P eniaga memang cukup licik menipu para pembeli untuk untung lebih. Kalau kita tidak cukup berhati-hati, pasti kita akan ditipu hidup-hidup. Di kedai dan di pasar nampak tiada cacat celanya barang yang dibeli, namun bila sampai di rumah lain pula halnya. Nampak segar di pasar namun bertukar busuk di rumah. Saya ingin berkongsi cerita yang amat menarik ini tentang tipu helah peniaga ayam. Seorang penjual ayam hampir menamatkan jualannya untuk hari itu apabila dia didatangi seorang perempuan. Kebetulan cuma satu ekor sahaja ayam yang tinggal. Peniaga itu menimbangnya. "1 kilo lebih, 8.20 sen" , kata penjual itu. "Boleh tahan harganya, tetapi sayang kecil sangat", balas perempuan itu. "Awak ada ayam yang lebih besar ke? ", tanya perempuan itu. Penjual ayam itu termangu seketika. Dia tahu itulah satu-satunya ayam yang tinggal. Namun niat ingin menipu tetap ada. Dia memasukkan ayam tadi ke dalam peti sejuk dan berpura-pura mengeluarkan seekor ayam lain ya