Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Fasa1

"Awal atau mulanya (bulan Rama-dhan) adalah rahmat, tengahnya pengampunan dan akhirnya ialah kemerdekaan dari api neraka". D iam tidak diam sudah 10 hari umat Islam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Begitu pantasnya masa beredar. Bermakna fasa pertama yang sarat dengan rahmat kurniaan Allah akan berlalu dan bakal menyusul Fasa kedua yang datang bersamanya anugerah pengampunan dari Allah untuk hambanya yang berpuasa penuh ketaqwaan. Rahmat Allah tentunya lebih daripada sekadar limpahan harta benda atau wang ringgit, besarnya rumah, tingginya kedudukan atau banyaknya makanan yang tersaji di meja sewaktu berbuka puasa. Pastinya juga anugerah hati yang tenteram, fikiran yang tenang, fikiran yang tidak kusut, sihat tubuh badan dan bahagianya kehidupan yang dikecapi dan dinikmati. Malah segala amal baik, soleh dan ibadah sunat dan wajib kita pada bulan Ramadhan ini akan diberikan ganjaran pahala berlipat ganda. Setiap ibadah wajib yang diamalkan akan digan

Juadah

B erbuka puasa bagaikan tidak lengkap tanpa sajian pelbagai makanan dan aneka minuman di atas meja. Buah tamar atau khurma yang sunat dijamah sejurus selepas berbuka dan sepatutnya sudah dikira memadai tidak mampu menahan jeritan selera di siang bulan puasa. Lonjakan untuk meninjau-ninjau gerai-gerai makanan yang tumbuh bagai cendawan di setiap pelusuk begitu kuat saban petang. Rambang mata dalam membuat pilihan. Pembelian tanpa perancangan selalunya akan berakhir dengan pembaziran. Kuih yang nampak amat menyelerakan sebelum berbuka tidaklah sedap sangat untuk dinikmati lagi selepas beberapa suapan makanan. Beberapa jenis air yang dibeli yang dirasakan bagaikan tidak cukup banyak untuk menghilangkan dahaga seharian akhirnya tidak mampu dihabiskan selepas beberapa gogokan. Runtunan nafsu sekali lagi menewaskan kita. Justeru amat sedar dengan penipuan nafsu ini, Ramadan kali ini membuatkan saya lebih berhemah. Kunjungan ke bazar tidak lagi kemestian pada setiap petang. Ada hikmahnya apa

Daud

S uara dari corong radio memang jarang kedengaran di rumah kecuali sekali sekala terbit keinginan untuk mendengar lagu-lagu lama khususnya irama 60an yang mengusik jiwa. Radio cuma berperanan sebagai teman penghibur semasa kebosanan memandu. Sebuah radio yang telah dibeli sejak bertahun yang lalu tinggal rosak tanpa dibaiki. Ketika hariraya semakin hampir dan lagu hari raya sudah kedengaran dimainkan, keinginan untuk mendengar radio tiba-tiba timbul mendadak. Sedar akan radio yang rosak, saya teringat Daud seorang rakan karib di waktu sekolah yang sememamgnya mahir dalam membaiki peralatan elektrik khususnya radio dan tv. Satu yang istemewa tentang Daud ialah beliau tidak pernah mengambil kesempatan untuk mengenakan caj yang tinggi kepada pelanggannya. Daud juga begitu pendiam namun amat disenangi. Saya masih ingat bila sekumpulan pelajar perempuan sekelas mengunjunginya waktu hari raya, beliau menyembunyikan dirinya di bawah rumah dan enggan menjelmakan diri sehinggalah kami semua pul

Tempayan2

P elbagai cara digunakan oleh peniaga untuk menarik perhatian pelanggan di bulan Ramadan. Ketika berjalan kaki menuju ke masjid Kampung Jawa untuk solat Jumaat mata saya tertarik kepada sebuah gerai yang menyajikan Ayam Kukus Tempayan yang saya kira tidak pernah pun ditemui dimana-mana pun sebelum ini. Peniaga ini pastinya cukup kreatif dengan mempelbagaikan serta meluarbiasakan masakan ayamnya. Ayam golek, ayam panggang, ayam percik, sup ayam, sate ayam dan ayam tomato sudah amat selalu kita temui dan merasainya. Apalah agaknya keistemewaan ayam kukus tempayan ini? Adakah sehebat roti tempayan? Pena Tumpul - Jemunya makan daging ayam

