K etika membentangkan Belanjawan 2010 Jumaat lalu, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memperkenalkan Akta Whistleblower tahun depan manakala 14 Mahkamah Sesysen Khas Rasuah dan empat Mahkmah Tinggi Khas Rayuan akan ditambah untuk memerangi rasuah. Satu langkah yang tepat dan sesuai bagi membendung segala macam bentuk penyelewengan yang berlaku sekarang. Saya pernah menulis tentang isu ini di akhbar tidak lama dulu. Penyelewengan dikatakan berleluasa dalam sektor awam justeru tiada pihak yang berani tampil ke depan memberi maklumat mendedahkannya. Lantas, Akta ' Whistleblower' dilihat amat perlu bagi melindungi pemberi maklumat. Laporan Ketua Audit Negara baru lalu mendedahkan tentang banyaknya kepincangan dalam pentadbiran serta salah urus dana. Bayangkan RM42,320 digunakan untuk membeli sebuah komputer riba yang sudah ketinggalan zaman. Tidak masuk akal langsung! Sebuah kerusi berputar pula berharga di antara RM810 dan RM1,050.Bayangkan bagaimana kelulusan boleh dib