Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Kelambu

B ila balik ke kampung menziarahi atok yang sudah agak uzur semalam, mata saya tertumpu pada objek putih yang di ikat empat penjuru di tengah-tengah rumah. Sudah agak lama saya tidak melihat benda ini. Saya sendiri pun tidak pernah menggunakan kelambu lagi kecuali masa kecil-kecil dulu.Memang sangat sukar untuk melihat orang menggunakan kelambu lagi. Kalau ada pun, kelambu hanya digunakan sebagai perhiasan di bilik peraduan pengantin baru. Melihat kelambu yang atok gunakan itu, mengimbau kembali ingatan saya waktu kecil-kecil bila balik kampung di rumah atok. Waktu itu, seperti juga rumah-rumah yang lain, rumah atok memang tak banyak bilik tetapi punya ibu rumah yang luas dan lapang. Rumah papan atok memang luas, lapang dan tinggi bumbungnya. Jadi, tidaklah panas walaupun tiada kipas seperti sekarang. Kata atok, masa dulu kelambu digunakan untuk menghindari nyamuk. Lagi pun dalam keadaan lapang begitu, tidaklah manis dan elok kalau masing-masing tidor bersepah lebih-lebih lagi pe

Ketua

R upa-rupanya tidak semua orang suka jadi ketua ketika ada yang lain berebut-rebut untuk mendapatkannya.Ketua Kampung Gudang Garam sudah acapkali menyuarakan hasratnya untuk melepaskan jawatan yang telah dipegangnya sejak hampir 30 tahun itu. Memang sangat lama. Pun begitu hasratnya tidak pernah tertunai kerana tiada yang bersedia untuk mengganti tempatnya. Malah tidak ada yang dilihat layak juga untuk memikul tanggungjawab ini. Sejak dua minggu lalu, kampung ini sedikit kecoh. Seorang yang difikirkan layak untuk menerajui pentadbiran kampung menolak jawatan di saat-saat akhir. Tindakannya ini memang mengecewakan Tok Ketua yang sudah berkira-kira untuk menyerahkan kerusinya kepada calon muda ini. Alasan penolakan macam tidak masuk akal sahaja iaitu masih belum bersedia untuk berdepan dengan penduduk kampung yang pelbagai gelagatnya. Dia juga khuatir orang-orang kampung enggan memberikan kerjasama kepadanya atas faktor usianya yang masih agak muda. Tok Ketua sedia ada akhirnya tia

Bergelap

U staz Zainodin di undang lagi untuk menyampaikan ceramah di majlis sambutan Maulid al Rasul di Kampung Gudang Garam malam tadi. Ustaz ini pernah di jemput tahun lepas juga. Respon penduduk yang suka dengan cara beliau menyampaikan ceramah, mendorong saya untuk mengundangnya lagi. Kali ini jemputan yang hadir diluar dari jangkaan. Sangat memberansangkan. Tok Imam gusar kalau ada yang tidak dapat makan, namun segalanya beres, cukup untuk semua. Pun begitu ada yang lebih-lebih lagi di luar dugaan berlaku. Ketika Ustaz sedang bersemangat berceramah, suasana terang bertukar gelap. Bekalan elektrik terputus,dan ia adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut ramai orang. Suara Ustaz sudah tidak lantang lagi tanpa bantuan pembesar suara. Sinar lampu dari lampu kecemasan cuma mampu memberi cahaya balam-balam saja. Hadirin mula resah kepanasan tentunya. Ustaz sudah tidak diberikan perhatian lagi. Suara Ustaz tenggelam timbul dalam gangguan suara nakal kanak-kanak. Khabar