Pak Luncai. Hari berganti hari. Malam beralih siang. Tibalah saat yang dinanti-nanti. Keempat beradik ini menunggu dengan penuh debar. Dalam fikiran masing-masing sudah terbayang sesuatu yang indah-indah dan menyeronokkan. Mereka berempat memang patut diberikan ganjaran pun kerana selama ini merekalah yang berhempas pulas mengusahakan ladang jagung Pak Luncai. "Bapak amat menghargai penat lelah kamu berempat selama ini. Ladang jagung kita lumayan hasilnya. Tanpa usaha kamu berempat tidak mungkin kita akan untung besar macam sekarang". kata Pak Luncai. "Mulai esok, kamu berempat akan terus bekerja seperti biasa. Upah juga macam b

Emosi

"Teknik penceritaan yang menyentuh emosi memang mantap apabila digunakan dalam proses mempengaruh " (Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni, laman 32) B ijaknya pembikin drama bermain dengan emosi penonton. Subjek ibu cukup dekat dihati penonton. Tidak ada penonton yang tidak tersentuh hatinya kalau dalam drama dipaparkan kisah ibu yang terluka dek perbuatan anak yang kurang ajar dan tidak reti membalas jasa. Saya sempat menonton Diari Bonda lewat Tv1. Ia sebuah drama dibikin khas untuk Hari Ibu. Pada saya ia drama yang klise. Juga stereotype. Kisah seorang ibu tunggal yang bertungkus lumus untuk membesarkan tiga orang anaknya dengan bekerja siang dan malam bersengkang mata. Yang memilukan pengorbanan si ibu tidak dihargai oleh anak lelakinya. Ibu dicemuh. Hati ibu luluh bukan kepalang. Di penghujung cerita, emosi saya dibuai sayu. Sebak.Hiba. Drama yang pada mulanya tidak mahu saya langsaikan hingga ke penyudah merentap dan meruntun emosi saya semahunya. Saya berjaya di

Gula

G ula naik lagi. Ini bermakna orang ramai yang kaki gula perlu berbelanja lebih untuk gula dan segala jenis makanan dan minuman yang berkaitan gula. Tidak dinafikan gula cukup penting dalam kehidupan manusia sejak dahulu lagi. Saya ingat masa kecil dahulu gula pernah dijual dengan harga 25 sen sekati. Gula dijual lambak dan dibungkus dengan kertas suratkhabar yang dibentuk kon. Kemudian diikat dengan tali guni. Kuatnya atok dan nenek saya makan gula namun mereka tidak pernah mengadu pun diserang kencing manis.Atok Dolah masih segar di usia 91 tahun. Dengan kenaikan gula, tidak dapat tiada harga minuman di warung pastinya akan turut naik. Peniaga yang cuma fikir fasal untung melihat pengguna perlu menerima kesannya. Saya melihat harga minuman tidak perlu dinaikkan pun. Jual ikut harga sedia ada. Tidak perlulah pengguna dibebankan. Kurangkan sahaja kuantiti gula dalam minuman dan secawan kopi masih boleh dijual dengan harga lama. Saya melakukan sesuatu yang luar biasa bila ke warun

13Mei

P eristiwa berdarah yang berlaku pada hari ini 42 tahun yang lalu saya kira masih segar di ingatan kebanyakan rakyat negara ini khususnya yang menyaksikan secara langsung peristiwa tersebut. Antara ingat dan lupa saya yang ketika itu berusia sekitar 8 tahun cuma sedar pilihanraya dijalankan pada tahun itu dan tentunya kampung saya juga turut merasai bahang kehangatan kempennya. Kalau tidak silap saya, Datuk Musa Hitam antara calun yang turut bertanding selain G.Pasamanickam. Saya ada mendengar orang bercerita bahawa telah berlaku "peperangan" antara orang Melayu dan orang China. Mereka saling berbunuhan. Di usia 8 tahun tentunya tidak banyak cerita yang dapat saya serap dan ingat. Ketika belajar di sekolah menengah saya terjumpa sebuah buku milik ayah saya yang mengisahkan peristiwa 13 Mei 1969 karya Tunku Abdul Rahman. Saya teruja untuk membacanya dan mendapat gambaran sebenar rusuhan kaum yang amat tragis itu. Dalam penelitiannya, Tunku merumuskan bahawa rusuhan kaum pa

Cinta

B eberapa hari dari sekarang, Mak Itam bakal bermenantu lagi. Anak bujangnya bakal membawa suri dalam rumahnya yang suram selama ini. Cinta bakal menyatukan dua insan lagi. Kata AlFarabi cinta dan rumahtangga tidak dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Jika ia dibina hanya untuk makan minum, rumah dan tangga, kereta, perhubungan kelamin apalah bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua. Cinta kelas kedua ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Cinta kelas pertama dibina atas dasar cinta Allah menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Cinta itu tapaknya di hati bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya. Jangan sesekali kita meminggirkan Allah kerana Dialah yang mengurniakan rasa cinta. Jangan juga dilupakan Rasulullah kerana dia yang

Bisu

K adang-kadang kalau telinga diasak tanpa henti dengan celoteh pun membosankan. Lontaran kata-kata terpacul bertalu-talu dari mulut sedangkan anggota badan yang lain kaku, kejang tidak berfungsi. Inilah yang lazimnya berlaku. Lalu tidaklah menghairankan persembahan yang cuma baru berlalu dua minit sudah dirasa bagai dua jam gamaknya. Hambar, tawar dan beku. Memualkan. Saya menonton Maharaja Lawak dan meneliti penggunaan bahasa badan para pesertanya. Rata-rata lebih banyak bersuara dari membisu. Mesej dihumban kepada penonton melalui kata-kata yang sesekali menerbitkan deraian ketawa. Penonton tidak diberi peluang untuk mentafsir sendiri. Penonton tidak berfikir. Saya setuju dengan Ahmad Idham, Kumpulan Jambu tampil lain daripada yang lain. Jambu tidak bergelut dengan kata-kata lucu untuk merangsang penonton supaya ketawa terbahak-bahak. Jambu hebat bermain dengan bahasa badan. Riak muka dimanpulasi sepenuhnya. Gerak tubuh dilengganglenggok penuh gaya dan menghantar makna sendiri-sen

Pahit

B ila demam, makanan yang dijamah rasa pahit. Makanan yang manis sekalipun, rasanya menjadi sepahit jamu.Selera makan pun berkurang. Sejak tiga hari yang lalu diuji dengan demam. Agak luarbiasa demam kali ini. Hampir habis ubat yang dibekalkan oleh doktor namun demam tidak kebah seluruhnya. Saya ke klinik yang lain. Kata orang klinik ini lebih baik ubatnya. Saya mencubanya. Betul. Konsultasi pun lebih setengah jam. Cukup teliti. Satu persatu ditanya. Ubat yang diambil sebelumnya juga diteliti. Katanya, ubat ada darjatnya. Baik dan lebih baik. Asbab ubatnya yang dikatakan lebih "berkualiti" Allah mengembalikan semula kesihatan saya. Rasa sedikit segar. Selera bangkit semula. Dalam sakit, ada sesuatu yang dipelajari. Kata Ustaz Zaharuddin sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi. Cara Allah untuk menghapuskan dosa hambanya termasuk saya. Tidak kita sedar ada dosa yang