Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Sampah

"Ada di kalangan orang sekeliling kita yang boleh disifatkan bagai lori sampah" M elampaunya kenyataan di atas. Amat keterlaluan melihat orang di sekeliling kita sampai begitu. Saya ingin berkongsi apa yang saya dengar lewat corong radio awal pagi ini. Saya belajar sesuatu yang amat berharga dalam mendepani pelbagai ragam manusia yang menggugah hati, perasaan dan tindakan kita. Secara sedar atau tidak hampir saban hari kita berdepan dengan aneka jenis manusia dan kita adakalanya membiarkan mereka wewenangnya mempengaruhi perasaan kita. Pemandu yang biadab, pelayan kedai makan yang kurang sopan, majikan yang menjengkilkan atau pun rakan sekerja yang menyerabutkan kepala adalah sebilangan yang berperanan mencalarkan keceriaan hidup kita. Bagaimana timbulnya kisah lori sampah ini. Ia tentang seorang pemandu teksi yang membawa seorang penumpang di tengah kesibukan kota Kuala Lumpur. Dalam kesesakan menuju ke destinasi, tiba-tiba terpacul sebuah kereta keluar dari tempat let

Kekasih

K etika Ramadan melabuhkan tirainya senja tadi, hati dijentik rasa sayu. Begitulah yang dialami setiap kali Ramadan pergi. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa di mana sifat Pemurah dan Penerima Taubat Allah itu berlipat ganda. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat di mana bala syaitan itu digari. Masakan tidak sedih berpisah dengan saat pintu syurga dibuka seluasnya, dan pintu neraka itu ditutup serapatnya. Masakan tidak sedih berpisah dengan tempoh masa khusus untuk melahirkan generasi bertaqwa, berasaskan kepada hidayah al-Quran. Semua ganjaran ini, hanya ditawarkan terhad sepanjang Ramadhan sahaja dan tidak akan kita temui dan perolehi di bulan-bulan yang lain. . Alhamdulillah, kita berjaya juga melalui bulan Ramadhan tahun ini. Yang paling penting ialah semoga setiap amalan kita diterima Allah dan dijadikan pemberat amal di akhirat nanti. Amat saya takuti kalau  tergolong dalam golongan yang rugi kerana tidak diampunkan dosa walaupun telah menjalani bula

Bising

B aru sehari hujan turun namun sang kodok sudah mula bising-bising. Pastinya ia bersyukur kerana setelah beberapa hari panas terik membakar, bumi dibasahi hujan. Memang kodok cukup seronok kalau hujan turun dan kalau boleh mahu hujan terus turun tanpa henti. Hafiz yang baru berusia sembilan tahun merasakan dirinya terganggu oleh bunyi kodok yang bersahutan awal subuh tadi. Bunyi bising kodok itu menggangu tidornya. Saya beritau, dia tidak boleh kata begitu. Seperti juga manusia, kodok sebagai makhluk ciptaan Tuhan juga memuji Tuhan dan mengucapkan terima kasih atas nikmat hujan yang diturunkan. Hafiz akur dengan penjelasan saya dan berjanji tidak akan marah-marah kodok lagi. Saya lihat dia menyambung tidornya dalam kedinginan pagi yang cukup menyamankan. Anak kecil seperti ini memang perlu diberitahu. Namun ada cerita yang lebih mencuit hati fasal kodok ini. Ia diceritakan oleh seorang pakar motivasi ketika saya menghadiri kursus yang dikendalikannya tidak lama dulu. Kisah seoran

