Skip to main content

Jodoh

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Saya sempat menonton drama di TV3. Ceritanya saya kira cukup menarik kerana tema yang disajikan agak berlainan daripada tema-tema klise drama Melayu sebelum ini. Saya percaya cerita ini diangkat dari kisah benar seorang lelaki yang disyaratkan bekerja selama 12 tahun di ladang epal. Dosanya memakan sebiji epal milik tuan punya ladang hanya boleh dimaafkan sekiranya dia menerima syarat yang dikenakan itu.Dia juga dikehendaki menerima tawaran tuan punya ladang epal itu supaya memperisterikan anak perempuannya, Ummu Khair Fatimah.

Drama yang diberi jodol Lorong Cahaya membawa tema yang hampir sama cuma pendekatan, olahan dan jalan ceritanya agak berlainan sesuai dengan tuntutan masa sekarang. Pun begitu, olahannya sangat menarik disamping adaptasi yang sangat kreatif. Dua orang lelaki muda diberi ujian oleh Tok Leh apabila keduanya menawarkan diri untuk berguru dengan Tok Leh. Tok Leh memang penuh dengan muslihat.Ujian yang perlu mereka lalui memang amat getir dan jurinya ialah 3I iaitu Ikhlas, Iman dan Ihsan. Dua anak muda ini disyaratkan menguruskan jenazah, menggali liang lahat. Hanya bekalan 3I sahaja yang memberi mereka kekuatan untuk melaksanakan tugas itu. Pada saya di bahagian inilah kekuatan drama ini.

Syarat terakhir benar-benar menguji keikhlasan kedua anak muda ini, iaitu Nuh dan Amin. Tok Leh menawarkan cucu perempuannya sebagai calon isteri kepada mereka. Tok Leh bermuslihat lagi. Dia mempersembahkan cucunya yang sumbing. Sebaik-baik sahaja melihat gadis yang sumbing itu, Amin beralasan. Dia menolak tawaran itu dan bergegas untuk balik meninggalkan rumah Tok Leh. Nuh pula menyahutnya dengan tenang.

Di hujung cerita, Nuh dinikahkan dengan Adawiyah, cucu Tok Leh. Adawiyah tidak sumbing sebenarnya. Dia seorang yang jelita dan sempurna sifatnya. Tuk Leh berjaya mencari keikhlasan dalam diri Nuh. Keikhlasan Nuh berbayar!

Pena Tumpul- Berhati-hati memilih menantu

Comments

Popular posts from this blog

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...