Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Pandangan

Apa pula pandangan kita melihat gambar ini? L ain orang lain lain pandangannya. Kita tidak boleh mengharapkan pandangan orang lain perlu sama dengan pandangan kita. Setiap orang berhak untuk berlainan pandangan sebenarnya dan itu perlu dihormati. Pandangan yang berbeza terbit dari latarbelakang, pegangan, fikiran dan fahaman yang juga berbeza. Justeru itulah budak-budak melihat sungai sebagai tempat yang seronok untuk bermandi manda sementara di mata seorang penggila ikan air tawar, sungai dipandang sebagai lubuk ikan. Bak kata orang putih, thinking make it so. Saya menemukan kisah yang melucukan ini dalam kantung email saya. Ia ada kaitan dengan berbeza pandangan. Ada seorang wanita dalam keadaan berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. Sepanjang perjalanan, pengayuh beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut. Merasakan dirinya diperhatikan oleh pengayuh beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke

Urut

H aziq dikesan berjalan terhincut-hincut bila balik daripada latihan sukan petang tadi. Tentunya gara-gara bermain bola sepak, sukan yang amat diminatinya. Saya tidak mampu menahan minatnya cuma sering berpesan supaya jangan terlalu rakus di padang. Namun, keseronokan di padang membuatnya lupa segala pesanan yang diberikan. Nah, dia yang menanggung padahnya. Kesian juga tengok, apabila sebelah malamnya merengek minta di urutkan. Saya enggan kerana ingin memberi pengajaran yang paling berharga buatnya supaya lebih berhati-hati bila bila di padang. Mama yang belas tidak sampai hati cuba mengurut kalau-kalau boleh mengurangkan kesakitan yang ditanggung. Mama gagal melegakan malah menambah kesakitan yang ada. Saya cadangkan supaya Haziq dibawa berurut dengan Tok Yem  yang memang agak hebat juga dalam bab mengurut. Haziq tiada pilihan tetapi akur dengan cadangan saya. Syukur, Haziq pulih dari seliuhnya. Pagi ini, dia sudah mula bising-bising mula mohon diizinkan bermain bola lagi denga

Tiru

S aya selalu percaya menunjukkan contoh teladan yang baik  adalah cara paling terbaik dalam mendidik anak-anak kita. Lazimnya, anak kita akan buat apa yang dia nampak kita buat. Dia akan tiru apa yang kita buat di depan matanya. Kalau baik yang kita pamerkan, baiklah yang akan dilakukannya. Begitulah sebaliknya. Justeru itu, kalau kita mahu anak kita baca buku dan mengulangkaji pelajarannya, kita sendiri perlu baca buku sama atau pun sekurang-kurangnya membaca suratkhabar. Adalah sangat janggal ketika kita bertegang leher menyuruhnya membaca buku, kita pula sebok melayari internet misalnya. Bila kita kata, tidak baik untuk merokok, sepatutnya kita sendiri pun tidak merokok. Kalau kita suruh dia bangun awal pagi, kita sepatutnya bangun lebih awal dari itu dan bukannya bangkit dinihari. Bila kita kata, makan sayuran itu sangat bagus, adalah sangat pelik bila kita sendiri benci kepada sayur. Senarainya sangat panjang. Itu dan ini. Begitu dan begini. Sebaik-baiknya, janganlah kita jad

