Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Pemurah

S udah hampir sebulan Hafiz bersekolah. Dia sangat seronok menceritakan pengalamannya di sekolah baru. Dia menyebut satu demi satu nama kawan-kawan barunya. Bila ditanya apakah yang buat dia sangat suka pergi sekolah, dia kata sebab boleh main dengan kawan-kawan. Hafiz memang banyak cakap dan tidak boleh duduk diam. Ini tidaklah menghairankan kerana kanak-kanak memang begitu. Justeru itu guru yang berdepan dengan kanak-kanak begini perlu cukup bijak menanganinya. Di tadika dulu, Hafiz pernah di"tampal" mulutnya kerana dikatakan sangat kerap bercakap di dalam kelas sehingga mengganggu orang lain. Tindakan guru itu bukanlah bijak. Menyelesaikan masalah dengan cara yang sangat mudah begitu hanya akan membantutkan perkembangan peribadinya. Kemungkinan sentiasa ada kanak-kanak itu akan bertukar sebaliknya dengan menjadi seorang yang sangat pendiam. Satu lagi tentang Hafiz yang sangat menarik perhatian. Hampir setiap hari sebahagian dari duit belanja yang dibekalkan oleh ayah

14.8%

S udah menjadi trend di kalangan pelajar di sebuah IPTA ini untuk tidak hadir ke kelas sekiranya cuti umum jatuh pada hujung minggu atau pun awal minggu.Biasanya mereka yang tidak sangat rajin untuk ke kelas akan mengambil keputusan yang kurang bijak dengan ponteng kelas. Pagi Jumaat yang lalu menyaksikan cuma 20 pelajar sahaja yang hadir daripada 135 orang yang sepatutnya hadir. Dalam lain perkataan, cuma 14.8% sahaja yang cukup rajin untuk hadir kelas pada pukul 8.00 pagi tersebut. Peratus kedatangan yang sangat-sangat mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh mereka yang belajar di pusat pengajian tinggi. Saya sengaja memilih untuk tidak menangguhkan apatah lagi membatalkan kelas pada hari tersebut walaupun ada rayuan, permintaan malah desakan juga daripada segelintir pelajar. Saya ada dua sebab utama mengapa saya mengabaikan permintaan mereka. Kelas yang ditangguh atau dibatalkan pada prinsipnya perlu diganti, dan untuk mengganti kelas yang melibatkan bil

Kelawar

A khirnya saya menemui jalan penyelesaian kepada masalah kelawar yang semakin banyak berkampung di atap rumah. Pertindihan antara kepingan atap genting menghasilkan sebuah lubang yang memberi kebebasan untuk kelawar atau pun burung masuk. Lubang-lubang inilah yang perlu ditutup. Ada hampir 200 buah lubang yang perlu ditutup. Tiba-tiba saya terpandang cawan isi dadih yang saya buang. Saya nampak ia boleh digunakan untuk menutup lubang itu. Saya renyok-renyokkan dan satu demi satu lubang saya tutup. Pun begitu saya tidak sangat yakin akan ketahanannya. Lambat laun ia akan peroi juga. Saya dapat idea yang lebih baik. Genting lawannya genting juga. Saya nampak serpihan-serpihan genting yang sudah lama tersadai dikandung tanah. Saya ambil dan sumbatkan dicelah lubang. Ternyata ia lebih baik daripada cawan-cawan plastik itu. Manusia tidak pernah puas termasuk juga seorang saya. Saya pasti ada cara yang lebih dan lebih baik dari itu. Saya singgah di sebuah kedai bahan binaan rumah dan

Menyorok

K alau dah asyik mengadap komputer, ada kalanya kita sampai lupa apa yang berlaku disekeliling kita. Cuba tengok di bawah meja anda, entah-entah ada makhluk yang sedang menyorok. Entah apalah yang dibuatnya di bawah meja itu. Menyorok kerana tidak mahu mandi barangkali. Mungkin juga menyembunyikan diri dari emaknya yang mahu menghukumnya kerana tidak buat kerja sekolah. Pena Tumpul - Menyorok dalam selimut

