Skip to main content

Solat

Saya sering bertanya kepada diri sendiri tentang kualiti solat yang dikerjakan. Antara soalan yang kerap menghentak fikiran ialah sama ada solat yang kita lakukan sejak baligh sehingga ke hari ini diterima Allah?  Kalau pun kita solat, sejauh manakah kita khusyuk semasa mendirikannya, kerana khusyuk merupakan salah satu syarat untuk solat itu diterima Allah.
 
Pagi ini lewat corong radio saya dengar Ustaz Abu Hasan Din bercakap tentang solat dan lima tahap solat. Menarik dan boleh dijadikan panduan untuk kita menilai solat yang kita dirikan selama ini.
 
Kata Ustaz Hasan Din,tahap solat yang paling bawah ialah solat orang jahil. Solat begini didirikan oleh yang baru berjinak dengan solat dan tidak sangat mendalami tentang solat.Dalam lain perkataan, solat asal buat sahaja. Solat begini tidak berperanan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Solat begini tidak memberi kesan kepada pelakunya pun. 

Lebih baik sedikit daripada solatul jahilin,ialah solatul ayyidin iaitu solat orang biasa-biasa. Seterusnya meningkat kepada solat orang arif. Solat yang didirikan oleh mereka yang ada ilmu tentang solat dan sentiasa belajar dengan orang yang lebih arif untuk mencapai kesempurnaan dalam solat. Kemudian meningkat kepada tahap yang lebih baik lagi iaitu solat orang khusyuk. Bila solat, bukan sahaja tubuh dihadapkan kepada Pencipta, malah seluruh jiwa raganya. Bulat hanya untukNya. Solat yang memang khusyuk. Kata Ustaz Hasan Din, tanda paling mudah untuk menilai sama ada kita khusyuk atau tidak dalam solat ialah adakah kita rasa nak cepat habis dalam solat. Kalau ada rasa itu, solat kita memang tidak khusyuk pun sebab kita tidak seronok dalam solat.

Akhirnya, solat tahap tertinggi ialah solatul muhsinun. Pastinya solat begini dimiliki oleh wali-wali Allah dan para Rasul. Tidak bermakna kita sebagai orang biasa-biasa tidak boleh mencapai tahap ini. Boleh sahaja kalau kita memang bersungguh-sungguh mendapatkannya.

Di mana letaknya solat kita?

Pena Tumpul - Sedang menyukat solat diri

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...