Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Umbut

A yam dan daging tidak langsung menambat hati saya di majlis perkahwinan yang saya hadiri tengahari ini. Umbut kelapa masak lemak lebih meliurkan dan menggammit selera perut yang tengah nakal. Umbut kelapa memang sedap, lemak dan manis. Umbut kelapa adalah dibahagian pucuk daun atau dimana buah kelapa berada. Biasanya, bahagian luar kulit ,pucuk daun dan daun serta buah kelapa perlu di potong dan dibersihkan dulu untuk dapat bahagian dalam umbut yang lembut. Saya perhatikan tetamu yang datang lebih berselera meratah gulai umbut dari lauk-lauk lain yang sudah menjemukan. Rasanya elok juga kalau tetamu dihidangkan dengan pelbagai sayur dan ulam kampung seperti nangka, pisang muda dan rebung. Sambal petai dan ulam jering rasanya ramai yang menggemarinya. Selesai menikmati umbut yang enak, sempat juga saya mencuci mulut dengan bubur pulut hitam. Terima kasih kepada Bang Jamal dan Kak Yam kerana mengerti selera jemputan seperti saya. Pena Tumpul - Suka cendol pulut juga

Kambing

Khabarnya , kajian membuktikan daging kambing mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak paling rendah berbanding sumber daging lain. Kasihan binatang bernama kambing ini. Sejak sekian lama, kambing menjadi mangsa  persepsi orang ramai terhadap dagingnya yang dikatakan penyebab utama penyakit berbahaya. Makan daging kambing boleh dapat darah tinggi! Ramai orang kata begitu. Pak Husin mengundang saya ke majlis perkahwinan cucunya. Saya sudah lama kenal Pak Husin. Dia tukang kebun sekolah ketika saya bersekolah rendah. Sudah lebih 30 tahun namun Pak Husin masih ingat saya. Dia masih kuat dan sihat. Dia juga rakan rapat arwah ayah. Banyaknya lauk di rumah Pak Husin. Saya rencam, namun kari daging membuat saya teruja. Pastinya daging lembu. Di meja makan, saya sempat berbual dengan seorang tetamu yang baru dikenal. Kambing jadi mangsa lagi. Dia kata dalam pinggan saya ialah kari kambing selain acar nenas dan ayam goreng yang saya ambil tadi. Saya tidak tau pun daging kambing y

Ikut

عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال : S aya mendengar seorang Ustaz membicarakan hadis ini lewat TV AlHijrah. Saya kira ia bukan sahaja menarik untuk direnungi malah di berikan perhatian. Ringkas dan padat. Ia sangat berkait rapat dengan apa yang berlaku sekarang. Bagaimana kehidupan kita sangat dipengaruhi oleh puak-puak yang dimaksudkan dalam hadis ini. Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka” . Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “ Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim) Daripada hadis ini, Rasulullah memberitahu bahawa d