Skip to main content

Bergelap

Ustaz Zainodin di undang lagi untuk menyampaikan ceramah di majlis sambutan Maulid al Rasul di Kampung Gudang Garam malam tadi. Ustaz ini pernah di jemput tahun lepas juga. Respon penduduk yang suka dengan cara beliau menyampaikan ceramah, mendorong saya untuk mengundangnya lagi.

Kali ini jemputan yang hadir diluar dari jangkaan. Sangat memberansangkan. Tok Imam gusar kalau ada yang tidak dapat makan, namun segalanya beres, cukup untuk semua.

Pun begitu ada yang lebih-lebih lagi di luar dugaan berlaku. Ketika Ustaz sedang bersemangat berceramah, suasana terang bertukar gelap. Bekalan elektrik terputus,dan ia adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut ramai orang. Suara Ustaz sudah tidak lantang lagi tanpa bantuan pembesar suara. Sinar lampu dari lampu kecemasan cuma mampu memberi cahaya balam-balam saja. Hadirin mula resah kepanasan tentunya. Ustaz sudah tidak diberikan perhatian lagi. Suara Ustaz tenggelam timbul dalam gangguan suara nakal kanak-kanak. Khabarnya banyak juga kawasan yang terjejas bekalan sebelum pulih semula hampir dua jam berikutnya.

Dalam kepayahan, ada beberapa perkara yang dapat dikongsi dari ceramah Ustaz dan ia sangat berkesan. Kata Ustaz jangan sampai solat kita tidak diterimaNya. Kalau kita rasa bosan dan kurang bersemangat untuk solat itu tandanya. Kalau kita seronok dan selesa bersolat, itu petanda baik.

Dalam gelap-gelap, makan makin berselera dan tidak segan-segan bertambah lebih-lebih lagi keromak sedap bukan kepalang sentuhan Hj Mohsin!

Pena Tumpul - Berangan ingin jemput Ustaz Zahazan


Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...