Perarakan

Sultan Johor dan Menteri Besar turut sama S ambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor dilangsungkan di Segamat kali ini. Sambutan diserikan dengan kehadiran Sultan dan Sultanah. Seperti biasa setiap kali keduanya sentiasa mendapat perhatian rakyat. Masing-masing berebut-rebut ingin menatap wajah mereka dari dekat dan bersalaman juga. Saya sekadar memerhati dari jauh gelagat mereka. Saya melihat ada tiga sebab utama kenapa orang ramai berduyun-duyun ke majlis sambutan maulid. Lain orang mungkin lain tujuannya atau keutamaannya. Dalam sambutan maulid biasanya ada tiga agenda utama yang tidak pernah ditinggalkan, iaitu syarahan dari penceramah undangan, jamuan makan dan juga perarakan. Ada yang datang kerana begitu ghairah untuk sama ada menyertai perarakan atau sekadar melihat perarakan yang diserikan dengan pelbagai sepanduk yang membesarkan Junjungan Baginda Nabi. Ada pula yang datang kerana dorongan makan semata-mata. Bila usai makan, mereka balik dan acara lain tidak lagi

Zikir

I mam Malik berkata r.a: "Sesiapa yang belajar tasauf tetapi tidak mempelajari ilmu fikah (dan tauhid), maka ia adalah zindiq. Sesiapa yang belajar ilmu fikah (dan tauhid) tetapi tidak belajar tasauf maka ia adalah fasik, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya maka ia adalah ahli hakikat". Zikir tidak dapat dipisahkan daripada solat. Menjadi kelaziman seusai solat dituruti dengan zikir. Pun begitu zikir tidak semestinya selepas solat sahaja. Bila-bila masa pun kita dianjurkan berzikir, kerana zikir itu adalah proses amalan mengingati Allah. Malah Allah menyebut hikmah dan faedah zikir sebagai ubat penenang jiwa. Ia selaras dengan firmanNya yang bermaksud antara lain bahawa dengan zikir akan Allah hati menjadi tenang. Kata Ustaz Nidzam zikir yang paling baik ialah zikir secara senyap kerana ia lebih ikhlas dan lebih mudah menyelinap masuk ke dalam jiwa. Namun begitu ia tidaklah menafikan keharusan zikir dengan nada suara yang nyaring jika ada keperluan. Adakalanya

Sunat

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).     P agi ini saya sempat menonton Tanyalah Ustaz di TV9. Kupasan yang sangat menarik tentang solat sunat. Pun begitu, lebih menarik lagi ada kisah yang diselitkan. Saya selalu percaya sebarang bentuk ceramah yang diselitkan dengan cerita akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada penonton. Ustaz memaparkan sebuah kisah tentang bagaimana solat yang dikerjakan dengan penuh kyusuk itu dapat membantu seseorang yang di dalam kesusahan. Dikisahkan bahawa di Kufah terdapat seorang pemikul barang yang sangat dipercayai oleh orang ramai kerana sifat amanahnya. Pada suatu ketika semasa dalam perjalanan, dia telah bertemu seorang lelaki. Lelaki itu be

Lawak

D ua orang pelawak yang sangat-sangat dipuja ramai khabarnya me nang setengah juta dalam satu pertandingan lawak yang dianjurkan oleh sebuah stesyen televisyen tempatan . Setengah juta bukan sedikit nilainya. Ia amat lumayan. Bukan kepalang tingginya nilaian yang diberikan terhadap pelawak masa kini.  Adakah ini petu njuk yang mas yarakat kita memang gemar denga n lawak jenaka dan suka disajikan dengan kisah-kisah yang berunsur lawak? Kelihatannya masyarakat kita bagaikan dilanda krisis nilai yang hebat sehingga lawak di julang begitu tingg i berbanding dengan pertandingan lain yang berunsur agama dan yang mengasah daya intelektua l mas yarakat. Saya melihat unsu r lawak meru p akan ramuan yang sangat penting sehinggakan cera mah agama pun perlu diselitkan dengan bahan-bahan yang boleh membuat orang ketawa. C eramah yang hambar dan mendatar biasanya dian ggap menjemukan. Tidak hairanlah U staz sekarang perlu pandai berlawak supaya pendengar dan penonton tidak rasa bosan. Dikh

