Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Bah

“ S esungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Allah) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan kiri (kepada mereka dikatakan): “ Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”. Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun-kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.” (Surah Saba’: 15-17) Air bah yang kini melanda Kelantan dikatakan paling teruk sejak 1967.  Ia dikatakan lebih teruk daripada banjir-banjir sebelumnya. Malah ramai yang tidak menyangka banjir di negeri ini akan seburuk itu.Pahang dan Terengganu juga

Hujan

L angit di Segamat pagi ini tidak  cerah lagi.  Mendung dan sugul. Matahari pun segan-segan untuk memancarkan sinarnya. Hujan sekejap lebat sekejap renyai, berhenti dan hujan lagi. Fenomena biasa hujung tahun. Air sungai semakin menaik malah sudah ada yang melimpah dan memuntah di bahu jalan. Sejuk dan dingin. Petanda bahawa Segamat bakal banjir lagi. Nampaknya Segamat sinonim dengan banjir. Segamat sering dikaitkan dengan banjir besar. Beberapa siri banjir besar terdahulu memberi peringatan dan pengajaran cukup berguna kepada warga Segar Amat ini untuk tidak lalai dan alpa. Saya melihat mereka memang sudah belajar dari pengalaman hitam masa lalu. Lori-lori berisi muatan ulang alik memindah barangan ke tempat yang agak selamat. Khabarnya, pengusaha pasar raya juga sudah mula memindahkan malah mengosongkan sedikit demi sedikit barang jualan. Mereka tidak mahu kerugian lagi. Premis-premis perniagaan juga dilihat meletakkan guni-guni pasir sebagai benteng penahan air di depan pintu ut

Bola

S aya ingat-ingat lupa kali terakhir saya duduk depan tv tanpa ganjak menonton perlawanan bola. Yang pasti ia sudah amat lama. Kehebatan penggila bola berjaga sampai pagi menunggu perlawanan bola di tv tentunya amat menghairankan saya. Saya tidak pernah terpanggil pun untuk bersengkang mata duduk berjam-jam depan tv bersorak sorai bagaikan penonton fanatik yang hilang arah. Sekali sekala bertindak bagaikan jurulatih di depan tv. Hebatnya pukauan sebuah bola bulat ini yang dikerutung 22 pemain dan meralibkan jutaan penonton seluruh dunia. Semalam saya kecundang bila turut sama menumpang keghairahan, keseronokan, keterujaan bersama Haziq dan isteri untuk satu perlawanan bola yang dinanti jutaan rakyat Malaysia. Saya mempersendakan Haziq dan mamanya yang sejak beberapa minggu lalu dijangkiti demam bola yang tidak kebah-kebah. Dua jam saya berada dalam kasut peminat bola. Saya rasa apa yang mereka pernah dan sudah lama mereka rasa. Rasa seronok berselang seli rasa tertekan, cemas, deba

Kembali

S atu demi satu bintang yang pernah menyinar dalam dunia filem negara kembali menemui Penciptanya. Awal pagi ini kita kehilangan sebutir lagi bintang dengan perginya Seniman Mustafa Maarof di usia 79 tahun. Seniman yang bersuara lunak dan lembut dalam filem lakonannya ini adalah sebarisan pelakon era hitam putih yang sangat menarik perhatian saya. Saya tidak dapat menahan rasa sedih bila mendengar berita kematiannya pagi ini. Antara filem lakonan beliau yang sangat memberi kesan ialah watak yang dibawanya sebagai Deli dalam Seri Mersing berganding dengan Nordin Ahmad. Penampilannya dalam Sultan Mahmud mangkat dijulang juga bersama dengan Nordin Ahmad sangat menarik. Kekuatannya terletak pada kelunakan suaranya, lembut namun tegas. Tidak ramai pelakon memiliki suara lunak sepertinya. Lakonannya dalam Naga Tasik Chini juga tidak kurang hebatnya. Saya melihat bintang-bintang era filem hitam putih bagaikan sudah tiada lagi yang tinggal malah boleh dibilang dengan jari. Antara yang ma

Hilang

S ejak beberapa hari minggu kebelakangan kecenderungan untuk menulis walau pun sebaris dua di blog ini dirasa amat sukar dan berat sekali. Banyaknya yang ingin dicoretkan namun saya dibelenggu rasa yang sukar untuk dijelaskan. Saya tidak tahu entah di mana tersangkutnya semangat yang dulu. Rasa malas. Lesu dan tidak bermaya. Ranap dan punah. Kosong dan hambar. Pelbagai.  Menujah rasa dan membelasah minda. Sama ada saya kehilangan sesuatu atau sedang mencari sesuatu, itu tidak pasti. Pena Tumpul -  Hanya Jauhari yang mengenal manikam

Jujur

S ikap jujur dalam tindakan dan usaha merupakan sikap yang amat bermakna. Kejujuran memberikan kekuatan biar pun memberi kesusahan kepada diri sendiri. Kisah seorang kanak-kanak ini yang dipanggil Denkoyang terpilih untuk menjadi pengganti maharaja  boleh membuatkan kita berfikir betapa pentingnya kejujuran. Ceritanya begini. Seorang maharaja di negara sebelah Timur semakin meningkat umur dan sudah sampai masanya untuk memilih pengganti yang layak bagi memerintah kerajaannya. Baginda membuat keputusan untuk membuka pencalonan kepada rakyatnya di seluruh negara dan tidak mempedulikan penolong atau anak-anaknya sendiri. Maharaja ini mahu melakukan sesuatu yang berbeza! Pada suatu hari, baginda memanggil anak-anak muda yang pintar, cerdas dan terpilih datang ke taman istana kerana mahu melihat bakal-bakal pewaris takhta. Katanya,“ Sudah sampai masanya beta turun dari takhta dan memilih maharaja yang baru. Beta telah merancang untuk memilih salah seorang daripada kamu yang ada