Skip to main content

Ukasyah

Dalam program Halaqah TV9 yang saya tonton, Ustaz Zul Ramli bercakap tentang seorang sahabat Nabi bernama Ukasyah. Pemuda ini memohon kepada Nabi untuk memukul Nabi dan Nabi meluluskan permintaannya.

Riwayat ini sangat-sangat memilukan sehingga mampu menitiskan air mata sesiapa pun yang mendengarnya. Saya tidak terkecuali.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. pada saat sudah dekat wafatnya Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka’at bersama semua yang hadir.

Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkataā€œAllhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kalian, yang kasih dan sayang pada kalian semua seperti seorang ayah. Oleh kerana itu kalau ada yang mempunyai hak untuk menuntutku, maka hendaklah ia bangun dan balaslah saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.ā€

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama ā€˜Ukasyah bin Muhshan dan berkata: ā€œDemi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w, kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu melakukan hal ini.ā€ Lalu ā€˜Ukasyah berkata lagi: ā€œSesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya ingin tahu sama anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut.

Rasulullah s.a.w. berkata: ā€œWahai ā€˜Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.ā€ Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: ā€œWahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari.ā€ Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata: ā€œRasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqisas.

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: ā€œSiapakah di pintu?.ā€ Lalu Bilal r.a. berkata: ā€œSaya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau.ā€

Kemudian Fatimah r.a. berkata: ā€œWahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.ā€ Berkata Bilal r.a.: ā€œWahai Fatimah, ayahandamu telah menyediakan dirinya untuk diqisas.ā€ Bertanya Fatimah. r.a. lagi: ā€œWahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqisas Rasulullah s.a.w.?.ā€ Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., segeralah Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah S.A.W.Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ā€˜Ukasyah.

Ketika melihat hal itu maka sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq dan sayyidina Umar bin Khattab berdiri dan berkata, ā€œHai Ukasyah! Kami sekarang berada di hadapanmu! Pukul dan qisaslah kami berdua sepuasmu dan jangan sekali-kali engkau pukul Rasulullah saw.!ā€

 Namun, dengan lembut, Rasulullah saw. berkata kepada kedua sahabat terkasihnya itu, ā€œDuduklah kalian berdua. Allah telah mengetahui kedudukan kalian.ā€ Kemudian berdiri sayyidina Ali bin Abi Thalib yang langsung berkata, ā€œHai Ukasyah! Aku ini sekarang masih hidup di hadapan Nabi saw. Aku tidak sampai hati melihat kalau engkau akan mengambil kesempatan qisas memukul Rasulullah. Inilah punggungku, maka qisaslah aku dengan tanganmu dan deralah aku semaumu dengan tangan engkau sendiri!ā€ Berkata Rasulullah saw. ā€œAllah swt. telah tahu kedudukanmu dan niatmu, wahai Ali!ā€

Setelah itu cucu Rasulullah Hasan dan Husin bangun dengan berkata: ā€œWahai ā€˜Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqisas kami sama dengan kamu menqisas Rasulullah s.a.w.ā€ Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: ā€œWahai buah hatiku, duduklah kalian berdua.ā€ Berkata Rasulullah s.a.w. ā€œWahai ā€˜Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.ā€ Kemudian ā€˜Ukasyah berkata: ā€œYa Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.ā€

Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, terlihatlah kulit baginda yang putih dan halus maka menangislah semua yang hadir.seketika ā€˜Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; ā€œSaya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini kerana saya hendak menyentuhkan badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.ā€ Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: ā€œDengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.

Kemudian semua jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: ā€œWahai ā€˜Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.ā€

Pena Tumpul - Tak tonton Halaqah, rugi

Comments

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

LailatulQadr

S aya melihat sekeliling saya orang sibuk bercakap fasal Lailatul Qadr. Di sepuluh malam terakhir ini memang itu pun fokus kita selain terus menjalankan ibadah puasa. Semua tahu bahawa di bulan ini, Allah anugerahkan kita umat Muhamad dengan satu malam yang super hebat. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menyamai tempoh kita beribadat lebih 83 tahun. Hebat kan! Pagi ini lewat corong radio seorang Ustaz bercerita kenapa umat Muhammad Allah kurniakan malam yang bernilai 83 tahun ini. Katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita bahawa beliau mendapat wahyu dari Allah tentang seorang laki-laki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah saw. sangat kagum, lalu beliau berdoa, "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan." Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw. dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan ole...