Lais

E mak memancing lagi setelah hampir setahun meninggalkan hobi yang sangat-sangat diminatinya ini. Nampaknya emak memang tidak boleh dipisahkan dengan kegilaannya memancing. Saya memang tidak berapa setuju bila dengar emak sudah memancing semula. Kak Long pun tidak juga suka mendengarnya. Biar pun berkali-kali dinasihati, emak berkeras untuk memancing juga. Kami sebenarnya sangat bimbang dengan emak yang tidak sangat sihat. Emak sering mengadu akan sakit kakinya itu. Bila ditanya kenapa sangat suka memancing, emak cuma kata, "Emak nak hibur-hiburkan hati, jemu duk rumah sahaja". Emak mahu melepas penat juga dan mengembang sayap setelah sekian lama "bermain" dengan cucu-cucunya. Bagai orang mengantuk disorong bantal, bila Kak Jah yang juga kaki memancing mempelawa emak untuk mengail, emak tidak pernah menolak. Emak memang sangat serasi dengan Kak Jah. Mereka adalah regu memancing yang sangat cocok. Bagai isi dengan kuku. Bila saya, isteri dan Haziq melawat emak

Pilih

D ila aka Diko tetap tidak berganjak dari keputusannya untuk terus menyambung pelajarannya di sekolah ini.Walaupun desakan demi desakan dari segenap sudut dari seluruh ahli keluarga menyarankannya supaya meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh, namun dia tetap menolak. Akhirnya semuanya akur dengan keputusan yang Diko buat. Bila ditanya, antara alasannya menolak saranan yang diajukan kepadanya itu ialah dia tidak biasa berpisah jauh dengan keluarganya. Memang tidak dinafikan, Diko memang tidak pernah bercenggang dengan keluarganya sejak 15 tahun yang lalu. Dia juga terlalu bergantung kepada orang lain dan tidak sedia lagi untuk berdikari. Dia tentunya tidak mampu berdepan dengan keadaan di mana segala-galanya akan dibuatnya sendiri tanpa bantuan orang lain, lebih-lebih lagi mamanya dan kedua-dua atoknya. Diko sebenarnya sudah sangat selesa hidup dengan bantuan orang lain dalam semua segi, malah membasuh kasut sekolahnya pun dilakukan oleh mamanya! Pun begitu, saya melihat

Ulama

K ata Ustaz Zahazan Mohamad, dia sering menjadi buku kecil ini sebagai rujukan dalam kuliah yang di sampaikannya termasuk ceramah melalui radio dan tv. Malah dia menganjurkan agar buku ini dibaca oleh setiap Muslim. Saya teruja untuk memilikinya dan nasib menyebelahi saya, buku terbitan Telaga Biru ini saya perolehi sewaktu mengunjungi pameran buku petang ini. Tidak syak lagi, isi kandungannya memang menarik malah sangat memukau. Ia merupakan kisah dan riwayat hidup ulama silam yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan hikmah yang boleh diambil pengajaran.  Saya uliti buku kecil ini dengan ghairahnya. Bab demi bab tidak mahu saya lepaskan. Pengkisahannya memang tidak pernah saya ketahui dan baca sebelum ini. Setiap bab memaparkan kisah yang berkisar tentang kehidupan ulama yang tinggi dan mulia akhlaknya.  Antara kisah yang sangat memberi kesan di hati ialah bagaimana musibah itu sebenarnya membawa tuah. Ketika kita sering dan selalunya melihat musibah itu sebagai sesuatu yang

