Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Menebas

S aya tidak boleh bertahan lebih lama lagi melihat rumput dan lalang yang tumbuh meliar di tebing bukit. Ia menyemakkan pandangan sesemak rimbunan itu sendiri. Tanpa diminta lewat petang ini, saya meringankan tulang menebas semak samun yang saya kira hampir enam bulan tidak pernah di usik itu. Pada mulanya saya bercadang untuk menggunakan mesin seperti yang saya pernah lakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Ia lebih mudah dan cepat. Namun memikirkan tidak pula cukup selesa lagi untuk mendokong mesin di atas tebing yang tidak kurang curamnya itu saya mengambil keputusan untuk menggunakan parang sahaja. Menggunakan mesin di atas tebing yang curam perlukan keupayaan untuk menimbang badan agar tidak tergelincir dan melangsar ke bawah. Kerja menjadi mudah dengan sebilah parang tajam yang tidak pernah tumpul di tangan ayah mentua. Sambil menyelam minum air - tubuh dibasahi peluh dan yang semak sudah dilangsaikan. "Hati-hati menebas tu bang, parang tu tajam, ingat dulu" . Sempa

Renungan

Z aman dahulu bila duduk saja dekat restoran kita akan tanya,teh ais ada? Zaman sekarang kita akan tanya "mamak, password wifi apa"... Zaman dahulu, imam akan ingatkan, "luruskan saf, rapatkan antara tumit".. Zaman sekarang imam akan ingatkan,"matikan handphone Zaman dahulu kita terima khabar mengejut dengan telegram, Zaman sekarang kita sembang dengan telegram ... Zaman dahulu banyak accident kereta sebab terlelap, Zaman sekarang banyak accident sebab sibuk whatsapp. Zaman dulu kita berjual beli pakai timbang kati, Zaman sekarang kita jual beli pakai GST   Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung. Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau? Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang. Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan. Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak

Penutup

S aya mengakhiri Syawal kali ini dengan menikmati juadah hasil air tangan emak. Dalam kepayahan dan kesihatan yang tidak berapa baik,emak menggagahkan diri ke dapor menyediakan ketupat segera selain kari ayam. Selain itu,diperkuatkan lagi dengan 200 batang sate yang emak tempah dari jiran sebelah rumah. Tidak lupa,seperti selalu atas permintaan emak, isteri melengkapkan menu hidangan dengan sentuhan emas goreng mamaknya. Hampir sebulan Syawal emak tiada di rumah dan bila balik di penghujung Syawal,jiran-jiran rapat emak menyuarakan ingin berkunjung raya. Emak tidak mahu menghampakan mereka. Semua orang tahu itu dalam soal menjamu orang, emak memang nombor satu. Malah ada yang berkata kalau tidak datang kenduri rumah Mak Hindon,ia satu kerugian besar. Bukan cara emak untuk menjamu orang makan sekadarnya sahaja. Emak juga pastikan setiap tetamu yang datang akan balik tanpa tangan kosong. Di penghujung jamuan,saya melihat hidangan yang disaji hampir tiada yang tinggal.Emak puas hati

Rumah

P ada hari raya yang baru lalu saya seperti biasa berkunjung ke kampung melawat atok dan nenek yang masih ada dan kian dimamah usia. Selain daripada Atok Dolah dan nenek saya juga saban tahun tidak pernah lupa untuk berkunjung ke rumah Atok Uda. Nenek tua ini sudah uzur benar, berusia lewat 70an dan jalan pun sudah bongkok-bongkok. Namun ingatannya masih segar dan kuat. Emak saya dan arwah ayah saya sendiri amat rapat dengan Tok Uda yang kini tinggal seorang diri di rumah yang sudah agak uzur - mencerminkan pemiliknya. Namun, rumah tua ini khabarnya menyimpan kenangan paling manis buat ibu saya dan juga arwah ayah. Di rumah tua inilah kononnya berlangsung majlis perkahwinan keduanya pada sekitar 1956 dahulu. Menitis juga air mata bila mengenangkan arwah ayah yang sudah hampir 10 tahun meninggalkan kami semua. Pena Tumpul - Terkejut bila diberitahu emak berkahwin pada usia yang amat muda

Solat

S aya sering bertanya kepada diri sendiri tentang kualiti solat yang dikerjakan. Antara soalan yang kerap menghentak fikiran ialah sama ada solat yang kita lakukan sejak baligh sehingga ke hari ini diterima Allah?  Kalau pun kita solat, sejauh manakah kita khusyuk semasa mendirikannya, kerana khusyuk merupakan salah satu syarat untuk solat itu diterima Allah.   Pagi ini lewat corong radio saya dengar Ustaz Abu Hasan Din bercakap tentang solat dan lima tahap solat. Menarik dan boleh dijadikan panduan untuk kita menilai solat yang kita dirikan selama ini.   Kata Ustaz Hasan Din,tahap solat yang paling bawah ialah solat orang jahil. Solat begini didirikan oleh yang baru berjinak dengan solat dan tidak sangat mendalami tentang solat.Dalam lain perkataan, solat asal buat sahaja. Solat begini tidak berperanan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Solat begini tidak memberi kesan kepada pelakunya pun.  Lebih baik sedikit daripada solatul jahilin,ialah sol

Sayu

S ayu adalah perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Ia terbit dari gejolak rasa yang sarat dengan kesedihan yang sukar untuk dijelaskan. Hari Raya kali ini menyaksikan wajah-wajah sayu atok, emak, Mak Itam, Mak Ngah dan Mak Utih. Saya melihat emak bergenang air matanya bila bersalam dengan Atok Dolah. Bukan emak tidak selalu bersalam dan bermaafan dengan atok, namun kali ini jelas terpancar kesedihan emak. Saya tumpang sayu dan sebak melihat emak berpelukan dengan Mak Ngah dan Mak Itam. Mak Itam mengadu tidak sesihat dulu. Mak Utih pula kelihatan sedikit segar dan agak pulih dari sakit yang ditanggung setahun yang lalu. Mak Ngah pun tidak secergas dulu. Mereka pastinya menyimpan pelbagai cerita  sendiri yang tidak mampu saya selami. Mungkin mengenangkan arwah nenek yang sudah lama pergi meninggalkan atok dan kami semua. Mungkin juga melihat diri yang kian dimamah usia dan mengimbau kenangan-kenangan manis menyambut raya bertahun-tahun dulu ketika insan-insan tersay