Khatam

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf"  direkodkan oleh Tarmizi P emurahnya Allah kepada hambaNya. Saya tidak mahu terlepas merebut tawaran Allah ini.  Akhirnya dengan izin Allah saya khatam AlQuran tepat jam 4 petang hari ini. Syukur yang tidak terhingga kepadaNya kerana Ramadan kali ini diberi kekuatan untuk membaca seluruh isi kandungan AlQuran. Secara kebetulan masjid menganjurkan majils tahlil dan khatam alQuran yang biasa diadakan setiap penghujung Ramadan. Saya merasakan majlis itu diadakan khas untuk saya. Maha Suci Allah. Bersama-sama dengan empat yang lain termasuk Imam Masjid Kampung Gudang Garam yang juga bapa mentua saya, Hisham, Zakaria dan Faruq kami memimpin majlis ini. Saya melihat puasa sebagai satu proses persediaa

Pensil

H afiz yang berumur lima tahun amat kerap mengasah pensilnya. Gurunya membekalkannya dengan latihan tulisan hampir setiap hari. Petang ini bila saya ke rumahnya, dia cukup tekun menulis huruf-huruf dengan pensilnya. Sesampai saja saya di rumahnya, dia tidak tunggu lama tetapi terus menunjukkan pensilnya minta diasah. Pensilnya memang cukup dompok masa itu. Semua pensil yang dia ada memang tidak berasah pun. Mungkin emak dan ayahnya sibuk sehingga tidak terlayan kerenahnya. Banyaknya pensil-pensil kontot yang masih disimpan dalam kotak pensilnya. Sambil mengasah pensil saya beritau Hafiz bahawa hidup ini juga macam pensil. Pensil bukan sekadar pensil yang kita lihat itu sahaja. Ia bergantung bagaimana kita melihat pensil ini. Pensil ini mempunyai beberapa nilai baikyang boleh kita pelajari daripadanya. Bila kita mengasah pensil misalnya, bayangkanlah betapa rautan dek pisau yang tajam akan membuat si pensil menderita. Tapi setelah proses meraut selesai, si pensil akan mendapatk

Palsu

M ulai solat Asar hari ini saya cuba menahan diri saya untuk tidak menyapu muka lagi selepas memberi salam. Saya sendiri tidak pernah ingin bertanya kenapa solat perlu disudahi dengan menyapu muka. Cuma yang saya tahu kerana saya melihat majoriti yang dilihat bersolat menyapu muka seusai sahaja memberi salam. Lalu saya juga melakukannya sejak saya mula bersolat dulu tanpa ragu pun. Ikut apa yang orang buat. Itulah silapnya kita. “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya, baginda s.a.w menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian baginda berkata: Dengan nama Allah yang tiadalah Tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani . Ya Allah, hindarkan daripadaku kedukaan dan kesedihan “ Hadis di atas dikategorikan sebagai hadis lemah dan sekaligus tidak boleh diterima apatah lagi dijadikan sandaran dalam melakukan satu ibadah seperti solat ini. Lantas tidak ada sebab mengapa kita perlu menyapu muka sedangkan ia bukan sunnah Nabi pun. Dan umum menge

Ambulan

U mum mengetahui bahawa ambulan dipandu atas jalan raya dengan satu misi yang cukup murni. Misi membawa pesakit yang perlu dikejarkan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Misi yang mempertaruhkan antara hidup dan mati. Pemandu kenderaan ini diberikan amanah yang cukup berat untuk melaksanakan tugas ini. Pengetahuan dan kepercayaan bahawa ambulan perlu dilayan sebagai "raja" di jalan raya adalah sesuatu yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Dalam keadaan sesak mana sekali pun seboleh mungkin kita sebagai pemandu perlu bergerak ke bahu jalan untuk memberi laluan supaya kenderaan yang sedang dipandu dalam keadaan kecemasan ini boleh melungsur laju tanpa halangan. Kesedaran bahawa ada pesakit yang perlu dibawa segera ke hospital menerbitkan tindakan para pemandu lain untuk beralah tanpa paksaan pun. Benar adalah satu kesalahan untuk menyekat laluan ambulan, bomba, polis dan sebagainya, namun saya kira bukan faktor ini yang sangat mendorong mengapa pemandu bertindak