Peranan

S ejak kehilangan pekerjaan tiga tahun yang lalu, seorang kenalan rapat saya ini duduk di rumah ketika isteri keluar bekerja. Di rumah dia berperanan bagaikan suri (sura lebih sesuai) rumah. Dia buat apa yang selalunya dibuat oleh wanita. Dia mencuci pakaian dan menyidainya dijemuran malah mengangkitnya juga setelah kering, mengemas rumah juga memasak. Pendek kata dia melakukan kerja-kerja yang kelihatannya agak janggal untuk dilakukan oleh kaum lelaki secara sepenuh masa begitu. Sesekali berpeluang menemuinya, dia tetap berkata tanpa gagal, "Saya selesa dengan apa yang saya lakukan selama tiga tahun kebelakangan ini, tak ada masalah pun" Semalam saya menemuinya lagi dan jawapan yang sama tetap terpacul dari mulutnya. Saya menjangkakan dia telah pun memiliki pekerjaan baru setimpal dengan kelayakan, kebolehan dan pengalamannya. Bukan dia tidak pernah berusaha untuk itu, barangkali belum berjumpa yang secocok dengan minatnya. Saya mengira dia pastinya sudah "sedap"

Mudahnya

D alam hidup ini kita sering di beri dua pilihan. Ada yang memilih jalan mudah dan tidak kurang yang cenderung untuk memilih jalan susah. Ada benda yang mudah untuk diperoleh dan ada yang susah juga untuk kita miliki. Kadang-kadang kita tidak perlu bersusah-susah pun untuk mendapatkan sesuatu yang kelihatannya susah. Tidak kurang yang memandang remeh benda yang nampak mudah. Namun yang nampak mudah itulah yang sebenarnya bukan susah pun sangat untuk kita kecapi. Saya ingin berkongsi cerita yang memaparkan bahawa mudahnya untuk memperolehi sesuatu sekiranya kita memandangnya mudah. Mantoba, seorang pencari kerja yang bakal masuk ke bilik temuduga, memungut sampah kertas di lantai ke dalam tong sampah,dan hal itu terlihat oleh seorang yang bakal menemuduganya, dan dia mendapatkan pekerjaan tersebut.Ternyata untuk memperoleh penghargaan sangat mudah, cukup memelihara kebiasaan yang baik. Di situasi yang lain, Mantoba dilihat bekerja di bengkel kereta. Suatu hari ada seorang yang agak

Pertolongan

" H idup ini tidak sentiasa dalam keadaan stabil, adakalanya kita mengalami dugaan dan cabaran hidup. Jawatan, kekayaan dan kesenangan yang dimiliki saat ini hanyalah merupakan "baju" yang boleh hilang sekelip mata. Namun kebahagiaan yang diperoleh melalui pemberian dengan tulus ikhlas adalah sesuatu yang abadi" Saya percaya ramai yang bersetuju bila kita berhasrat untuk menolong seseorang yang mendatangi kita di dalam saat-saat kesusahannya, soal balasan atas bantuan yang diberikan tidak sangat menjadi perkiraan. Kita juga berharap yang meminta pertolongan tidak juga memikirkan soal ganjaran yang patut diberi kepada yang menolongnya. Sejak sebulan yang lalu saya sedaya upaya membantu seorang kenalan yang tidak begitu rapat menyelesaikan masalah yang dihadapi anaknya. Saya tidak pasti mengapa dia begitu yakin saya mampu membantunya, namun kepercayaan yang telah diberikan tidak pula ingin saya persiakan selain hajatnya yang tidak patut dihampakan. Malam tadi dia mend

Dipilih

K elas "Organizational Behaviour" awal pagi ini menyaksikan saya dalam keadaan yang amat kecewa. Cuma 1/5 atau kurang dari 20% yang mampu menghadirkan diri ke kelas, itu pun bersama raut wajah yang bagaikan terpaksa. Dalam tempoh setengah jam pertama, saya melihat seorang demi seorang pelajar mundar mandir masuk, tidak bermaya, kecewanya saya! Alasan paling biasa bahawa mereka dijangkiti sindrom "overslept" sudah tidak mampu untuk saya terimanya lagi. Apa gunanya memiliki telefon bimbit yang mahal-mahal dan canggih lengkap dengan penggera masa kalau ianya tidak mampu mengejutkan kita untuk terus lena diulit mimpi! Bukan itu alasannya. Saya sudah terlalu jenuh untuk menelan alasan yang tidak bertamadun begitu. Hari ini saya tidak mahu menyalahkan mereka. Saya bersikap terlalu jujur dan apologis kepada yang hadir. " If you think my teaching does not fulfill your needs, feel free to voice out your grouses and grievances. And if you think, coming to my class

