Skip to main content

Posts

Tatang

S elalu sangat saya dengar orang tua-tua kata tidak elok makan nasi tatang.Namun tiada pula diberikan sebab kenapa tidak elok makan cara begitu. Makan bertatang bermaksud makan tanpa meja. Tangan kanan memegang makanan manakala yang kiri untuk memegang makanan. Pada saya ia tidak cukup menyelesakan. Tiada kepuasan dalam menikmati makanan. Saya menghadiri majlis perkahwinan di Terengganu, Amat simple dan santai. Tidak perlu banyak balai tetamu. Cuma dua sahaja. Satu untuk tetamu lelaki dan satu lagi untuk wanita. Tidak memerlukan kawasan yang sangat luas pun. Tidak perlu berhabisan untuk sebuah majlis yang akan berlangsung setakat beberapa jam sahaja. Asalkan tetamu dapat makan dan minum, sudah dikira memadai rasanya. Soal-soal lain yang tidak sangat menyumbang kepada kesempurnaan majlis tidaklah sangat penting pun. Soal tiang balai perlu dibalut dengan kain warna apa juga bukan penting. Dalam perjalanan balik ke Segamat, saya mencanangkan supaya idea jimat cermat ini diaplikasik...

Minyak

H arga minyak naik 15 sen seliter hari ini. Ramai terkejut. Juga melenting. Mengomel sana sini. Kereta atau apa sahaja bentuk kenderaan yang dimiliki perlu digerakkan tidak kira setinggi mana pun harga bahan bakar di pam minyak, sama ada untuk ke tempat kerja atau apa pun tujuannya. Pilihan yang ada mungkin bertukar kepada kereta yang berkuasa kuda lebih rendah atau pun gunakan sahaja motosikal. Penggunaan basikal mungkin boleh difikirkan tertakluk kepada keadaan dan kesesuaian. Menonggang basikal ke tempat kerja tentunya bakal mengundang ejekan, seolah-olah macam tidak mampu atau kedekut sangat. Namun, dalam mendepani krisis bahan bakar yang semakin meruncing sekarang, kita perlu lebih praktikal. Saya sendiri lebih selesa dengan "Jaguh" saya, cuma sesekali bila cuaca tidak mengizinkan berkereta ke tempat kerja. Saya memilih untuk bersikap rasional walaupun kecewa dengan kenaikan yang begitu tinggi dan mendadak ini.Merungut, mengomel, mengeluh, memberontak apa tah lagi...

Kepandaian

A dakalanya kita merasakan yang kita lebih pandai sehingga memandang rendah kebolehan orang lain. Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya baca dari majalah Solusi. Ceritanya memang menarik dan boleh dijadikan iktibar. Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebatang sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung. Di tengah perjalanan, berlaku sebuah dialog antara mereka berdua. Profesor : Kamu pandai menulis dan membaca ?? Pendayung sampan : Tidak tuan, saya buta huruf. Profesor : Oh, kamu sudah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu. Orang buta huruf telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya. Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian, Profesor : Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan ?? Pendayung sampan : Tiada tuan, pendapatan saya cukup-cukup makan. Profesor : Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang tidak meny...

Asyura

''Tiada hari yang afdal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura." -HR Bukhari & Muslim- "Sesungguhnya Asyura adalah hari-hari Allah." -HR Muslim- H ari Asyura merupakan salah satu hari kebesaran yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab, 'Asyara' yang bermaksud sepuluh. Ini kerana hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Bagi tahun ini 1433 H, kita bakal merayakan Hari Asyura pada esok hari, 6 Disember 2011 (Selasa). Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. Di Malaysia, amalan yang menjadi adat umat Islam adalah melakukan gotong-royong menyediakan Bubur Asyura. Menurut sejarah , Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa A...

Sifat

S aya dengar di corong radio pagi ini, seorang Ustazah bercakap tentang enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri. Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat buruk ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. 1. Al Nananah   - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga   semua tidak kena dan tidak berpuas hati. Buruk sungguh sifat wanita seperti ini. 2. Al Manah   - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar. Ini antara sifat buruk wanita yang terkutuk. 3. Al Manaqah   - wanita ini berangan-angan mendapatkan suam...

