Skip to main content

Alternatif

Saya diperkenalkan dengan idea The 4th Alternative oleh Tuan Fazrul Ismail. Katanya, idea ini didapati daripada hasil diskusi beliau bersama rakan dan juga melalui bacaan buku berjudul The 3rd Alternative, karya Steven R. Covey. Saya melihatnya sangat bagus kerana ada penambahbaikan. daripada idea Covey itu.

Tidak dinafikan dalam  kehidupan, seringkali kita menghadapi masalah atau kadang-kadang kita menghadapi satu tugas, agenda atau kerja yang perlu diselesaikan. Bagaimana kita uruskan masalah tersebut? Di dalam The 3rd alternative diperkenalkan istilah, My Solution, Your Solutin, Our Solution. Menurut teori ini, untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik bagi menyelesaikan masalah yang sedia ada, perlu melibatkan My Solution dan Your Solution  supaya menjadi Our Solution.

Kita jangan lupa alternatif ke empat. Di samping unsur My Solution, Your Solution, Our Solution, unsur yang paling penting adalah His Solution (Allah). Selepas berusaha kita bertawakal kepada Allah. Sebelum kita bertawakal kepada Allah usaha perlu dilakukan supaya Our Solution itu terjadi sebelum kita meminta His Solution.  Menurut Steven Coway, My Solution + Your Solution = Our Solution dan menurut Tuan Fazrul Ismail pula,   disamping mendapatkan Our Solution, kita perlu berharap kepada His Solution untuk menyelesaikan masalah.

Mengapa kita perlu pilihan ke empat?  Tidak bolehkah kita selesaikan masalah tersebut dengan usaha kita sendiri? Sebagai hamba, kemampuan kita sangat terhad. Sebagai hamba memang begitu pun.

Kita ambil contoh yang sangat mudah ini. Ali menghadapi masalah kewangan. Duitnya untuk semester tersebut telah disekat oleh penaja biasiswanya atas alasan tertentu. Ali terfikir, bagaimanakah caranya untuk dia selesaikan masalah tersebut? Ali berkongsi masalah tersebut dengan kawan-kawan rapatnya. Di samping itu, Ali berusaha untuk mencari duit poket bagi menyara kehidupannya bagi semester itu. Dia menjadi fasilitator sambilan, memberi kelas tambahan kepada pelajar yang memerlukan. Sebelum dia mendapat hasil kerjanya itu, didapati di dalam banknya sudah ada kurang lebih RM 500.  Dia tidak pasti dari mana datangnya duit tersebut kerana duit hasil kerjanya sepatutnya belum diperolehi lagi.

Ali teringat dia pernah ceritakan masalah tersebut kepada kawannya dan percaya Allah telah gerakkan hati-hati sahabatnya  untuk menyalurkan sedikit sumber kewangan bagi dirinya menampung perbelanjaan pada semester tersebut. Problem = Masalah kewangan untuk semester tersebut. My Solution = Ali berkongsi masalahnya dengan rakan-rakannya yang rapat. Your Solution = Kawan-kawannya memasukkan duit sumbangan kedalam banknya. Our Solution =  Ali dapat sedikit sumbangan, kawan-kawannya gembira dapat membantunya. His Solution = Kerja Allah Taala (Allah telah gerakkan hati rakan-rakanya) Allah bersifat Ar-Razak (Pemberi Rezeki)

Sangat dan memang sangat menarik untuk diamalkan dalam hidup yang penuh cabaran ini!

Pena Tumpul -  Pilih yang terbaik

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...