Skip to main content

Posts

Marah

S emua orang pernah marah. Malah kena marah juga. Kalau ada yang berkata bahawa dia tidak pernah marah itu satu pembohongan yang besar. Dan kalau ada yang mendakwa bahawa dia tidak pernah kena marah, itu juga satu penipuan hebat. Secara semulajadinya, manusia dijadikan Allah untuk memiliki pelbagai emosi. Marah juga emosi yang dialami oleh setiap manusia. Cuma yang membezakan antara mereka yang marah, ialah bagaimana perasaan marah ini berjaya kita bendung. Ada orang yang mudah sangat nak marah dan cepat melenting setiap kali emosi marahnya dijentik. Cepat marah walau kerana sebab yang sangat kecil. Marah yang gagal dikawal bukan sahaja boleh memakan diri malah dalam keadaan ekstrim boleh sampai membunuh orang lain. Saya yakin tidak ada satu hari pun dalam kehidupan kita berlalu tanpa sedikit perasaan marah pun. Marah mungkin tidak dimanifestasi secara terbuka namun dipendam dalam hati. Itu pun tetap marah juga. Pagi ini saya juga marah. Marah kerana sebab yang mungkin kecil pada ora...

Ganjaran

K etika berkunjung ke sebuah kedai buku mata saya terpaku kepada sebuah buku yang memaparkan tajuk yang sangat memukau. Saya ambil dan terus menyelak dari laman ke laman. Dia dimuatkan dengan 25 kisah yang cukup menarik dan bermesej mendidik. Saya lantas membaca salah satu kisah yang menjadi judul buku berharga RM14 ini. Ia kisah yang patut dikongsi. Seusai membaca kisah ini, saya tidak berfikir panjang untuk memiliki buku ini. Saya hamparkan kisah ini untuk bacaan semua di ruangan ini sebagai pengajaran. Mana tahu, asbab membaca kisah ini, kita akan terdorong untuk solat berjemaah di masjid dan sekaligus menawan saf paling depan dan paling hampir dengan imam untuk mengaut ganjaran yang paling banyak yang Tuhan bagi untuk yang solat berjemaah di masjid. Beginilah kisahnya. Hari ini ramai sungguh orang di masjid, sungguh pelik ku rasa. ku lihat semua orang kampung berada di masjid. Din Misai, Zainal Rimau, Draman Panjang, semua ada kat masjid.sekali lagi rasa hairan ku berta...

Doa

T idak ada orang yang tidak berdoa. Semua orang berdoa tidak kira baik atau pun tidak baik. Orang hendak mencuri pun masih sempat berdoa. Selepas solat kita berdoa dan itu sangat pasti. Doa adalah pengharapan kita kepada Pencipta. Kalau ada masalah kita berdoa kepadaNya. Ketika ditimpa susah padaNya jugalah kita selalunya berdoa.Kita meminta daripadanya dengan berdoa sesuai dengan sifatNya yang sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Justeru itu doa dikira sebagai otak ibadah. Ustaz Kazim merungkaikan tentang doa ini. Antara yang menarik perhatian ialah tentang cara kita bila berdoa. Cara kita menadah tangan. Kalau kita perhati di kalangan kita, pelbagai yang kita nampak. Ada yang meletak tangan di atas paha. Tidak kurang juga yang merapatkan tangan ke mulut. Ada juga ketika doa dipanjatkan dan diaminkan, sempat juga berbual tanda tidak sungguh-sungguh dalam berdoa. Sepatutnya kedua-dua tapak tangan perlu dirapatkan sehingga tercantum satu. Permohonan doa adalah pengharapan kita kep...

Tulisan

K etika mengawas peperiksaan pagi ini mata saya sempat mencuri pandang tulisan pelajar ketika memuntahkan idea di kertas jawapan. Saya tidak berminat dengan jawapan yang diberi tapi lebih teruja untuk mengamati bentuk tulisan yang dihasilkan. Ada tulisan yang besar dan mudah dibaca. Tidak kurang tulisan yang begitu kecil saiznya malah lebih terok lagi kelihatan begitu kelam dan memaksa mata bekerja keras untuk membaca dan memahaminya. Terdapat juga tulisan bagaikan cakar ayam dan bersimpang-siur di atas kertas. Ternyata pelajar tidak memberi penekanan kepada tulisan. Pelajar semacam tidak menyedari bahawa tulisan tangan yang terpapar di atas kertas jawapan begitu besar pengaruhnya dalam memancing minat pensyarah untuk memeriksanya. Saya sendiri mengakui betapa tulisan pelajar begitu mempengaruhi saya dalam memberikan penilaian. Kesukaran dalam memahami apa yang ditulis hanya akan mengundang impak yang negatif. Kekaburan bakal memualkan pemeriksa lalu memberi kesan dalam permarka...