Cerewet

S ering kita dengar suara-suara dari kaum Hawa tentang sukarnya menemui lelaki yang berkualiti sekarang. Dengan nisbah yang agak tinggi antara bilangan lelaki dan perempuan, proses untuk mencari pasangan yang sesuai menjadi semakin rumit. Lalu, tidak hairanlah ada wanita yang memilih untuk kekal bujang justeru lelaki yang diidam hati tidak ditemui. Bila berbicara tentang mencari calon suami saya suka untuk berkongsi cerita yang agak lucu ini. Cerita ini tidak mungkin benar, namun tidak mustahil ia pasti berlaku nanti andainya proses mencari calon suami menjadi semakin payah. Pun begitu ada mesej untuk kaum Hawa, bahawa jangan terlalu cerewet memilih calon suami. Ada kedai menjual suami. Enam tingkat dan setiap tingkat mempamerkan calon suami dengan ciri-ciri tertentu. Khabarnya, semakin tinggi tingkat yang, semakin bertambahlah ciri-ciri suami yang dipamerkan.Namun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Boleh masuk bermula dengan tingkat 1 tetapi sekiranya tidak berkenan dengan cir...

Titik

S aya disuntik semangat pagi ini bila mendengar bicara motivasi lewat corong radio pagi ini. Ia tentang diri kita yang adakalanya sukar untuk percaya pada diri sendiri dan akan kebolehan diri sendiri. Kurang percaya kepada kebolehan diri sendiri adalah kelemahan saya paling ketara. Kurang yakin. Acapkali saya ditempelak oleh isteri dan anak sendiri kerana kelemahan saya ini. Tidak dinafikan percaya adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percaya kepada diri tidak akan terus putus asa dan tidak mudah menyerah sebelum mencuba. Kata pakar motivasi ini orang yang kurang percaya pada diri selalunya cepat membuat keputusan bahawa dia tidak mampu melakukan sesuatu sebelum melakukannya pun. Banyak juga peluang yang ditolak kerana tebalnya kurang rasa percaya pada diri. Sebelum berusaha kita sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri awal-awal lagi. Bukan kerana faktor dari luar pun. Kisah ini menarik untuk dijadikan panduan dalam menjana rasa percaya yang semakin menipis ...

Penipuan

" Jualan murah itu tipu aja" H aziq mengesahkan secara rasminya apa yang saya kata selama ini tentang jualan murah. Kita tertipu sebenarnya oleh gimik jualan murah yang menggoda dan mempesona. Kata Haziq yang bekerja secara sambilan di bahagian pakaian di salah sebuah pasaraya mendedahkan kebenaran apa yang berlaku. Harga asal barangan di naikkan, kemudian dipotong sehingga 70%. Kita melihat seolah-olah betul berlaku penurunan harga yang sangat menggemparkan sedangkan sebenarnya kadar potongannya amatlah kecil atau mungkin tiada penurunan langsung. Ada kemungkinan kita membayar harga asal atau kalau nasib tidak baik kita mungkin membayar lebih dari harga yang sepatutnya. Ada kemungkinan potongan tidaklah sampai 70% pun seperti yang dipamerkan. Ia mungkin sekitar 10% sahaja. Saya percaya ramai yang sedar akan hal ini. Namun, tarikan potongan itu sangat kuat dan kita tidak mampu menolaknya lebih-lebih lagi kalau barangan itu memang sangat kita nanti-nantikan ketikanya u...

Talipinggang

"Uda, boleh tak abang ngan adik nak pakai tali pinggang" T anpa disuruh pun, dua anak kecil ini meminta izin untuk mengenakan talipinggang keselamatan sebaik sahaja melabuhkan ponggong di kerusi belakang. Memiliki kesedaran tentang pentingnya menjaga keselamatan di jalan raya di usia 5 dan 6 tahun pada saya agak luar biasa. Lebih luar biasa lagi, sepanjang perjalanan lebih kurang dua jam, talipinggang itu tidak pernah dibebaskan pun dari batang tubuh kedua-duanya kecuali bila berhenti sekejap di hentian lebuh raya. Benarlah kata orang, kanak-kanak amat mudah menerima sesuatu yang diajarkan kepadanya. Tidak banyak soal jawabnya. Tiada juga alasan. Justeru itu saya melihat, peringkat usia kanak-kanak begini adalah waktu yang sesuai dan berkesan untuk diberikan didikan tentang pentingnya berhemah di jalan raya. Kurikulum yang bersangkutan dengan keselamatan di jalan raya wajar diperkenalkan seawal pra- sekolah lagi. Tanamkan sikap supaya menjadi pengguna jalan raya yang be...

