K etika makan kenduri di rumah Pawang Jidin aka Pawang Medan seorang Pakcik bercerita tentang keraguan terhadap ayam-ayam yang disembelih di pasar-pasar awam. Dia mempersoalkan sejauh mana ayam-ayam itu disembelih seperti yang dikehendaki oleh syariat. Keraguannya memang berasas. Kita tidak pernah tahu dan tidak juga pernah berminat untuk tahu bagaimana ayam-ayam itu disembelih. Apa yang kita tahu, di pasar sudah sedia tersusun ayam-ayam yang sudah siap segalanya. Licin dan bulat tanpa seurat bulu pun. Siapa yang menyembelihnya, tidak pernah kita persoalkan. Kata Pakcik ini dia pernah terserempak seawal subuh, ayam-ayam ini disembelih oleh seorang yang bukan Islam iaitu pemilik gerai ayam itu sendiri kerana memenuhi permintaan pelanggan yang sangat-sangat memerlukannya di waktu itu. Kalau inilah yang berlaku di depan mata apatah lagi di belakang tabir, keperluan sangat mendesak supaya kita boleh dan tahu menyembelih. Soalnya, berapa ramai di kalangan kita yang tahu menyembelih d