Gelap

K ira-kira 20 minit menghampiri waktu berbuka puasa semalam, tiba-tiba lampu yang sedang menyala terpadam manakala kipas yang sedang ligat berputar terhenti. Adakah litar pintas berlaku? Saya memeriksa panel suis utama dan mendapati tiada sebarang tanda litar pintas. Namun sebelum itu, kilat sabung menyabung di iringi dengan dentuman petir. Saya pantas membuat kesimpulan pasti ada pokok yang tumbang dan menimpa talian letrik lalu menyebabkan litar pintas. Seluruh Kampung Gudang Garam bergelap. Saya berharap keajaiban berlaku untuk melihat bekalan elektrik dipulihkan sesegera mungkin. Saya mula menyelongkar seisi rumah mencari lilin. Sumber cahaya alternatif ini gagal ditemui. Pilihan terakhir yang ada ialah sumber cahaya yang amat minimum dari telefon bimbit yang baru saya beli sebulan yang lalu. Sebuah telefon bimbit yang paling murah tidak sampai pun RM70 memberi sinar untuk saya dan keluarga berbuka puasa. Satu tamparan untuk isteri yang punya telefon jauh lebih mahal. Moralnya

Perang

R umput di laman makin panjang. Kemuncup juga sama naik. Memotong rumput yang tumbuh meliar sekeliling rumah adalah tugas rutin saya setiap dua minggu. Saya lebih suka melakukan kerja ini sendiri daripada mengupah orang lain melakukannya. Pada saya, kerja yang boleh dibuat sendiri akan saya seboleh mungkin saya berusaha membuatnya. Petang ini saya menyuarakan hasrat untuk memotong rumput. Tidak seperti selalu, kali ini hasrat saya dibantah keras bukan sahaja oleh isteri tapi Haziq juga. Alasannya mudah. Di bulan puasa ini adalah bukan langkah bijak untuk melakukan kerja ini. Saya pasti akan dipanah matahari yang membahang. Saya akan mudah penat dalam keadaan berpuasa sekarang. Saya juga akan haus dan akhirnya akan terdampar keletihan nanti. Saya faham mereka tidak mahu lihat saya letih nanti. Namun saya menolak alasan itu. Menjadikan ibadat puasa sebagai alasan untuk tidak melakukan sesuatu kerja yang mengundang keletihan tidak dapat saya terima langsung. Saya selalu percaya Tuhan

Hamba

"Jangan kamu menjadi  hamba Ramadhan semata-mata, jadilah hamba Allah yang ikhlas mencari keredhaanNya dalam Ramadhan” I tu pesan Yusuff Al-Qardhawi. Saya mendengarnya dilontarkan oleh seorang Ustaz lewat corong radio pagi ini. Secara jujur saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Ia satu peringatan yang amat baik untuk saya melihat dan menilai ibadat puasa saya. Saya tidak mahu dan cukup takut andainya tergolong sebagai hamba begini. Kata Ustaz, walaupun banyak kita baca al-Quran, itu belum tanda kita sudah berjaya. Bulan Ramadan memang kita kerap ke masjid untuk solat Tarawih, itu juga bukan tanda kita sudah berjaya.  Begitu juga banyaknya sedekah yang kita hamburkan di bulan Ramadan ini, itu bukan tandanya kita sudah jadi pemurah. Kenapa begitu? Tidak cukup baik dan sempurnakah amalan kita? Apa kurangnya lagi?  Sebabnya ialah kerana Ramadan adalah bulan “latihan.” Kejayaan sesuatu kursus bukannya di tempat kursus tetapi ukurannya ialah selepas selesai kursus. Pert