Kaya

"Dari kecik sampai nak masuk kubur, tak pernah rasa senang, kaya jauh sekali" L uahan ini terpacul dari mulut seorang penduduk kampung yang berjumpa Ketua Kampung petang ini. Secara kebetulan saya duduk bersantai bersama sambil minum petang bersama isteri. Ketika disulami dengan hujan yang turun hampir saban petang, berbual makin seronok sambil makan jemput ikan bilis buatan tangan mak mentua. Bila bercakap tentang kaya, kita selalunya akan membayangkan memiliki wang berjuta-juta. Ada juga yang membayangkan wang yang sarat dalam bank, malah berjalan dengan dompet tebal yang berisi wang beribu sebagai kaya. Namun kekayaan itu bukan sahaja terletak pada wang ringgit semata-mata. Kaya itu pelbagai. Mempunyai keluarga yang bahagia dan menyayangi antara satu sama lain juga satu kekayaan besar. Tidak ada nilainya punyai wang yang membukit andai tidak rasa bahagia ketika bersama-sama keluarga. Kaya dengan sahabat juga lebih besar nilainya daripada kaya wang ringgit. Saya mempu...

Gred

D alam perjalanan ke tempat kerja pagi ini, saya tertarik dengan titisan ilmu yang disampaikan oleh seorang Ustaz lewat corong radio. Ia sangat menarik dan wajar diberikan perhatian. Katanya, bila kita menduduki ujian atau peperiksaan, selalunya perkara yang menjadi tumpuan kita ialah apakah nilai gred yang bakal kita dapat nanti. Setelah berusaha keras menyiapkan diri untuk berdepan dengannya, kita tentunya mengharapkan gred yang terbaik. Pastinya kita mendambakan gred A atau paling kurang pun gred B. Gred C,D,E apatah lagi Gred F tidak tersenarai pun dalam keinginan kita. Pun begitu adakah kita juga meletakkan nilai yang sama dalam ibadat solat kita. Adakah pernah kita memberi gred pada solat yang yang kita dirikan selama ini. Pagi ini, lewat corong radio saya tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh seorang Ustaz. Mungkin kita pernah mengetahuinya dulu dan mungkin telah mengubah perspektif kita dalam menilai kualiti solat kita atau tidak peduli langsung pun. Kata Ustaz,...

Persepsi

S aya sengaja tunjukkan imej ini pada Haziq dan mahu dia secara jujur menyatakan apa yang dia nampak. Jangkaan awal saya tidak meleset bila Haziq nampak lampu yang sedang menyala dan tidak nampak yang lain ketika orang lain (barangkali) nampak lebih dari sekadar lampu itu sahaja. Saya percaya Haziq masih dangkal pengalaman dan terbatas horizonnya untuk nampak lebih dari yang mampu dilihatnya itu. Dan saya juga percaya Haziq melihat dari kacamatanya dan bukan kacamata orang lain sebagaimana orang lain yang tidak melihatnya dari kacamata saya. Persepsi ramai orang tidak pernah akan bertemu di satu titik persamaan. Pengalaman membentuk persepsi. Minda juga membina persepsi, baik atau buruk, positif mahu pun negatif. Persepsi juga bagai garis halus yang memisahkan antara kebenaran dan kepalsuan. Persepsi juga menggamit hati kita untuk menerima dan menolak kenyataan. Persepsi juga membezakan seseorang sama ada melihat kemenangan atau pun kekalahan. Seorang yang sebenarnya baik akan diliha...

Warak

Gambar sekadar hiasan A dakalanya kita sangat mementingkan kuantiti sehingga tidak memberi penekanan kepada kualiti.Saya ingin berkongsi kisah yang sangat menarik ini yang sangat bagus untuk dijadikan pengajaran.Kisah ini mungkin rekaan namun ia ada mesej yang tersirat. Ada seorang wanita yang sangat cantik orangnya ingin bernikah. Dia terlalu menginginkan seorang suami yang sangat warak. Jadi, dia pun membuat hebahan yang dia sudi menerima mana-mana jejaka yang ingin menikahinya tetapi dengan syarat lelaki itu harus berpuasa sepanjang tahun, mampu khatam Al Quran setiap hari dan harus beribadah sepanjang malam. Tidak ada seorang pun lelaki yang sanggup menerima ketiga-tiga syarat itu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya..Akhirnya, bernikahlah jua wanita itu dengan lelaki itu. Selepas malam pertama perkahwinan mereka, si isteri perhatikan bahawa suaminya langsung tidak membaca AlQuran, tidak berpuasa apatah lagi berjaga malam untuk bermunajat...

Solat

S aya sempat dengar seorang Ustaz berbicara tentang solat lewat radio pagi ini. Sangat menarik dan saya ingin berkongsinya di sini. Semua tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Ustaz menceritakan kisah betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa.  Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia bernazar kalau dia dapat anak, dia akan minum air kencing anjing hitam.  Allah kurniakan isteri lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah dapat anak, lelaki ini pun mula runsing dengan nazarnya untuk minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tidak payah dibuat namun kena denda (dam) atau sedekah. Tetapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar wal...

