Skip to main content

Mesyuarat

Kadang-kadang kita merungut setiap kali bila diperlukan apatah lagi diwajibkan untuk hadir mesyuarat. Tidak ramai yang suka mesyuarat sebenarnya. Mesyuarat dikatakan membuang masa sahaja. Adakalanya tidak perlu bermesyuarat pun untuk memutuskan sesuatu perkara. Mesyuarat hanya memberi ruang untuk bertelagah dan bertegang leher untuk pada akhirnya tiada sebarang keputusan pun yang dapat dicapai. Mesyuarat tidak dilihat produktif tetapi membuang masa dan membosankan!

Pun begitu, walau apa sebab yang diutarakan untuk menafikan keperluan mesyuarat, namun dari sudut yang lain, mesyuarat masih platform yang penting untuk berbincang dan bertukar pandangan. Cumanya, mesyuarat itu tidaklah perlu berlarutan begitu lama sehingga dilihat tiada tujuan langsung. Mesyuarat yang baik perlu dikendali dengan berkesan dan disinilah peranan pengerusi mesyuarat dilihat amat penting.

Mesyuarat yang efektif ialah sebarang keputusan yang dicapai boleh diterjemah secara tuntas dari segi tindakannya. Bukan cantik dikertas semata-mata!


Saya suka mengambil cerita sekumpulan tikus yang bermesyuarat untuk mencari jalan bagaimana membebaskan diri mereka daripada musuh tradisi mereka iaitu Kucing. Banyak idea yang diusulkan namun semuanya ditolak kerana tidak cukup berkesan.

Namun ada seekor tikus yang cukup muda mencadangkan agar digantung loceng di keher kucing supaya setiap kali kucing lalu, kehadirannya mudah dikesan kerana pastinya loceng yang tergantung itu akan berbunyi. Namun timbul persoalan siapakah di kalangan tikus-tikus itu yang cukup berani untuk menggantungkan loceng itu di leher kucing!  Ternyata tiada seekor tikus pun yang berani melakukanya.

Mengusulkan sesuatu memang mudah, namun melaksanakannya bukanlah mudah!

Pena Tumpul - Jadi pendengar sahaja

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...