Lepak

J umaat lepas saya, isteri dan Haziq merasakan sangat perlu untuk ke Batu Pahat. Saya tiada pilihan kecuali pergi pada hari Jumaat juga untuk sesuatu yang penting ini. Seusai hajat dan tugas yang penting itu, saya rasa ingin untuk singgah sebentar di salah sebuah pusat beli belah ternama di bandar ini. Tidak sampai satu jam, saya dan Haziq berkira-kira untuk mencari masjid yang berdekatan menunaikan solat Jumaat. Ia kewajiban yang tidak boleh diabaikan. Haziq mengingatkan saya walaupun dia tahu saya tidak lupa pun tentangnya. Isteri bersetuju untuk ditinggalkan buat sementara. Saya sampai di masjid ketika azan sedang berkumandang. Haziq terpandang sebuah warong berhampiran masjid itu. Dia tahu saya sangat suka cendol pulut dan mencadangkan agar singgah sebentar menghilangkan dahaga. Saya menolak kerana cendol boleh sahaja dinikmati seusai solat nanti. Masjid sudah sarat dengan orang dan saya cuma diberi ruang untuk berdiri di perkarangan masjid. Saya melihat warong mamak terus jadi

Rambut

M asalah kebotakan sering dikaitkan dengan peningkatan usia. Semakin bertambah usia, semakin banyak rambut yang gugur, ditambah lagi dengan rambut-rambut putih yang mula mencelah. Ia bagus kerana mengingatkan kita bahawa usia kita makin pendek. Pun begitu, ada juga yang sudah mula sedikit botak di usia yang masih dikira muda. Kata orang botak terjadi kerana banyak berfikir. Kesahihannya tidak pasti. Faktor keturunan juga menyumbang. Begitu juga faktor kesihatan. Kulit kepala yang tidak sihat  membantutkan pertumbuhan rambut. Saya mengalami keguguran rambut dalam tempoh yang agak lama juga. Sedikit demi sedikit, rambut di bahagian tengah kepala semakin sedikit dan akhirnya menampkkan dengan jelas kulit kepala. Setelah bertahun-tahun ia menjalar ke bahagian depan kepala dan besar kemungkinan akan mengikis sedikit demi sedikit rambut di atas kepala. Ia tidaklah menggusarkan sangat  lantas masih selesa dengannya. Hari ini saya diperkenalkan dengan sejenis produk berkaitan rambut ya

Kalah

J ohor tidak sepatutnya kalah di tangan Pahang malam tadi. Rata-rata berpandangan begitu kerana Johor sudah mendahu lui dua gol mengatasi Pahang. Entah di mana silapnya, Pahang bangkit dan menyumbat dua gol untuk menyamakan kedudu kan membolosi pertahanan Johor. Johor juga sepatutnya mampu mengala hkan Pahang kerana pasukan ini bukan calan g-calang lagi barisan pemainn ya. Penyertaan pemain-pemain bernilai sangat tinggi sepatutnya memberi kelebihan yang bukan sedikit kepada Johor. Khabarnya untuk mendapatkan pemain ini berjuta ringgi t dilaburkan. Ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada kekalahan Johor dalam perlawanan pembukaan yang mengecewakan warga Johor ini. dibarisi pemain terbilang dan berstatus bintangemuannya tidak bermakna jika ada nilai angkuh dan tidak bermain secara berpasukan. Demikianlah juga dalam kehidupan kita seharian, hebat manapun kita, jangan angkuh dan sombong apatah lagi bersifat individualistik, bagai enau dalam belukar masing-masing. Pem

Semangat

P elajar ini memang sangat kuat semangatnya.Saya mengawasinya di Hospital Segamat dua hari lalu. Sememangnya ini pengalaman pertama saya.Dia bertekad mahu menjawab kertas Personal Financing walau pun dalam keadaan yang tidak berapa sihat. Dia sebenarnya punya pilihan untuk menangguhkannnya kalau dia mahu. Dia disahkan mengalami asma dan gangguan pernafasan. Pun begitu, doktor yang merawatnya memberi jaminan bahawa Faiz berada dalam keadaan fit untuk bertarung. Faiz berjaya menyiapkan tugasnya kurang daripada waktu yang telah ditetapkan iaitu 40 minit lebih awal. Saya menasihatkannya menyemak berulang kali jawapannya dan ia berpuas hati. Saya tidak mahu dia terburu-buru. Dia punya baki masa yang agak banyak. Akhirnya dia cuma mampu berkata, "Tak larat dah, cukuplah" . Saya nampak dia tidak sangat bermaya. Dia mahu berihat. Saya kagum dengan semangatnya.  Pena Tumpul - Agi idup agi ngelaban