Mendengar

H ampir sebulan saya mencari secebis kertas yang saya ingat-ingat lupa terselit di antara laman-laman buku yang saya pernah baca.Cebisan kertas itu terkandung di dalamnya nombor telefon yang perlu sangat untuk saya hubungi. Nombor telefon itu memang amat penting bagi saya malah keluarga saya juga. Pagi ini saya digerakkan hati dan begitu terdorong untuk membaca semula sebuah buku yang pernah saya baca dulu. Saya menulusuri dan menghayati bab demi bab dan helaian demi helaian tanpa gagal. Membaca sebuah buku buat kali kedua selalunya memberi kesan yang berbeza berbanding bacaan pertama dulu. Lebih mendalam penghayatannya. Ingatan terhadap cebisan kertas yang hilang itu tidak pernah padam pun sejak saya mula kehilangannya dulu. Sesekali ia menerjah dalam fikiran namun tidak pula sampai menganggu tumpuan terhadap buku yang sedang dibaca. Keajaiban berlaku. Kebesaran Tuhan dipertontonkan dengan jelas di depan mata.  Allah memang maha mendengar rintihan hambanya. Seperti kata pengaran

Damai

S epupu saya yang diperlukan untuk berpindah tempat kerja masih lagi berbelah bagi dalam membuat keputusan. Saya menemuinya semalam dan setelah seminggu berlalu, beliau dilhat agak enggan untuk meninggalkan bandar kecil ini. Beliau betul-betul tidak mahu berhijrah ke kota batu, Kuala Lumpur. Alasannya mudah, beliau tidak betah dengan hiruk pikuk kosmopolitan. Beliau tahu beliau tidak akan rasa damai dan selesa di Kuala Lumpur, berbanding Segamat. Saya setuju dan juga tidak setuju. Saya beritahu padanya sebuah cerita yang saya harap dapat mengubah tanggapannya tentang damai. Seorang raja menganjurkan satu pertandingan lukisan yang bertemakan damai. Akhirnya dua lukisan yang menyentuh hatinya terpilih untuk diadili. Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Cukup tenang airnya sehingga ia bagaikan cermin yang berupaya memantulkan kedamaian gunung-gunung yang menjulang tinggi disekitarnya. Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Semua yang

Prasangka

L azimnya kita sebagai manusia biasa mudah sangat bersangka yang bukan-bukan sekiranya terpandang sesuatu yang luar dari biasa. Pelbagai andaian yang tidak elok yang menerjah difikiran. Lebih menyakitkan sekiranya akan terpacul dari mulut menghamburkan kata-kata yang tidak enak di dengar. Alangkah eloknya sekiranya disiasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan terhadap apa yang kita lihat. Atau lebih baik, diam sahaja supaya tidak ada hati yang terguris. Kisah ini amat menarik untuk dikongsi. Seorang tua dan anaknya dalam lingkungan awal 20an berada dalam keretapi yang menunggu masa untuk bergerak. Sebaik-baik sahaja keretapi bergerak, anak muda ini gembira bukan kepalang bagaikan tidak pernah naik keretapi lakunya. Ketika bapanya bagaikan tidak kesah dengan apa yang berlaku, penumpang-penumpang yang lain dibungkam kehairanan. Anak muda ini menjulurkan sebelah tangannya keluar tingkap dan merasakan pukulan angin yang kuat mendesah tangannya. "Ayah, tengok pok

