S esekali melayani cebisan kisah lawak yang singgah di laman maya seronok juga. Kisah lucu menghilangkan sedikit tekanan. Benar tidaknya kisah ini bukanlah penting kerana yang lebih penting ia menghiburkan dan mampu buat kita senyum kalau pun tidak sampai ketawa berdekah-dekah. Kisah ini terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, merupakan sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tidak pernah mengenai sasarannya. "Satu pun tak kena??? Argghhh!!! sakit jiwa aku macam ni, apa nak jadi dengan kau ni??? ",sergah Kapten pasukan." Sorry tuann! ! ! tersasar tuan!! !" balas penembak tu. "Takpe... takpe ... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena juga, tinggalkan sahaja lapang sasar ini dan jangan datang-datang lagi" bentak Kapten. Walaupun jarak tembakan di dekatkan, sasaran penembak malang ini masih ...