Tempayan1

S elepas usai mengerjakan sembahyang tarawih, dalam perjalanan pulang Along menyuarakan rasa sedihnya kerana hari raya tahun ini beliau tidak mungkin dapat menyumbang apa-apa untuk keluarga lebih-lebih lagi buat emak seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya tahu Along tidak dapat menyembunyikan rasa tidak enaknya justeru sejak beberapa bulan lalu beliau tidak memiliki pekerjaan tetap. Along terbabit dalam pemberhentian pekerja. Beliau nampak kecewa sangat kerana sampai sekarag masih gagal menemukan pekerjaan yang amat seseuai untuknya. Dia ada berjanji kepada emak hendak memberi warna baru pada rumah emak. Saya katakan kepadanya bahawa ada seribu satu cara lain lagi untuk membuat emak gembira. Tidak semestinya wang ringgit, namun kesediaan untuk menghulurkan tenaga juga sudah dikira satu sumbangan yang tidak ternilai harganya. Lalu saya katakan kepadanya walau bagaimana pun keadaan kita, kita masih lagi penting. Saya ceritakan kesah tempayan yang retak kepadanya. Seorang tukang air memilik

Tarawih

S ejak empat malam yang lalu saya menunaikan sembahyang sunat tarawih di masjid-masjid yang berlainan. Ia menjadi begitu kerana Gudang Garam sedang memberi laluan kepada sebuah pembinaan masjid yang baru. Saya kira inilah masanya yang sesuai untuk berhijrah dari masjid ke masjid sepanjang bulan puasa ini. Masjid Segamat Baru menjadi rumah Allah yang pertama untuk saya sempurnakan ibadat ini bersama-sama dengan Haziq, isteri dan emak. Kebetulan saya mengunjungi emak yang menghabiskan masa melayan kerenah cucu-cucunya semalam dua di rumah adik bongsu di taman perumahan di sekitar Segamat Baru. Satu permulaan tarawih yang meruntun keinsafan seorang hamba di sisi Penciptanya. Sembahyang tarawih malam pertama ini menjadi begitu dihayati dengan alunan bacaan menyentuh jiwa insan kerdil daripada seorang Imam yang saya kira bertaraf hafiz. Malam keduanya saya bercadang untuk berkumpul bersama-sama adik beradik yang pulang dari jauh untuk berbuka puasa bersama emak di Batu Anam. Terkesima deng

Adab

U staz Ismail Kamus dalam bukunya, Indahnya Hidup Bersyariat , menggariskan beberapa perkara yang berkaitan dengan amalan puasa ini. Antara yang menarik dan cukup elok untuk disegarkan kembali dalam ingatan dan amalan ialah yang menyentuh soal adab-adab berpuasa. Antara lain yang amat dianjurkan ialah menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat, memfitnah, mengeji mencela serta mengeluarkan kata-kata kesat. Selain itu, tuntutan kepada penahanan diri daripada mengikut kehendak nafsu disamping begitu bersederhana ketika berbuka dan makan sahur. Amalan tidor pada siang Ramadan juga elok dikurangkan sebaliknya diisi dengan membaca AlQuran dan amalan berzikir. Beliau juga turut menyarankan supaya kita sentiasa berazam untuk menjadikan ibadat puasa yang terbaik untuk dipersembahkan kepada Allah maha Agung disamping tidak lupa memikirkan pelbagai hikmah disebalik melakukan ibadat puasa. Pena Tumpul - Bulan Ramadan bulan untuk menggandakan amalan maaruf

