Sikap jujur dalam tindakan dan usaha merupakan sikap yang amat bermakna. Kejujuran memberikan kekuatan
biar pun memberi kesusahan kepada diri sendiri. Kisah seorang kanak-kanak
ini yang dipanggil Denkoyang terpilih untuk menjadi pengganti maharaja boleh membuatkan kita
berfikir betapa pentingnya kejujuran.
Ceritanya begini. Seorang maharaja di negara sebelah Timur semakin meningkat umur dan sudah sampai masanya untuk memilih pengganti yang layak bagi memerintah kerajaannya. Baginda membuat keputusan untuk membuka pencalonan kepada rakyatnya di seluruh negara dan tidak mempedulikan penolong atau anak-anaknya sendiri. Maharaja ini mahu melakukan sesuatu yang berbeza!
Pada suatu hari, baginda memanggil anak-anak muda yang pintar, cerdas dan terpilih datang ke taman istana kerana mahu melihat bakal-bakal pewaris takhta. Katanya,“Sudah sampai masanya beta turun dari takhta dan memilih maharaja yang baru. Beta telah merancang untuk memilih salah seorang daripada kamu yang ada di sini, wahai anak-anak muda.”
Kanak-kanak ini terkejut termasuklah Denko.
Tetapi maharaja meneruskan titahnya, “Beta akan memberi anak benih kepada kamu semua pada hari ini ... sangat istimewa. Beta mahu kamu menanam biji benih ini, siram dengan air dan jaga betul-betul. Setahun dari sekarang, kamu datang semula ke sini. Beta akan memilih tanaman yang kamu bawa dan beta juga akan memilih salah seorang daripada kamu untuk menjadi maharaja.”
Seorang kanak-kanak yang bernama Denko ini sangat seronok menerima bijih daripada maharaja dan pulang ke rumah lalu menceritakan kepada ibunya apa yang harus dilakukan.
Ibu menyediakan pasu bunga dan mencari tanah yang sesuai untuk mempastikan biji benih ini dapat tumbuh dengan baik.
Setiap hari Denko akan menyiram pasu bunga dan hatinya sentiasa teruja untuk melihat biji benih tadi tumbuh.Tiga minggu telah berlalu, kawan-kawannya yang lain mula bercakap mengenai biji benih masing-masing yang mula tumbuh. Denko sentiasa memeriksa biji benihnya tetapi tidak ada tanda-tanda hendak membesar atau mengeluarkan tunas. Tiga minggu, empat minggu, lima minggu telah berlalu tetapi tidak ada apa-apa.Sehingga sekarang, rakan-rakannya yang lain bercakap tentang pokok masing-masing yang telah membesar, merimbun dan sangat cantik tetapi Denko telah menyalahkan dirinya kerana membunuh biji benih maharaja. Dia menyesal.
Enam bulan berlalu,Denko masih terkial-kial dan berasa malu dengan rakan-rakan setiap kali ditanya apa yang berlaku pada pokoknya. Denko diam sahaja tetapi terus berharap ada pokok yang akan tumbuh nanti.
Sampai genap setahun, anak-anak muda yang diberi tugasan oleh maharaja perlu kembali mengadap baginda untuk mempersembahkan hasil masing-masing. Denko memberitahu ibunya yang dia keberatan untuk pergi kerana pasu bunganya kosong, biji benih tak mahu hidup!
Seorang ibu yang baik menasihati anaknya. “Pergilah, awak mesti jujur dan beritahu apa yang telah berlaku”. Denko tahu ibunya betul lalu dia mengambil pasu bunga dan beredar ke istana maharaja.
Apabila Denko sampai ke taman istana, dia terkejut kerana melihat pelbagai jenis pokok yang berwarna-warni. Cantik dan menarik.Denko meletakkan pasu bunganya yang kosong.
Kah! Kah! Kah! Semua rakannya ketawa. Mana pokoknya?
Denko menundukkan kepala dan mulai risau apabila maharaja berangkat untuk melihat hasil bakal maharaja, pemegang amanah negara. Dia memilih untuk berada di belakang rakan-rakannya yang lain kerana takut maharaja murka.
Apabila berada di hadapan pokok bakal maharaja, baginda terkejut. “Pokok apa yang telah kamu tanam ni, macam-macam jenis. Tapi tak mengapa. Hari ini beta akan memilih bakal pengganti beta.”
Semua pasu bunga bakal maharaja ada pokok masing-masing kecuali Denko.Dari celah-celah rakan-rakannya, Denko dipanggil ke hadapan oleh Maharaja.
Hati Denko semakin bergetar. “Mahu aku dibunuhnya kerana aku telah gagal!”
“Siapa nama kamu?” tanya Maharaja.
"Denko" Ketika ini rakan-rakannya mula ketawa. Lucu.
Maharaja mula merah mukanya dan meminta semua sekali diam. Bukan masanya untuk berjenaka dan bergelak ketawa.
Baginda melihat ke arah Denkodan membuat pengumuman kepada yang hadir.“Inilah maharaja yang baru, namanya Denko!”
Denko tidak percaya. Macam mana dia boleh menjadi maharaja? Biji benihnya tak pernah tumbuh?
Maharaja seorang yang bijak. “Setahun yang lalu, beta telah memberi setiap orang bakal pengganti beta sebiji benih. Beta menyuruh kamu menjaga biji benih ini dengan baik, menyiramnya dan bawa balik kepada beta pada hari ini. Tetapi tahukah kamu apa jenis biji benih tersebut? Ia telah dimasak dengan air panas dan tidak akan tumbuh. Apabila kamu dapati biji benih ini tidak tumbuh, kamu gantikan dengan yang lain. Jadi, pada hari ini hanya Ling seorang yang berani membawa pasu bunga kosong kepada beta. Oleh itu, beta memilih Ling sebagai maharaja baru!”
Bersikap jujur memang sangat berbaloi buat Denko!
Pena Tumpul - Jika menanam kejujuran, kita akan mendapat kepercayaan.

Comments