Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Pilihanraya

M antoba menyuarakan hasrat untuk beli kereta baru sebagai kereta keduanya. Dia meminta pandangan saya jenis kereta yang sesuai. Sudah tentu saya mencadangkannya kereta kedua tidak semestinya besar dan tidak lebih mahal daripada kereta pertama. Tambahan lagi, dia tidak punya keluarga besar. Lantas kereta kecil dikira memadai. Pilihan yang ada tentunya sama ada Viva atau Myvi. Kedua-dua kereta ini tidaklah mahal dan penggunaan minyaknya menjimatkan. Dia menyuarakan hasrat ini beberapa hari sebelum pilihanraya. Saya nasihatkannya supaya menangguhkan dahulu keinginannya itu sehinggalah selesai pilihanraya. Ia tentunya berkaitan dengan janji sebuah gabungan parti-parti politik untuk menurunkan harga jualan kereta seandainya berjaya memegang tampok pemerintahan negara. Khabarnya harga kereta akan turun mendadak sekiranya kuasa berpindah tangan. Namun ia tidak berlaku. Janji yang ditabur hancur lebur. Saya melihat mudahnya bercakap daripada membuat atau easier said than done . Menurunkan...

Alih

D alam perjalanan berkereta awal pagi ini, sebatang dahan kayu yang merintang jalan menarik perhatian saya. Ia pastinya ikutan daripada tiupan angin yang agak kencang pada sebelah malamnya. Pun begitu dahan kayu itu tidaklah sampai menyekat laluan sepenuhnya kerana kenderaan masih boleh melepasi sebahagian lagi jalan yang tidak terjejas. Saya berkira-kira untuk terus berlalu tanpa berbuat sesuatu bila Haziq meminta saya supaya menghentikan kereta di  bahu jalan. Dia mahu mengalihkan dahan kayu itu kerana ia menganggu kelancaran laluan orang lain nanti. Saya tidak membantah malah sangat bangga dengan tindakannya itu. Katanya, dia pernah mendengar dari seorang Ustaz di sekolahnya dulu, bahawa menyingkirkan sesuatu di atas jalan adalah amalan yang ringan namun besar pahalanya. Rasulullah ada menerangkan dalam Hadisnya yang direkodkan oleh Imam Al-Bukhari bermaksud, "Orang yang menyingkirkan gangguan dari jalan kaum Muslimin, dicatat satu kebaikan. Orang yang diterimanya satu k...

Mesyuarat

K adang-kadang kita merungut setiap kali bila diperlukan apatah lagi diwajibkan untuk hadir mesyuarat. Tidak ramai yang suka mesyuarat sebenarnya. Mesyuarat dikatakan membuang masa sahaja. Adakalanya tidak perlu bermesyuarat pun untuk memutuskan sesuatu perkara. Mesyuarat hanya memberi ruang untuk bertelagah dan bertegang leher untuk pada akhirnya tiada sebarang keputusan pun yang dapat dicapai. Mesyuarat tidak dilihat produktif tetapi membuang masa dan membosankan! Pun begitu, walau apa sebab yang diutarakan untuk menafikan keperluan mesyuarat, namun dari sudut yang lain, mesyuarat masih platform yang penting untuk berbincang dan bertukar pandangan. Cumanya, mesyuarat itu tidaklah perlu berlarutan begitu lama sehingga dilihat tiada tujuan langsung. Mesyuarat yang baik perlu dikendali dengan berkesan dan disinilah peranan pengerusi mesyuarat dilihat amat penting. Mesyuarat yang efektif ialah sebarang keputusan yang dicapai boleh diterjemah secara tuntas dari segi tindakannya. Buk...