Bonceng

Kegiatan 'boncengan gratis' hakis kesarjanaan dan hikmah universiti PROF. DR. A MURAD MERICAN Bandar Seri Iskandar Tronoh, Perak U niversiti di Malaysia kehilangan hikmah. Akhir-akhir ini kita lihat universiti merestui 'pemboncengan gratis' di kalangan ahli akademik. Jika tidak membonceng dalam kegiatan penyelidikan dan penerbitan, mereka dianggap sebagai tidak normal. Tiba-tiba kita terlihat banyak nama yang menulis pada sesuatu karya. Perkara itu tidak salah. Tetapi jika nama-nama itu tidak ada kaitan intelektual dengan bidang atau tema yang dibincangkan, bagaimana kita mengukur hasilnya? Walaupun kajian dan penulisan antara disiplin digalakkan, perlu ada teguran jika ia disalahgunakan. Ramai ahli universiti yang telah salah tafsir konsep dan falsafah penglibatan kepelbagaian disiplin dalam sesuatu projek kajian. Jika nama-nama itu hanya dikenali dengan kepakaran bahasa dan kemungkinan besar hanya menyunting sesuatu hasil penulisan, apakah namanya l

Bersih

I ni mungkin cerita rekaan yang saya terima dari rakan blogger.Tetapi sangat baik untuk di jadikan teladan.Kisah berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju ke Kuala Lumpur.Kebanyakan dari penumpang pesawat tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah. Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup. Pramugari: Pak cik tolong jangan basuh kaki di dalam sinki.Sinki untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu.Bersopan lah sikit pak cik! Pak cik : Baik puan, maafkan pak cik.Tapi boleh pak cik tanya sikit? Pramugari:  Apa dia? Pak cik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan? Pramugari: Saya basuh muka tiap tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur. Pak Cik: “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa? Pramugari:  (Dengan bangga) Kami pramugari sem

TiVi

S aya sering memberitahu Haziq malah pelajar-pelajar saya juga bahawa peluang untuk mendalami agama amat terbuka luas sekarang. Buku-buku tentang agama begitu banyak dijual di pasaran. Bahasanya mudah dan santai malah tidak tebal macam kitab-kitab dahulu. Mudah diulit dan dibawa ke mana-mana. Zaman saya sekolah dulu, program agama di tv boleh dibilang dengan jari dan amat terhad. Seingat saya program Sinar Islam yang disiarkan setiap malam Jumaat. Bukan siaran langsung pun apalagi interaktif. Tidak cukup dengan itu, stesyen-stesyen tv sekarang juga turut rancak memberi ruang kepada program-program agama. Astro Oasis misalnya sudah agak lama menyajikan program agama. Begitu juga TV9 melalui program bicaranya yang kian mendapat tempat dihati penonton, Tanyalah Ustaz.  Paling menarik ialah dengan kemunculan Stesyen Tv Al-Hijrah yang berkonsepkan agama sepenuhnya..Antara program yang cukup menarik ialah Madrasah AlHijrah. Saya berkesempatan mengikuti program ini pagi ini. Saya melihat Ma

Kenal

U staz bercerita tentang seorang orang putih yang masuk ke kampung orang asli. Dia diberitahu tentang harimau oleh penduduk petempatan orang asli itu. Dia memang tidak kenal harimau pun. Tidak juga tahu bagaimana rupa dan fizikal harimau itu. Bila orang asli menceritakannya tentang harimau dia begitu teruja. Dia menyatakan keinginan yang tinggi untuk berjumpa harimau yang dimaksudkan itu. Dia tidak takut pun berbanding dengan orang asli yang sentiasa kecut perut bila harimau disebut-sebut. Ustaz menggunakan analogi ini untuk menjelaskan bahawa perlakuan yang berbeza akan dipamerkan bila kita kenal dan tidak kenal sesuatu. Dalam konteks kita beribadat kepada Tuhan, perlakuan kita terpapar jelas bila soal kenal ini dikaitkan. Oleh kerana kita kenal Tuhan, kita tidak payah berusaha untuk rasa takut. Takut akan datang dengan sendiri seperti mana takutnya kita kepada harimau kalau kita memang sudah kenal apa itu harimau. Dalam mendirikan sembahyang misalnya, tidak munasabah kita sembah

