H ari ini tidak semena-mena Haziq bertanya tentang kewujudan Allah. Satu soalan yang agak berani keluar dari mulutnya, "Kenapa Allah tidak boleh dilihat' ? Saya tahu dia tidak berniat hendak menafikan kewujudan Allah. Dia cuma ingin sangat tahu jawapan kepada persoalan yang mungkin sudah lama bermain di kepalanya. Saya percaya Haziq bukan sendirian berdepan dengan persoalan ini. Malah ada yang berhujah bahawa setiap benda yang wujud, sepatutnya boleh dilihat. Berdasarkan premis mudah itu, Allah juga sewajarnya boleh dilihat kerana Allah wujud. Saya katakan pada Haziq bahawa bukan semua benda yang wujud boleh dilihat. Sebagai contoh, kuman dan bakteria wujud, namun kita tidak boleh melihat kewujudannya dengan mata kasar sehinggalah mikroskop dicipta. Begitu juga dengan angin dan udara termasuk kentut yang bangar baunya itu. Kewujudannya tidak dinafikan namun tidak pula bermakna kita sampai boleh melihatnya. Itulah hakikatnya yang perlu kita terima. Saya ceritakan kepadanya sebu