Desiran

D esiran air terjun yang didengar mengalir deras di celah-celah batu terasa menenangkan. Saya singgah sebentar di Air Terjun Gunung Ledang dalam perjalanan pulang dari Melaka. Ramainya orang sehingga hampir setiap pelusuk ditakluki. Namun saya, isteri dan Haziq dapat juga melolosi ruang yang masih tinggal. Main-main air. Sejuk dan menyegarkan. Mahu sahaja berendam terus dengan pakaian yang melekat di tubuh. Seingat saya kali terakhir saya di sini sekitar 10 tahun lalu. Lamanya. Di waktu sekolah dahulu sekitar awal 80an agak kerap juga saya ke sini, bermandi manda bersama rakan-rakan. Seronoknya kala itu menghabiskan masa setengah hari berendam sambil menikmati keindahan panorama. Tidak perlu bawa makanan pun. Beli sahaja nasi lemak bungkus daun pisang yang dijaja oleh budak-budak di situ. Murah tetapi sedap. Masa itu stamina masih hebat. Menyusuri air terjun selagi terdaya. Hari ini setelah lebih 20 tahun berlalu saya ingin terus naik lebih atas lagi. Terasa mengahnya. Isteri pul

Nostalgik

"Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu" L ontaran dialog klasik oleh Allahyarham seniman Nordin Ahmad sekitar 50 tahun lalu sememangnya masih diingati sehingga kini. Diungkapkan menerusi filem Sri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani, dialog penuh emosi itu cukup dikagumi oleh segenap penggemar filem Melayu sehinggakan ia tetap segar biarpun sudah berpuluh tahun berlalu. Saya menontonnya lagi malam tadi untuk kesekian kalinya. Tidak rasa bosan pun. Begitulah penangan keasyikan, penghayatan dan kuatnya emosi yang dibawakan oleh Allahyarham seniman itu yang boleh dikatakan cukup sinonim dengan filem-filem Melayu klasik Saya melihat Sri Mersing adalah karya yang mengangkat martabat bangsa Melayu. Indahnya Bahasa Melayu yang digunakan. Istilah dan dialog yang tersusun rapi disulami dengan seloka, pantun, gurindam dan madah yang cukup enak didengar. Struktur naratifnya lembut namun bergelor

Kesukaran

"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan ." (Alam Nashrah:5-6) A llah menegaskan ini dan mengulanginya sebanyak dua kali. Bahawa kita perlu berkeyakinan bahawa setiap kesukaran selalu membawa kemungkinan-kemungkinan yang bertentangan di masa hadapan. Seorang Ustaz yang didengar di corong radio awal pagi ini membacakan ayat ini sebagai asas kepada keperluan untuk kita bersabar dengan dugaan kesukaran yang kita hadapi. Selalunya kemudahan akan menyusul selepas berlalunya kesukaran. Juga akan hadirnya nikmat selepas beredarnya dugaan yang menimpa di awalnya. Itu janji Allah pada kita. Seperti kata Abdullah Alwi AlHadad, "Jika dengan hikmah Allah suatu jalan ditutup d hadapan, maka dengan rahmatNya juga, satu jalan lain yang lebih bermanafaat akan dibuka kemudiannya". Cukup indah. Jika dengan hikmahNya, suatu jalan tertutup di hadapan kita, maka dengan rahmatNya juga, jalan yang lebih baik akan t

Perbezaan

K adang-kadang kita bertanya pada diri mengapa kita tidak bernasib baik seperti orang lain. Mengapa juga kita tidak kaya seperti orang lain. Tidak juga banyak harta seperti orang lain. Tidak punya kereta besar dan rumah besar dan mewah. Kita tidak puas hati dengan apa yang kita miliki. Dicelah-celah persoalan itu, adakalanya hati kita terubat juga bahawa memiliki itu semua bukanlah segala-galanya dalam hidup di dunia ini. Lantas kita sedar semula dan mula mensyukuri apa yang kita ada. Pagi ini, seorang Ustaz ini didengari lagi berbicara tentang Umar bin Khatab yang terkenal gagah perkasa itu juga menangis. Bahkan dalam satu riwayat, Nabi menyebutkan Syaitan pun amat segan dengan Umar sehingga kalau Umar lewat di suatu jalan, maka Syaitan akan melalui jalan yang lain untuk menghindari Umar yang digeruni itu. Justeru kalau Umar sampai menangis ia sememangnya peristiwa yang menakjubkan. Mengapa "singa padang pasir" ini sampai menangis? Satu hari Umar menemui Rasulullah. Ia