27

"Solat berjamaah melebihi solat bersendirian berbanding dengan 27 darjat"          (al-Bukhari dan Muslim) H adis ini sudah amat biasa kita dengar apabila soal kelebihan solat berjamaah dibincangkan. Sejujurnya saya sendiri tidak pernah menyoal apakah yang dikatakan sebagai kelebihan 27 kali ganda itu. Lalu, ia tinggal tanpa jawapan.  Bila Ustaz Zahazan berbicara tentang solat ini, beliau mencadangkan buku ini. Inilah kelebihan Ustaz Zahazan yang gemar mengesyorkan buku-buku baru untuk dibaca dalam mendalami ilmu. Saya mendapatkan buku ini dan beberapa persoalan tentang solat jamaah ini terjawab juga. Dari buku Solat Berjamaah ini saya memetik, kata-kata al-Hafiz Imam Ibnu Hajar mengenai kelebihan yang terdapat pada solat berjemaah yang tidak terdapat pada solat bersendirian sebagaimana berikut iaitu: 1. Menjawab seruan muazzin dengan niat ingin menunaikan solat fardhu secara berjemaah 2. Bersegera datang (ke masjid) untuk s...

Penceramah

B ukan mudah sebenarnya bagi seorang penceramah untuk memikat kesetiaan pendengar melayani ceramah yang disampaikannya. Saya teringat kisah seorang penceramah menyaksikan dan menyedari seorang demi seorang meninggalkan dewan ketika dia sedang berceramah. Saya sendiri walaupun sudah bertahun-tahun berdepan dengan khalayak dari kelompok pelajar masih lagi kurang berjaya untuk mengekalkan kesetiaan mereka bersama saya selepas 30 minit berlalu. Penceramah yang sudah mula gelisah ini  memikirkan hadirin mungkin tidak tertarik dengan cara penyampaiannya tetapi tidak kerana ceramahnya. Namun dia masih mampu tersenyum pahit kerana ada seorang lagi yang masih kekal tekun mendengar celotehnya. Sebaik sahaja selesai menyampaikan ceramahnya,dia mendapatkan seorang hadirin yang masih setia itu lalu bertanya, " Kenapa anda masih di sini dan tidak menuruti mereka yang lain itu?. "Lepas ini giliran saya pula untuk berucap" , balasnya selamba. Penceramah sekali lagi senyum pahit. Buk...

Buta

K isah pendek ini sangat menarik untuk dibaca dan sekali gus dijadikan iktibar. Ia menuntut kepada keperluan bahawa seseorang itu perlu dilihat kemas, menarik dan tidak selekeh agar tidak disalah anggap oleh orang lain. Ia kisah seorang profesor yang sangat disegani yang lazimnya selekeh penampilannya namun dihormati orang yang mengenalinya kerana ilmunya. Suatu hari dia singgah di sebuah restoran. Setelah duduk di sebuah meja barulah dia sedar bahawa dia terlupa membawa cermin matanya. Seorang pelayan restoran datang dan menghulurkan kad menu kepadanya. "Adik boleh tolong bacakan untuk saya apa menu yang ada?" Profesor itu tidak boleh membaca tanpa cermin matanya. "Maaf Pak Cik, saya juga buta huruf seperti Pak Cik"! jawab pelayan itu. Malang sungguh nasib Profesor itu, sudahlah ketinggalan cermin matanya menyebabkannya tidak boleh membaca menu yang diberi, ditambah pula dianggap buta huruf! Pena Tumpul - Suka pakai simple

Bazar

S etelah beberapa hari puasa saya baru terdorong untuk ke bazar petang ini. Seperti yang diduga, saya menyaksikan bazar yang sesak dengan lautan manusia. Sebab itu, saya tidak sangat berminat untuk ke bazar. Kereta-kereta memenuhi hampir setiap ruang yang boleh di isi. Menyedari sukarnya untuk mencari ruang kosong, saya mengambil keputusan berlalu tanpa singgah pun. Lagi pun saya bukanlah terdorong sangat untuk sama-sama bersesak dalam keadaan yang cukup tidak selesa itu. Kelihatannya bazar begitu sinonim dengan kehadiran Ramadan. Ramadan ditandai dengan bazar-bazar yang terus bertambah bilangannya saban tahun. Ironisnya, bulan yang dianjurkan berjimat cermat dan mengurangkan makan, berlaku pula sebaliknya.Tidak ubah bagai pesta juadah.Saya melihat kepada perlunya senario ini diubah. Tidak perlu banyak sangat gerai pun. Lebih elok kalau diwujudkan gerai-gerai yang khusus untuk memudahkan pembeli. Misalnya satu gerai khusus menjual aneka kuih, gerai khusus untuk minuman, gerai k...