Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Petir

P etir dan kilat sekarang luar biasa impaknya. Angin juga bertiup kencang. Kesan daripada ribut petir dan kilat sabung menyabung, bekalan letrik juga terjejas. Deretan tiga buah bilik tidak berfungsi lampu dan kipasnya. Ia berlaku sejurus selepas petir dan kilat yang kuat. Saya menggunakan khidmat juruletrik untuk mengenal pasti apa yang berlaku. Hasilnya dia mendapati ia berpunca daripada sistem pendawaian yang tidak menurut spesifikasi. Khabarnya banyak juga rumah yang terbabit dan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang mendesak mahu cepat. Saya yang buat-buat tidak dengar dengan dentuman petir dan cahaya kilat ketika memesin rumput petang ini dimarahi isteri dan bapa mentua. Katanya ada yang menerima padah kerana tindakan berani itu. Saya cuma mampu menahan telinga sahaja dipasak leteran isteri yang bertalu-talu. Saya tahu memang bahaya pun.  Pagi ini bila sampai di tempat kerja, saya terkejut melihat sebatang pokok yang agak besar juga tumbang kerana tercabut ak

Pemimpin

P emimpin yang hebat tahu bila sepatutnya dia berundur. Dia akan meninggalkan lapangan tanpa dipaksa. Pun begitu tidak ramai pemimpin yang berbuat begitu. Lebih ramai yang akan terus melekat bagaikan mahu menunggu selama-lamanya hingga hujung nyawa. Pemimpin yang liat begini selalunya memandang sepi pelbagai isyarat yang dipamerkan oleh orang ramai terhadapnya. Pemimpin begini akan dilihat bagai syok sendiri merasai diri masih disukai sedangkan ramai yang lebih suka agar dia berundur sahaja. David Heenan,dalam bukunya  Leaving on Top: Graceful Exits for Leaders , menyebut tentang empat jenis pemimpin; yang bertahan sepanjang zaman dan tidak perlu untuk berundur pun, yang sudah tua bangka tetapi masih liat untuk berundur, yang pernah keluar dan masuk balik kerana rasa cukup hebat dan pemimpin yang sedia untuk berundur di waktu yang betul. Di kalangan kita, pemimpin yang liat untuk berundur memang ramai, tidak kira sama ada dalam politik atau dalam bidang sukan. Dalam persatuan suk

Melayu

B eberapa hari yang lalu saya ditanya oleh seorang rakan sekerja berketurunan China tentang pandangan orang Melayu terhadap orang China. Ia tentunya berkait rapat dengan isu yang membabitkan dua kaum ini. Isu rasis pastinya. Saya kata pandangan saya terhadap orang China sentiasa positif. Dia gusar kerana dalam kemelut api perkauman yang sedang bertiup selepas PRU13, orang Melayu memandang serong penuh dendam kepadanya. Katanya pada 13 Mei dia tidak memerap dalam rumah dan tidak berani keluar khuatir apa-apa yang buruk bakal berlaku. Dia juga hairan kenapa sebuah akhbar tempatan milik orang Melayu gemar sangat membangkitkan isu perkauman dalam tulisannya. Saya kata tidak perlulah ditimbulkan perkara itu kerana akhbar China lebih marak lagi api perkaumannya. Saya melihat setiap kaum berhak memperjuangkan kaumnya. Dalam hubungan ini ia tidak wajar dilihat sebagai rasis. Saya membaca sebuah rencana yang ditulis oleh seorang ilmuan berketurunan China yang beragama Islam. Keras dan t

Durian

S udah agak lama juga saya tidak melihat durian di dusun lebat buahnya. Hari cuti begini saya tidak biarkan berlalu begitu. Saya ke dusun sebentar. Durian tidak sangat menjadi. Musim-musim lalu menyaksikan fenomena buah sekejap lekat sekejap tidak. Bunga-bunga durian yang kelihatan banyak berakhir dengan cuma sebiji dua yang melekat atau dalam banyak keadaan tidak melekat langsung. Saya bukan penggemar durian berbanding isteri yang boleh disifatkan sebagai "hantu" durian. Bila isteri mengupas durian saya tidak pernah rasa terpanggil untuk mendekatinya malah perlu dipaksa untuk menjamah seulas dua. Bagi saya lebih nikmat kalau pulut dimakan bersama santan durian. Bila durian berbuah agak lebat kali ini, saya lihat isteri bukan kepalang terujanya. Dengan beberapa batang pokok durian saka yang ada, saya kira cukup banyak untuk makan raja buah ini semahu-mahunya dan sepuasnya. Mungkin juga sampai tak larat nak makan. Saya pun tidak bercadang hendak menjualnya kerana dengan ha

22Kasih

D iam tak diam sudah 22 tahun saya dan isteri  melayari  hidup berumah tangga.Tanggal 24.5.91 mengesahkan hubungan kami sebagai suami isteri setelah empat tahun diberi peluang untuk kenal hati dan budi sebelum mengakhirinya dengan perkahwinan penuh restu keluarga.  Alam berumahtangga memang tidak lari dari menongkah arus ujian. Memang itu pun asam garam dan pahit manis hidup bersama. Semakin dewasa usia perkahwinan, semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Kemantapan rumahtangga tidak semata-matanya bergantung pada cinta seperti di awal-awal perkahwinan dahulu. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi perlu disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta memang hebat tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang lebih hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab. Kata orang, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah

Saksi

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan ". (Yaasin:65) S aya menyertai bengkel " High Impact Presentation Skills" selama dua hari dan belajar sedikit ilmu baru untuk berucap di depan khalayak Selebihnya banyak menjurus kepada borak-borak kosong yang berlaku secara santai sekali. Tiada banyak yang baru pun kecuali pengulangan beberapa perkara yang sudah lama diketahui namun diolah dalam bentuk baru.  Pun begitu ada sesuatu yang sangat menarik perhatian saya walaupun ia juga bukan ilmu baru. Namun ada ada nilai tambahnya. Ia tentang pentingnya komunikasi tanpa lisan dalam mencapai komunikasi berimpak tinggi. Dalam kebanyakan penyampaian kepentingan bahasa badan selain dari mulut sering dikesampingkan. Ketika saya disuntik dengan penceramah bahawa perkataan yang terlontar dari mulut bukan satu-satunya bentuk komunikasi yang ada, saya sekonyong-ko

Hadang

P etang ini saya melihat untuk kesekian kalinya lagi sebuah kereta ini di letak menghadang sebuah kereta lain. Saya yakin ia dilakukan secara sengaja oleh pemilik kereta ini. Sebabnya cukup mudah untuk ditelah. Kereta lain itu didapati "menceroboh" petak letak kereta yang "dikhaskan" untuk keretanya. Saya kira ia sebagai tanda protes atau pun ingin memberitahu kepada penceroboh tadi supaya jangan senang-senang meletak kereta di petak yang terang-terang bukan miliknya. Barangkali ingin menyampaikan mesej yang cukup jelas bahawa dia tidak suka petak letak keretanya diceroboh orang lain. Saya menggelengkan kepala menyaksikan adegan yang tidak sepatutnya dilihat di sebuah menara gading yang dihuni mereka yang berilmu dan bertamadun. Adalah salah menceroboh petak kereta yang telah dikhaskan untuk pemilik kereta tertentu. Saya bersetuju bahawa pemilik kereta yang menceroboh itu memang patut disalahkan malah patut menerbitkan rasa marah orang lain lebih-lebih lagi "