Lamanya tidak dipelawa dan diberi kesempatan untuk melakukan upacara tepung tawar ke atas mempelai. Malah memang tidak pernah berpeluang atau diberi peluang pun. Bila dapat peluang melakukannya, saya agak kekok. Tidak sukar pun. Sesuatu menjadi sukar kalau kita melihatnya sukar dan kita tidak pernah mengambil peluang untuk melakukannya buat kali pertama.
Menepung tawar cukup mudah.Ia dilakukan di atas pelamin ketika kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan duduk bersanding. Ia sebagai simbolik kepada keluarga merestui kedua-dua mempelai dengan harapan supaya pasangan pengantin kekal bahagia selamanya.
Mengapa perlu menepung tawar? Ia bukanlah upacara wajib pun. Ia tidak memberi kesan sekiranya tidak dibuat.
Sejarah mengatakan budaya menepung tawar dilakukan oleh masyarakat India dalam majlis perkahwinan bertujuan mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Masyarakat kita pula menganggap menepung tawar sebagai tanda restu kedua-dua belah pihak. Kelihatannya tujuannya tidak berbeza pun dengan tujuan masyarakat India.
Perlukah kita meneruskan adat ini kalau kita sendiri sedar bahawa tujuannya jelas bertentangan dengan amalan dan kepercayaan kita?
Pena Tumpul - Suka tonton filem Tamil sahaja

Comments