Quran

R amadahan yang mulia ini menyediakan peluang paling berharga untuk kita mendapatkan ganjaran dan pahala yang banyak dari Allah SWT. Antara yang amat baik kita lakukan ialah bertadarus Al-Quran. Menurut pendapat yang dikongsi daripada Ustaz Mursyid, jika kita tidak berapa lancar membaca Al-Quran bolehlah mengamalkan membaca Surah Al-Ikhlas 100 kali . Ini tentunya lebih baik daripada kita merangkak-rangkak membaca Al-Quran tanpa aturan tajwid yang betul.Namun begitu, jika kita berniat untuk belajar memperbaiki mutu bacaan Quran tentunya lebih afdal lagi. Jika amalan membaca Al-Quran sudah begitu sebati dengan diri kita,tentunya tidak terbit masalah tetapi bagaimana pula sekiranya sudah 10 tahun amalan membaca Al-Quran ini kita tinggalkan? Sememangnya bulan Ramadhan memberi kita cukup ruang untuk mendekatkan diri dengan Quran justeru ganjaran pahalanya yang berlipat-lipat ganda.Seorang rakan memberikan saya satu congakan mudah bagaimana kita boleh khatam Alquran dalam tempoh sebulan Rama

Ramadan

D i bulan yang mulia dan penuh rahmat ini, email yang bersangkut dengan amalan puasa mencurah-curah masuk. Rata-ratanya membawa mesej yang cukup baik sebagai ingatan kepada kita yang mungkin lupa. Elok rasanya dikongsi bersama untuk manafaat semua semoga ibadah puasa kita lebih sempurna dan diredai Allah. Antara kesilapan sewaktu berpuasa 1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yang boleh diterima Islam). Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu" (riwayat Bukhari) 2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam. Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh NABI SAW." (Fathul-Bari,4/138) 3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaj

Bergelut

"Boleh saya gunakan Bahasa Melayu, untuk terangkan......" S eorang pelajar ini menjadi pelajar pertama dalam sejarah pengajaran saya di kampus ini meminta izin untuk menggunakan bahasa ibunda dalam menerangkan sesuatu di dalam kelas. Sejak 12 tahun yang lalu, saya seboleh-bolehnya tidak akan memberi ruang walau sedikit pun untuk penggunaan bahasa ibunda kepada pelajar, lebih-lebih lagi dalam kelas pengajaran Bahasa Inggeris. Memang begitu pun sepatutnya. Saya tidak langsung berkompromi dalam soal bahasa ini. Tidak patut ada unsur rojak dalam soal berbahasa ini. Saya berjaya bertahan dengan tradisi ini sehingga kejutan berlaku pagi ini. Saya sedar pelajar berkenaan berdepan masalah pada tahap teruk untuk menyampaikan pendapatnya dalam bahasa orang putih ini. Saya terpaksa mengalah dan memberinya laluan tetapi bersyarat. Saya amat tidak gemar mendengar penuturan rojak. Berbahasa ibunda sepenuhnya tanpa disulam-sulam dengan Bahasa Inggeris itu. Tidak enak didengar bahasa dipertu

Rongak

B ulan puasa yang sarat dengan kerahmatan menjengah lagi untuk kesekian kalinya. Bulan untuk beramal dan mengumpul pahala berganda. Bulan untuk muhasabah diri. Setiap kali kehadiran bulan mulia ini, ingatan mengimbau ketika berpuasa di zaman kanak-kanak dulu. Tidak pernah penuh sebulan tetapi rongak di sana sini, lebih-lebih lagi di penghujungnya. Ketika itulah godaan dari segala sudut amat kuat dan tidak mampu untuk ditangkis. Sememangnya dugaan di hari terakhir amat hebatnya bukan kepalang. Terik panasnya berbeza dengan hari-hari sebelumnya. Godaan dari rakan sekelas juga tidak kurang hebatnya. Masih segar diingatan di hari terakhir Ramadan, saya bersama empat rakan rapat Zul, Johari, Rosli, Zahanudin berpakat untuk curi-curi minum air paip di tandas sekolah. Seronoknya tanpa sedikit pun rasa bersalah kepadaNya. Bila pulang ke rumah, berpura-pura letih bagaikan berpuasa atau bakal menerima habuan dari arwah ayah. Ketika kami boleh bertahan tanpa masalah di hari-hari Ramadan yang l