Mengumpat

S aya mengintai pameran buku di ruang legar dan terus tertarik kepada sebuah buku lantas membelinya. Buku yang diberi judul 50 sup Champion Reseipi Rasulullah menyajikan kisah-kisah silam dan kini untuk cicipan dan pengajaran. Selepas helai demi helai dibaca saya sangat tertarik dengan kisah yang dipaparkan di halaman 49 buku ini.  Ia kisah seorang nabi telah bermimpi menerima perintah berbunyi: "Esok engkau keluar dari rumah waktu pagi menghala ke barat. Engkau hendaklah membuat lima perkara. Yang pertama engkau jumpa, makanlah. Kedua, engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan putuskan harapan. Kelima, larilah daripadanya." Esok harinya nabi itu pun keluar menuju ke barat. Yang pertama ditemuinya ialah sebuah bukit berwarna hitam. Dia kebingungan. "Sungguh aneh, aku diperintah memakan apa yang pertama aku temui. " Dengan bertawakal kepada Allah, dia menuju ke bukit tersebut untuk memakannya. Tiba-tiba bukit itu menjadi kecil sebe...

Masjid

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.     U staz Syed Norhisham ketika berbicara di Radio IKIM pagi ini  menganjurkan ayat di atas dijadikan panduan dalam memilih mereka yang sepatutnya menganggotai JKuasa Masjid. Bukan semua orang layak mengepalai pentadbiran masjid. AJK yang dipilih berdasarkan kriteria ini pastinya menyumbang kepada pengurusan masjid yang berkesan. Bila ada masjid tidak mesra jamaah dan golongan  muda tidak terpanggil untuk ke masjid ia sebenarnya ada kaitan dengan kegagalan AJK Masjid memainkan peranan yang sewajarnya. Khabarnya ada juga masjid yang banyak duit namun tidak membelanjakannya untuk program yang memakmurkan masjid. Su...

Menguap

"Logik kita tidak semestinya sama dengan syariat Allah. Sering kali apa yang kita fikirkan patut, tidak patut pada pandangan Allah " D alam apa juga keadaan, seorang Islam tidak boleh memandai-mandai dalam membuat keputusan. Baik kita sebagai isteri, suami, pemimpin ataupun rakyat, wajib merujuk kepada syariat dalam setiap perlakuan, keputusan dan pertimbangan. Kita sebenarnya tidak boleh memilih untuk bebas dari syariat. Seperti kata seorang Ustaz yang didengar berbicara tentangnya pagi ini, pada setiap sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya, hukum syariat yang lima - wajib (halal), haram, sunat, makruh dan harus sentiasa memantau kita. Dia menggunakan contoh. Satu contoh yang sangat kecil. Bagi sesetengah orang, menguap hanyalah soal remeh. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Menguap itu pun tertakluk pada lima hukum. Menguap boleh jadi wajib, boleh jadi haram, sunat, makruh atau harus. Bagaimana ya? Menguap jadi wajib sekiranya dengan tidak menguap boleh...

Usir

S aya mengusir keluar seorang pelajar lelaki ketika saya menyampaikan kuliah  "Organizational Behaviour " awal pagi ini. Pelajar ini menangkurkan kepalanya di atas meja dan tidor. Saya amat sakit hati dengan perlakuan begini. Pada saya mesej yang disampaikan tanpa lisan lebih mengguris hati. Pelajar ini tidak menghormati saya yang sedang bercakap di depan. Ketika pelajar-pelajar lain nampaknya semacam tekun mendengar dia wewenang sahaja tidor. " You, the boy who is sleeping, you get out of my class right now. I dont want to see you here .!" Dia bangun tersipu dan meninggalkan kelas. Kuliah saya yang sepatutnya tamat sekitar 9.50 pagi saya tamatkan 20 minit lebih awal. Saya beritahu para pelajar bahawa saya sudah hilang "mood" untuk meneruskan kuliah saya. Saya amat tersentuh. Saya sudah berdepan dengan keadaan begini banyak kali namun saya boleh bertahan. Tetapi pagi ini kesabaran saya bagaikan cuba dicabar. Pertemuan kali pertama yang saya harapkan le...

