Skip to main content

Harta


Saidina Ali r.a pernah di tanya, "Antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?"
Dengan tegas Saidina Ali menjawab, "Ilmu tetap lebih penting dari harta kerana:

* ilmu adalah peninggalan para anbia sedangkan harta adalah peninggalan Firaun, Qarun dan konco-konconya
* ilmu memelihara kita tetapi harta terpaksa dipelihara
* harta akan berkurang apabila dibelanjakan sebaliknya ilmu akan bertambah
* orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu dapat memberi pertolongan kepada tuannya di akhirat nanti
* harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya sebaliknya ilmu adalah sebagai penawar dan penerang kegelapan hati
* manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai raja tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedaifan dan kehambaan kepada Allah
* orang yang berharta kadang-kala digelar bakhil tetapi orang yang berilmu akan dimuliakan
* harta lama-kelamaan akan binasa tetapi ilmu kekal abadi
* jika banyak harta banyaklah musuh sebaliknya akan banyak rakan dan taulan jika banyak ILMU.. "

Pena Tumpul - apa yang dimakan akan habis, apa yang dipakai akan lusuh, apa yang disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian nanti

Comments

Anonymous said…
dalam kehidupan saudara adalah saudara lebih mengutamakan harta daripada ilmu ini kerana pengertian ilmu amat luas sebagaimana saudara nyatakan
Anonymous said…
saya bersetuju sedekah itu suatu amalam yang amat mulia tapi tidak ada maknanya jika kita sibuk bersedekah sedangkan adik-beradik, saudara-mara ataupun jiran terdekat yang berada dalam kesusahan tidak di perdulikan
Kamil said…
pada hakikatnya harta adalah wasilah sedangkan ilmu itu boleh diwarisi kepada yang tinggal.Malah, islam sendiri tidak menggalakkan umatnya meminta-minta dan berpeluk tubuh sedangkan mereka mempunyai kudrat dan iradat yang telah dikurniakan oleh yang maha Esa untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan hidup melainkan mereka yang tidak berupaya untuk melakukankerana musibah yang menimpa.Bersedekah tidak mengenal sesiapa. Seperti yang dianjurkan oleh hadis nabi `Tangan yang menghulur lebih mulia daripada tangan di bawah`.
Anonymous said…
seperti yang saya nyatakan pegertian ilmu itu amat luas.Kita mesti belajar atau mengetahui ilmu mentadbirkan harta agar ia selari dengan kehendak agama islam, takut nanti harta dunia sudah menjadi keutamaan di dalam hidup kita. Ilmu itu tidak hanya ilmu akedemik dunia sahaja tetapi juga ilmu akhirat..bersedekahlah dahulu kepada adik beradik, saudara mara dan jiran tertangga yang memerlukan sebab ia adalah keutamaan dalam bersedekah, sedangkan jika kita memasak makanan dimana jiran kita terbau masakan tersebut, maka berdosalah kita jika tidak memberi jiran kita merasai bersama masakan tersebut....

Popular posts from this blog

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

LailatulQadr

S aya melihat sekeliling saya orang sibuk bercakap fasal Lailatul Qadr. Di sepuluh malam terakhir ini memang itu pun fokus kita selain terus menjalankan ibadah puasa. Semua tahu bahawa di bulan ini, Allah anugerahkan kita umat Muhamad dengan satu malam yang super hebat. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menyamai tempoh kita beribadat lebih 83 tahun. Hebat kan! Pagi ini lewat corong radio seorang Ustaz bercerita kenapa umat Muhammad Allah kurniakan malam yang bernilai 83 tahun ini. Katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita bahawa beliau mendapat wahyu dari Allah tentang seorang laki-laki Bani Israil yang berjihad di jalan Allah selama seribu bulan tanpa henti. Rasulullah saw. sangat kagum, lalu beliau berdoa, "Tuhanku, Engkau telah menjadikan umatku orang-orang yang pendek usia dan sedikit amalan." Kemudian Allah memberi keutamaan kepada Rasulullah saw. dengan memberikan Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan yang digunakan ole...