Hafal

  S aya melihat bulan Ramadan adalah bulan terbaik dan paling berkesan untuk menghafal beberapa surah dari Al-Quran yang tidak pernah saya berkesempatan melakukannya di bulan-bulan yang lain. Saya sedang melakukannya dan ia memang tidak sukar untuk dilakukan pada bulan penuh rahmat ini. Ketika duduk-duduk menanti masuknya solat Isya' malam ini, saya mengambil kesempatan ini meneruskan usaha menghafal ini.  Faruk yang memang berkemampuan menghafaz surah-surah yang panjang malah membacanya dalam solat fardu yang diimaminya, mendekati saya dan berkongsi cara beliau melakukan penghafalan ini. Saya melihat ia kaedah yang cukup baik dan mudah untuk dilakukan.  1. Baca ayat pertama sebanyak 20 kali. 2. Baca ayat kedua sebanyak 20 kali. 3. Baca ayat ketiga sebanyak 20 kali. 4. Baca ayat keempat sebanyak 20 kali 5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali. 6. Baca ayat kelima sebanyak 20 kali. 7. Baca ayat keenam sebanyak 20 kali. 8. Baca a

Iktibar

Gambar hiasan رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ   K etika mencari-cari juadah untuk berbuka di bazar petang ini, Haziq mengalihkan perhatian saya kepada seorang lelaki yang sudah agak tua. Lelaki ini duduk di tengah-tengah laluan orang ramai sambil mengalunkan ayat-ayat suci AlQuran. Fenomena begini biasa dilihat di tempat orang ramai berkumpul begini. Orang kita memang pemurah. Orang tua ini tidak akan pulang dengan tangan kosong. Ini pasti. Saya meminta Haziq memasukkan wang dalam bekasnya. Besarnya pahala bersedekah di bulan Ramadan ini. Haziq bertanya sesuatu kepada saya. Dia hairan kenapa orang tua itu perlu mengemis begitu. Di mana keluarganya. Di mana anak-anaknya. Kenapa dia dibiarkan gelandangan begitu. Saya cuba bersangka baik. Mungkin dia sebatang kara dan tiada sesiapa lagi di dunia ini untuk dia bergantung harap.  Pun begitu ada kemungkinan juga orang tua ini memang sengaja tidak diendahkan oleh anak-anaknya. Keadaan b

Ad-Dukhan

D i bulan Ramadan yang mulia ini, keinginan untuk membaca kitab-kitab agama memang kuat. Dalam keghairahan mencari kitab-kitab lama yang sudah lama tersimpan dan mungkin terselit di mana-mana saya menjumpai sebuah kitab kecil ini. Saya memang mahukan sebuah kitab bersaiz poket yang senang saya bawa ke mana.mana. Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Nabi SAW telah bersabda:" Sesiapa membaca surah "Haamim Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya." (HR. Ibnu Katsir)  Lagi daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa membaca "Haamimm Ad-Dukhan" pada malam Jumaat, maka diberi keampunan baginya. " (HR. Ibnu Katsir) Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, pula, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad: "Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apa dia? Maka nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda " Dia ialah "Ad-Dukhan". 

Al Syams

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا (١)وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا (٢)وَالنَّهَارِ إِذَا جَلاهَا (٣)وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا (٤)وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا (٥)وَالأرْضِ وَمَا طَحَاهَا (٦)وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (٧)فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (٨)قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (٩)وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (١٠)كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا (١١)إِذِ انْبَعَثَ أَشْقَاهَا (١٢)فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا (١٣)فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهَا (١٤)وَلا يَخَافُ عُقْبَاهَا (١٥) 1. Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, 2. dan bulan apabila mengiringinya, 3. dan siang apabila menampakkannya, 4. dan malam apabila menutupinya 5. dan langit serta pembinaannya, 6. dan bumi serta penghamparannya, 7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), 8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, 9. sesunggu