K habarnya, pihak mempelai lelaki yang saya ha diri ini membelanjakan sekitar RM 2 2 ,000 untuk jamuan makanan sahaja. Itu belum te rmasuk kos khemah dan juga andaman yang mungkin boleh menjangkau rib uan r i nggit lagi. Tingginya kos menganjurkan majlis perkahwinan sekarang. Kata seorang rakan saya, b elanja kenduri makan sebanyak itu sesuai bagi ibu bapa pengantin ataupun pengantin yang bertaraf jutawan. Memang ada benarnya katanya itu. Kita ada pilihan seb enarnya sama ada untuk berbelanja tinggi atau sebaliknya. Saya selalu percaya setiap apa yang dilakukan wajar sekali meng ikut kemampuan kita sendiri. Bak kata pepatah, ukur baju ikut badan sendiri. Jangan pula besar kerak dari nasi atau besar pasak dari tiang. Tidak perlulah ikut orang dan fikir sangat apa orang lain kata nanti. Ikut kemampuan dan keselesaan sendi ri adalah lebih baik lagi. Kata orang tua lagi, ikut kata orang terjum masuk lubuk. Sudah tahu diri tidak pandai berenang, mengapa mahu terjun juga d