Meniru

S eorang pelajar yang disyaki meniru dalam peperiksaan yang berlangsung pagi ini cuba menafikannya dengan satu alasan yang paling tidak masuk akal. Ketika ditangkap dengan sehelai nota dia membuat pengakuan dengan mengatakan bahawa dia tidak menyedari nota berkenaan terselit dicelah-celah helaian buku jawapan yang diedarkan. Saya dan rakan yang mengawas tidak langsung terpesona dengan alasan yang diberikan. Adalah mustahil sehelai nota yang sangat relevan dengan subjek yang diuji boleh berada dalam buku jawapan. Nota itu tidak mungkin berada dalam buku jawapan jika tidak diseludup masuk oleh pelajar itu sendiri. Kami tahu dia sangat panik lalu terpacul dari mulutnya alasan yang sangat tidak munasabah itu. Kasihan pelajar ini. Pucat lesi mukanya. Mungkin dia malu juga dengan kawan-kawannya yang memerhatikannya kerana tindakan tidak bijaknya itu. Kenapa perlu meniru? Lazimnya mereka yang meniru dalam peperiksaan kerana tidak cukup bersedia. Mungkin juga kerana soalan yang dijangka di

Labu

Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka". U staz Zainudin kata Nabi kita suka makan labu. Jadi sebagai umat yang sayangkan Nabi kita mesti buat apa yang Nabi suka buat. Serba serbi hatta dalam soal makanan pun. Kalau kita tidak cukup mampu untuk buat apa yang Nabi buat, seeloknya janganlah kita memperlekehkan orang lain yang membuatnya. Ceramah Ustaz sempena sambutan Maulidur Rasul di masjid Kampung Gudang Garam pada saya menyajikan sesuatu yang agak baru dari segi isinya. Rata-rata yang hadir bersetuju dengan saya. Kisah-kisah hidup Nabi masa kecil, perjuangan Nabi dan dakwah Nabi sudah biasa sangat kita dengar. Sayang kepada Nabi tidak cukup dengan hanya meraikan hari kelahirannya kerana Abu Lahab pun buat begitu. Semua tahu bahawa Abu Lahab penentang nombor satu ajaran yang di bawa oleh Nabi sehingga turun surah khas untuknya bahawa

Mudah

A dakalanya kerana terlaku terikat dengan gaya berfikir yang biasa, masalah yang kelihatan sukar sebenarnya bukan sangat susah pun untuk diselesaikan. Adakalanya juga masalah itu tidak memerlukan mereka yang cukup hebat dan pakar pun untuk dirungkai. Malah boleh diselesaikan oleh mereka yang biasa-biasa sahaja bahkan oleh mereka yang kelihatannya usia baru setahun jagung. Kata orang, kecil jangan disangka anak dan besar pula jangan disangka bapak. Pepatah lama ini cukup relevan dalam kita melihat bagaimana acapkali mereka yang nampaknya macam bodoh dan usia bagai setampuk pinang tidaklah sangat diperlukan pandangan dan buah fikiran mereka. Jangan dilupa dalam keadaan-keadaan tertentu tanpa kita jangka, mereka yang kita nampak macam biasa-biasa inilah yang berupaya mengatasi daya berfikir mereka yang didakwa dan tampak hebat itu. Cumanya mereka tidak pernah diraih dan diberi kesempatan untuk itu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya baca ini. Bahawa kita tidak boleh memandang