Skip to main content

Guru


Dalam air banjir pun guru masih mengajar
"Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola"
Hari Guru datang lagi.Setiap kali hari yang istemewa ini disambut, setiap kali itu jugalah saya tidak mampu menangkis ingatan terhadap guru-guru yang pernah mendidik saya seawal darjah satu pada tahun 1968 dulu.

Saya diajar oleh guru yang pelbagai ragam. Guru yang baik dan garang juga. Guru yang rajin bercerita di dalam kelas. Ada yang liat masuk kelas sehingga terpaksa di "undang" ke kelas oleh ketua darjah. Ada juga guru yang sentiasa di nanti-nanti kehadirannya. Guru yang agak garang sentiasa sahaja diharapkan agar tidak datang atau tidak masuk kelas. Ada guru yang sepanjang masa mengajar sambil duduk.

Ada guru yang masuk sahaja ke kelas terus menuju papan hijau dan berlangsunglah adegan menyalin nota yang tidak berkesudahan. Ada pula guru perempuan yang suara cukup lembut sehingga tidak pasti apa yang diajarnya. Bagi guru wanita yang cantik rupawan digilai oleh pelajar lelaki dan tidak betah di usik di dalam kelas. Ada guru yang menjadi mangsa lelucun kerana kepelatan berbahasa Melayu, apabila perkataan "masih" disebut "masil". Dia guru lukisan saya. Ada seorang guru ini di gelar sebagai Hitler gara-gara misainya salin tak tumpah macam pejuang Nazi ini. Macam-macam ada. Seribu satu ragam dan pembawaan.

Walau siapa pun mereka yang pasti saya sentiasa mengingati guru-guru yang pernah menabur bakti ini sehingga saya menjadi seperti sekarang. Kalaulah saya berpeluang menemui mereka semua semula ingin saya sampaikan penghargaan yang tidak terhingga atas jasa-jasa mereka. Kini saya berada di tempat mereka dan mengambil alih tugas mereka mendidik anak bangsa yang tercinta.

Saya sentiasa mengharapkan saya disenangi dan sangat berfaedah untuk mereka.

Pena Tumpul - Lihat kedai cenderamata sesak dengan pengunjung yang membeli hadiah untuk guru

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...