A ndainya kita dicaci dan dicemuh oleh orang lain, mampukah kita untuk diam membisu sahaja. Cukup sabarkah kita untuk menerima bulat-bulat patah demi patah perkataan menusuk telinga kita. Saya yakin tidak ramai antara kita yang betah untuk tidak berkata sepatah perkataan pun. Kalau hadis ini dijadikan panduan, saya kira ramai dari kita yang memilih untuk diam walau dicaci. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apab