Tipu

S aya diberitahu melalui panggilan telefon bahawa saya terpilih untuk memenangi hadiah sebagai salah seorang pelanggan Celcom yang bertuah. Sukanya saya!  Saya sedar saya sedang ditipu tetapi saya biarkan sahaja pemanggil itu melakukan kerjanya. Saya sengaja tidak meletakkan telefon kerana sangat berminat untuk mendengar lakonannya berlagak sebagai Pengarah Eksekutif Celcom. Memang hebat permainannya. Silap haribulan senang-senang sahaja kita disembelihnya hidup-hidup. Saya dapat mengesan susah payahnya cuba bercakap seperti orang Melayu untuk memperdayakan saya walaupun saya tahu dia orang Indonesia sebenarnya. Dia gagal disitu! Setelah memberinya seminit menipu saya, saya bersuara agak keras dan tinggi lantas memanggilnya penipu dan penjenayah. Mana mungkin saya wewenangnya diperbodohkan begitu. Saya tidak pernah terlibat pun dalam sebarang bentuk judi mahu pun loteri, jadi adalah tidak masuk akal untuk tiba-tiba dinobatkan sebagai pemenang sejumlah wang yang bukan sedikit juml

IKIM

Ustaz Muhammad Abdullah menarik bicaranya! R adio IKIM adalah antara siaran yang sangat selalu saya ikuti selain daripada Radio Klasik. Radio yang bernaung di bawah bumbung Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ini bermotokan "Pilihan Utama Anda". Kandungan siarannya bertumpu kepada bual bicara dan sarat dengan maklumat dan ilmu yang manafaat. Antara pembicaranya ialah Ustaz Pahrol yang terkenal melalui programnya Mukmin Profesional yang keudara setiap jam 5 petang Isnin. Begitu juga program Islam itu Indah yang mengenengahkan Prof Muhaya sebagai pembicaranya. Ada juga Ustaz Muhammad Abdullah melalui program Pesona Dzahara yang berbicara tentang soal pembentukan rumahtangga Islam. Begitu juga dengan kemunculan Ustazah Norhafizah setiap hari Ahad. Selain itu ruangan tafsir AlQuran yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan Mohamad pada setiap 630 pagi. Tidak ketinggalan juga Ustaz Zaharudin yang memfokuskan bicaranya pada soal-soal muamalat dan sistem kewangan Islam. Tid

Adab

U staz Zahzan Mohamed berkongsi Adab membaca al-Quran yang dipetiknya dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi. Ia sangat-sangat bermanafaat. # Berniat ikhlas kerana Allah. # Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca Quran. # Membaca dalam keadaan berwuduk. # Mengadap ke arah kiblat. # Memulakan dengan at-Ta’awwuz. # Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat. # Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin. # Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan. # Membaca dengan tada

Lembab

S yarikat Air Johor (SAJ) yang dipertanggungjawabkan menyalurkan air bersih kepada warga Johor mengambil masa lebih kurang 14 jam untuk mengatasi masalah yang diajukan kepadanya. Satu tempoh masa yang agak lama saya kira. Pagi ini secara tiba-tiba bekalan air ke rumah saya terputus. Aduan terus dibuat seawal jam lapan pagi dan sepanjang masa tersebut saya bergantung kepada air tangki yang cuma mampu bertahan buat seketika.Hanya sekitar jam 5 petang barulah kelihatan petugas SAJ mundar mandir menghampiri kawasan rumah mencari punca kerosakan. Mengapa perlu menunggu begitu lama?   Seterusnya bergerak meninggalkan rumah saya dan pulang sepuluh minit kemudian hanya untuk memberitahu kesukaran dalam mencari punca kerosakan. Dengan bekalan air tangki yang amat terhad saya sekeluarga terlalu berhati-hati dan bercatu dalam penggunaan air jangan sampai tidak cukup pula untuk taharah dan wuduk. Sebagai pembekal perkhidmatan berbayar, SAJ sepatutnya lebih proaktif dalam menangani masalah penggu