Sidek

S aya amat selektif dalam menonton drama Melayu yang dipaparkan di tv. Selain jalan cerita yang lemah dan tema yang klise dan stereotype, mutu lakonan yang kurang mantap para pendukung watak juga turut menolak keinginan saya untuk menggemari drama Melayu. Kebanyakan drama yang disajikan kepada umum dilihat gagal berperanan menjana minda apatah lagi menerapkan unsur pengajaran dan teladan. Drama tempatan sebenarnya begitu ketandusan para pelakon berwatak tetapi dibanjiri dengan para pelakon yang cuma gah pada paras rupa dan gaya namun mutu lakonan yang tidak seberapa. Saya mencari-cari nama-nama besar yang pernah menyuntik kehebatan kepada drama Melayu sekitar 70an dulu dan menjumpai semula Sidek Hussin - pelakon yang pernah mewarnai drama tv era hitam putih. Saya masih ingat lakonan hebatnya penuh berkarakter sebagai samseng kampung dalam drama "Cantiknya Membangun" yang menghiasi slot Potret Pekerti terbitan RTM. Ketika Tv merupakan satu-satunya sumber hiburan kepada oran

90/10

I never know about 90/10 until the students delivered it in their presentation this morning. It really caught my mind that the moment I got hold to my notebook later after the class, I quickly sought for the information and found it. This principle is so true and inspiring. It is so basic yet we often crowded by our emotion and can’t actually see it. After seeing it, you will find that we MUST be responsible for what we do and the situation that we end up now. There will be less meaningless complains in your life. Spend 5 minutes go through it and I beg your vision horizon will be widened and being more in control of your life. Thanks to Covey. 1 0% of life is made up of what happens to you . 90% of life is decided by how you react. What does this mean? We really have no control over 10% of what happens to us. We cannot stop the car from breaking down. The plane will be late arriving, which throws our whole schedule off. A driver may cut us off in traffic. We have no control ove

Pulih

S aya masuk kelas 8 pagi ini tanpa seorang pelajar pun yang bertopeng. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang saya lihat Isnin yang lalu- ramai yang bertopeng selain beberapa orang pelajar yang tidak hadir atas faktor kesihatan ekoran pandemik H1N1 sekarang. Pelajar pagi ini kelihatannya lebih ceria - bukan tidak bermaya seperti pada pertemuan minggu dulu. Khabarnya bilangan yang berkunjung ke pusat kesihatan membutuhkan rawatan juga mencatatkan penurunan. Kalau apa yang diperhatikan ini boleh dijadikan petunjuk, panjatan syukur tidak terhingga ke hadrat Esa di atas kurniaan rahmatnya kepada warga pelajar kampus ini. Semoga kampus ini akan terus pulih dari serangan virus yang tidak terduga ini. Namun cerita di luar agak membimbangkan malah mampu membuat kita paranoid. Ramalan WHO bahawa 5 juta rakyat negara ini bakal dijangkiti H1N1 memang menggusarkan. Pelbagai cerita yang tersebar dan di dengar yang tidak diketahui sahih tidaknya. Cakap-cakap tentang etnik mana yang lebih ramai menja

Terengganu

S aya berada di Terengganu untuk menghadiri sesi " vetting " yang berlangsung selama 4 hari bermula 12 hingga 14 di UiTM Dungun. Bertolak meninggalkan Segamat sekitar 645 petang dan sampai di Hotel UiTM Dungun kira-kira jam 1130 malam. Perjalanan menjadi laju dengan pemanduan bagaikan lipas kudung Encik Salem. Hari pertama "vetting" berlangsung pantas tanpa masalah bersama rakan-rakan dari Perlis, Kedah, Pahang dan juga Terengganu. Pada hari kedua "vetting" tamat sekitar pukul 2 petang dan kami mengambil keputusan untuk ke Pasar Payang. Kata orang tidak lengkap ke Terengganu kalau tidak berkunjung ke sini. Begitu juga kalau tidak membeli keropok lekor Losong yang menjadi buah mulut sesiapa sahaja sekiranya singgah di Terengganu. Keropok lekor atau lebih dikenali sebagai 'kepok gote' di kalangan penduduk tempatan, diperbuat daripada ikan dan sagu dan diadun menjadi satu adunan lembut yang kemudian digentel menjadi seperti bentuk sosej dan boleh di