Ikhlas

A dakalanya dirasakan mengikhlaskan niat dalam sebarang urusan merupakan perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Kadang-kadang, sebagai contoh, hati berperang dengan perasaan; patutkah kita bersedekah dekat masjid lepas solat? Orang ramai, kawan pula duduk sebelah, nanti dikata macam nak menunjuk pada orang yang kita baik, walaupun jauh di lubuk hati kita sememangnya amat ikhlas melakukannya! Walaupun bisikan tu datang sekejap sahaja, namun ia sempat mengganggu niat dan keikhlasan kita. Dugaan yang kecil sangat. Itu belum lagi bila berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan. Ikhlas tidak kita berbakti pada adik-adik, bantu emak dan ayah? Ia menerjah sekali sekala. Mampukah kita membuang perasaan itu jauh-jauh? Ada yang menyarankan agar diteruskan sahaja amalan baik kita walaupun hati kita masih “berperang” antara ikhlas ataupun tidak. Jangan tunggu, hati benar-benar ikhlas baru nak dilaksanakan kebaikan. Justeru ikhlas juga dicapai bertahap, melalui jalan mujahadah. Bila rasa yang...

Azam

T ahun baru menjelma lagi. Pantasnya masa beredar. Pejam celik, 365 hari sudah kita lalui tanpa kita sedari.  Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2016 lalu. Kalau azam 2016 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘ tidak sengaja ’ . Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang. Saya percaya ramai akan berbicara tentang azam tahun baru. Saya juga ada  azam. Semua orang ada azam.Saya cuma ingin luahkan tentang satu perkara sahaja iaitu tentang ‘pendekatan’.Jika kita mahu makan nasi, ada banyak caranya, Kita boleh masak, kita boleh beli atau kita boleh minta sesiapa berikan. Dalam tiga cara ini pula ada cara-cara lain yang tersendiri pula. Jika kita mahu masak, kita boleh masak...

Tatang

S elalu sangat saya dengar orang tua-tua kata tidak elok makan nasi tatang.Namun tiada pula diberikan sebab kenapa tidak elok makan cara begitu. Makan bertatang bermaksud makan tanpa meja. Tangan kanan memegang makanan manakala yang kiri untuk memegang makanan. Pada saya ia tidak cukup menyelesakan. Tiada kepuasan dalam menikmati makanan. Saya menghadiri majlis perkahwinan di Terengganu, Amat simple dan santai. Tidak perlu banyak balai tetamu. Cuma dua sahaja. Satu untuk tetamu lelaki dan satu lagi untuk wanita. Tidak memerlukan kawasan yang sangat luas pun. Tidak perlu berhabisan untuk sebuah majlis yang akan berlangsung setakat beberapa jam sahaja. Asalkan tetamu dapat makan dan minum, sudah dikira memadai rasanya. Soal-soal lain yang tidak sangat menyumbang kepada kesempurnaan majlis tidaklah sangat penting pun. Soal tiang balai perlu dibalut dengan kain warna apa juga bukan penting. Dalam perjalanan balik ke Segamat, saya mencanangkan supaya idea jimat cermat ini diaplikasik...

Minyak

H arga minyak naik 15 sen seliter hari ini. Ramai terkejut. Juga melenting. Mengomel sana sini. Kereta atau apa sahaja bentuk kenderaan yang dimiliki perlu digerakkan tidak kira setinggi mana pun harga bahan bakar di pam minyak, sama ada untuk ke tempat kerja atau apa pun tujuannya. Pilihan yang ada mungkin bertukar kepada kereta yang berkuasa kuda lebih rendah atau pun gunakan sahaja motosikal. Penggunaan basikal mungkin boleh difikirkan tertakluk kepada keadaan dan kesesuaian. Menonggang basikal ke tempat kerja tentunya bakal mengundang ejekan, seolah-olah macam tidak mampu atau kedekut sangat. Namun, dalam mendepani krisis bahan bakar yang semakin meruncing sekarang, kita perlu lebih praktikal. Saya sendiri lebih selesa dengan "Jaguh" saya, cuma sesekali bila cuaca tidak mengizinkan berkereta ke tempat kerja. Saya memilih untuk bersikap rasional walaupun kecewa dengan kenaikan yang begitu tinggi dan mendadak ini.Merungut, mengomel, mengeluh, memberontak apa tah lagi...

Kepandaian

A dakalanya kita merasakan yang kita lebih pandai sehingga memandang rendah kebolehan orang lain. Saya ingin berkongsi satu cerita yang saya baca dari majalah Solusi. Ceritanya memang menarik dan boleh dijadikan iktibar. Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebatang sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung. Di tengah perjalanan, berlaku sebuah dialog antara mereka berdua. Profesor : Kamu pandai menulis dan membaca ?? Pendayung sampan : Tidak tuan, saya buta huruf. Profesor : Oh, kamu sudah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu. Orang buta huruf telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya. Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian, Profesor : Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan ?? Pendayung sampan : Tiada tuan, pendapatan saya cukup-cukup makan. Profesor : Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang tidak meny...