Tauladan

S elingkar kisah hidup haiwan yang dipaparkan ini yang saya terima dari seorang rakan rasanya elok dikongsi sebagai tauladan. S epa sang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkap tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak ada kena-mengena dengan aku. " Ti

Kamil

" Ceramah dan penyampaiannya malah dia sendiri memang hebat " kata seorang pelajar baru yang mendaftar Julai lalu di UiTM Segamat. Neneknya mencelah, " Kalau kau nak tahu dia tu bukan orang lain, sedara kita jugak" Si cucu yang tidak pernah mengenali saya khabarnya bagaikan tidak mampu menolak untuk percaya dengan kata neneknya. I steri saya mengajuk dialog pendek ini kepada saya lewat petang ini. Saya tersenyum dengan kelucuan yang dibawa balik oleh isteri selepas pertemuannya secara tidak sengaja dengan Mak Tisah (saudara saya) di satu majlis rewang. Untuk kesekian kalinya, saya terbabit lagi dalam fenomena salah orang. Isteri cepat memberi penjelasan kepada nenek ini bahawa saya bukanlah orang yang dimaksudkan itu. Kata isteri, suaminya Kamil seorang yang pendiam, "low-profile", tidak menonjol dan cuma seorang pensyarah biasa yang tidak dikenali dan itulah Kamil yang pernah dikenali dari dulu pun. Saya juga pernah tidak disenangi oleh Pak Ngah Yem gara

Cegah

S aya masuk ke dewan kuliah pagi ini menyaksikan sebilangan pelajar dengan topeng muka. Tindakan amat wajar saya kira bagi memperisaikan diri dari serangan virus selsema babi yang penularannya diluar jangka sekarang. Setiap hari ada sahaja kematian yang direkodkan. Membimbangkan dan mencemaskan. Kalaulah maklumat berikut boleh digunapakai, ternyata pandemik ini bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ketika seorang pelajar sebok mengagihkan topeng muka kepada pelajar-pelajar yang lain, saya meminta untuk memiliki satu. Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.”Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia,” kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah peny

Permainan

L ewat petang ini saya membawa Hafiz ( anak saudara yang paling manja dan amat rapat dengan saya) keluar. Dia amat seronok. Begitu juga isteri saya yang sememangnya tidak mampu bertahan lama untuk sentiasa bertemu, bermanja dan bermain dengan budak berusia 3 tahun lebih ini. Hafiz tidak banyak kerenahnya kecuali yang satu ini - pantang melintasi kedai permainan, permintaannya untuk permainan memang tidak mampu ditangkis. Hari ini saya dan isteri tewas lagi dengan rengekan manjanya untuk kesekian kalinya. Hafiz berjaya memiliki sebuah basikal dan berlonjak kegembiraan! Saya pesan kepadanya supaya bercermat dan jangan sampai mencederakan permainan. Pengalaman lalu menunjukkan banyak permainannya yang bersepai di sana sini. Memang Hafiz tidak pernah puas hanya dengan sekadar bermain tetapi berminat pula untuk mengusik mana-mana yang perlu, memang itu sifat kanak-kanak yang sentiasa ingin tahu. Ternyata Hafiz tidak berusaha untuk menghargai permainan yang diperolehinya tidak seperti Haziq

Kesempatan

D alam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. Namun jika kita tidak mau membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang Tuhan berikan maka kesempatan itu akan hilang begitu saja. Dan hal ini hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di kemudian hari, saat kita harus berucap: "Ohhhh... andaikan aku tidak mensia-siakan kesempatan itu dulu ..!!!? Maka bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detik kesempatan dalam hidup kita. Di saat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan;.... Di saat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan; .... Di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; ..... Bila kita setia pada perkara yang kecil maka kita akan mendapat perkara yang besar. Bila kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi kesempatan yang besar seperti yang terpapar jelas dalam kisah seekor beruang dan seekor ikan kecil. Seekor beruang yang bertubuh besar sedang menunggu seharian dengan saba