Asyura

''Tiada hari yang afdal berpuasa melebihi hari-hari di bulan Ramadhan dan hari Asyura." -HR Bukhari & Muslim- "Sesungguhnya Asyura adalah hari-hari Allah." -HR Muslim- H ari Asyura merupakan salah satu hari kebesaran yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab, 'Asyara' yang bermaksud sepuluh. Ini kerana hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Bagi tahun ini 1433 H, kita bakal merayakan Hari Asyura pada esok hari, 6 Disember 2011 (Selasa). Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. Di Malaysia, amalan yang menjadi adat umat Islam adalah melakukan gotong-royong menyediakan Bubur Asyura. Menurut sejarah , Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa A...

Sifat

S aya dengar di corong radio pagi ini, seorang Ustazah bercakap tentang enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri. Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat buruk ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. 1. Al Nananah   - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga   semua tidak kena dan tidak berpuas hati. Buruk sungguh sifat wanita seperti ini. 2. Al Manah   - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar. Ini antara sifat buruk wanita yang terkutuk. 3. Al Manaqah   - wanita ini berangan-angan mendapatkan suam...

Cerewet

S ering kita dengar suara-suara dari kaum Hawa tentang sukarnya menemui lelaki yang berkualiti sekarang. Dengan nisbah yang agak tinggi antara bilangan lelaki dan perempuan, proses untuk mencari pasangan yang sesuai menjadi semakin rumit. Lalu, tidak hairanlah ada wanita yang memilih untuk kekal bujang justeru lelaki yang diidam hati tidak ditemui. Bila berbicara tentang mencari calon suami saya suka untuk berkongsi cerita yang agak lucu ini. Cerita ini tidak mungkin benar, namun tidak mustahil ia pasti berlaku nanti andainya proses mencari calon suami menjadi semakin payah. Pun begitu ada mesej untuk kaum Hawa, bahawa jangan terlalu cerewet memilih calon suami. Ada kedai menjual suami. Enam tingkat dan setiap tingkat mempamerkan calon suami dengan ciri-ciri tertentu. Khabarnya, semakin tinggi tingkat yang, semakin bertambahlah ciri-ciri suami yang dipamerkan.Namun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Boleh masuk bermula dengan tingkat 1 tetapi sekiranya tidak berkenan dengan cir...

Titik

S aya disuntik semangat pagi ini bila mendengar bicara motivasi lewat corong radio pagi ini. Ia tentang diri kita yang adakalanya sukar untuk percaya pada diri sendiri dan akan kebolehan diri sendiri. Kurang percaya kepada kebolehan diri sendiri adalah kelemahan saya paling ketara. Kurang yakin. Acapkali saya ditempelak oleh isteri dan anak sendiri kerana kelemahan saya ini. Tidak dinafikan percaya adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percaya kepada diri tidak akan terus putus asa dan tidak mudah menyerah sebelum mencuba. Kata pakar motivasi ini orang yang kurang percaya pada diri selalunya cepat membuat keputusan bahawa dia tidak mampu melakukan sesuatu sebelum melakukannya pun. Banyak juga peluang yang ditolak kerana tebalnya kurang rasa percaya pada diri. Sebelum berusaha kita sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri awal-awal lagi. Bukan kerana faktor dari luar pun. Kisah ini menarik untuk dijadikan panduan dalam menjana rasa percaya yang semakin menipis ...

Penipuan

" Jualan murah itu tipu aja" H aziq mengesahkan secara rasminya apa yang saya kata selama ini tentang jualan murah. Kita tertipu sebenarnya oleh gimik jualan murah yang menggoda dan mempesona. Kata Haziq yang bekerja secara sambilan di bahagian pakaian di salah sebuah pasaraya mendedahkan kebenaran apa yang berlaku. Harga asal barangan di naikkan, kemudian dipotong sehingga 70%. Kita melihat seolah-olah betul berlaku penurunan harga yang sangat menggemparkan sedangkan sebenarnya kadar potongannya amatlah kecil atau mungkin tiada penurunan langsung. Ada kemungkinan kita membayar harga asal atau kalau nasib tidak baik kita mungkin membayar lebih dari harga yang sepatutnya. Ada kemungkinan potongan tidaklah sampai 70% pun seperti yang dipamerkan. Ia mungkin sekitar 10% sahaja. Saya percaya ramai yang sedar akan hal ini. Namun, tarikan potongan itu sangat kuat dan kita tidak mampu menolaknya lebih-lebih lagi kalau barangan itu memang sangat kita nanti-nantikan ketikanya u...