Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Pekak

" A dakalanya kita perlu memekakkan telinga supaya tidak mendengar segala kata-kata negatif yang akan menghambat perkembangan kita di tempat kerja, keluarga dan juga dalam masyarakat". Kita dikelilingi dengan manusia yang pelbagai ragam dan sifat. Ada yang cukup membantu malah tidak kurang yang membuat kita buntu. Tindakan yang kita lakukan begitu dipengaruhi oleh mereka yang cukup rapat dengan kita- ahli keluarga dan rakan taulan. Sama ada kata-kata perangsang pembakar semangat atau ungkapan-ungkapan negatif yang membunuh harapan dan cita-cita kedua-duanya bercampur baur hinggap di telinga kita. Lumrahnya yang bernada negatif itulah yang mendominasi keadaan. Hasrat dan impian kita diperlekehkan. Jauh sekali untuk menyogok keyakinan untuk merealisasikan impian yang sudah tersemat. Berdepan dengan keadaan ini, pilihan terbaik yang ada untuk kita ialah memekakkan telinga dari mendengar kata-kata negatif yang bakal meranapkan impian kita. Cerita seekor cicak yang tuli rasa

Pengajaran

S aya mendengar cerita ini disampaikan oleh seorang pakar motivasi bila berbicara tentang kasih sayang di radio pagi ini. Ia cukup memilukan namun ada pengajaran. Kisah ini mungkin sudah biasa didengar dan pernah juga berlaku pada diri kita tanpa kita sedar pun. Seorang ayah bergegas ke tempat kerja sehingga tidak cukup sempat untuk meletakkan semula di tempat yang tinggi ubat yang baru diambilnya. Namun dia sempat berpesan kepada isterinya supaya mengambil ubat itu dan meletakkannya di tempat yang selamat. Isteri yang sibuk di dapor melupakan pesan suaminya. Tanpa dijangka botol yang dibiar bersepah ini menarik perhatian seorang anak kecil milik pasangan ini. Anak yang berusia dua tahun ini cukup tertarik dengan cecair berwarna merah dalam botol itu lalu meneguknya sehingga habis. Anak yang tidak tahu apa-apa tidak sedarkan diri kerana penangan ubat yang khusus untuk orang dewasa itu. Ibu panik dan bergegas ke hospital namun anak mereka tidak dapat diselamatkan. Ibu bukan saha

Angkasawati

D alam diam-diam, pelajar berusia 16 tahun ini menyimpan cita-cita bukan kepalang tingginya. Ibarat mahu memeluk gunung layaknya. Dila aka Diko mahu jadi angkasawan atau lebih sesuai lagi angkasawati. Saya tahu dia pasti teruja dengan cita-cita barunya itu setelah berkesempatan mendengar kisah kejayaan calon angkasawan negara Mejar Faez yang di undang dalam Ekspo Kerjaya di Dataran Segamat beberapa hari lalu. Remaja di usia begini memang senang teruja dan dibakar semangatnya. Cita-cita sentiasa bertukar silih berganti. Ada ketikanya mahu jadi doktor, diketika yang lain mahu jadi ahli sains dan sekarang mahu jadi angkasawan pula. Cita-cita tidak semestinya menjadi nyata, namun ia tidak juga mustahil untuk dicapai. Setidak-tidaknya dengan menyimpan cita-cita ini, segala usaha dan tenaga akan sentiasa dikerah ke arah mencapainya. Ia sumber motivasi yang sangat tinggi untuk lebih komited dalam belajar sebenarnya. Saya percaya Diko tidak sekadar dibuai cita-cita itu tetapi akan senti

Ah!

S aya menemukan kisah benar yang amat menyayat hati ini. Seorang datuk dibunuh tanpa rasa belas oleh empat orang remaja dan salah seorang daripadanya adalah cucunya sendiri. Paling malang neneknya juga dibiarkan diketuk dan dicederakan dan kemudian lari dengan wang dan barang kemas bernilai 10 ribu ringgit. Perbuatan yang amat kejam. Di mimbar khutbah hari ini saya mendengar penuh insaf khatib berbicara tentang ibu yang sangat perlu untuk dihormati dan diletakkan di kedudukan yang paling tinggi melebihi sesiapa pun. Dan hadis yang diperdengarkan amat menarik untuk direnungi dan dihayati. "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya : “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?” Jawab Nabi “Ibu kamu” “Selepas itu?”- “Ibu kamu” “Selepas itu?”- “Ibu kamu” Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?” Jawab Nabi “Ayah kamu ” Tingginya nilai ibu di dalam Islam. Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya

Mengasihani

S aya menemukan kisah yang sangat menarik untuk dijadikan iktibar dari sebuah buku yang baru saya beli. Bukunya nipis sahaja namun sarat dengan kisah-kisah yang boleh menjana keimanan kita. Seperti kata penulisnya, buku ini mengheret pembaca menyingkap rahsia kasih sayang Pencipta yang adakalanya kita pandang sepi. Kita seringkali memikir untuk menyembahNya namun jarang sekali memikir untuk menyintaiNya. Dipetik daripada buku ini tentang adanya satu hadis tentang seorang yang disebut sebagai ‘Al-Kiflu’ Al-Kiflu merupakan seorang pemuda yang hidup pada zaman sebelum kita (sebelum Nabi Muhammad s.a.w. hidup). Bagi lelaki ini, tidak ada perkara yang haram baginya, semuanya halal (dia melakukan begitu banyak dosa, perkara haram).  Sahabat Nabi s.a.w. yang meriwayatkan kisah Al-Kiflu ini menyatakan bahawa beliau mendengar kisah ini disampaikan Nabi s.a.w. bukan sekadar sekali, bukan tujuh kali, bahkan lebih daripada itu. Kisah itu merupakan kisah yang cukup penting, oleh ya

Calon

K habarnya ada yang kecewa kerana tidak dipilih oleh parti untuk menjadi calon dalam pilihanraya kali ini. Lebih-lebih kecewa lagi bila merasakan diri mereka akan dipilih semula tetapi tidak dicalonkan pun untuk kali ini. Bukan sahaja yang tidak terpilih itu yang marah-marah tetapi ahli keluarganya dan pengikut-pengikutnya juga turut berang. Menurut orang kampung yang kenal benar dengan bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan ini, pengikut-pengikutnya telah mengambil tindakan agresif dengan menanggalkan segala bendera dan kain rentang yang telah dipasang di kawasan berkenaan sebagai tanda protes. Kata sumber-sumber yang boleh dipercayai, ada sebab mengapa dia tidak dicalonkan semula. Dia dikatakan gagal berfungsi sebagai wakil yang berkhidmat untuk rakyat dikawasannya. Sebaliknya hanya mendahulukan ahli-ahli keluarganya dan juga pengikutnya. Ini sudah tentulah bercanggah dengan gagasan Rakyat Didahulukan yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan. Sudah memang sewajarny

JM

L ambat lagi. Mesyuarat yang sepatutnya dan semestinya bermula pada pukul 10 pagi ditunda hingga setengah jam berikutnya. Itulah hakikat waktu Malaysia. Masih jauh dari ketepatannya. Lambat 10 minit atau lebih itulah yang diterima pakai sebagai tepat dalam banyak keadaan. Saya cenderung untuk melihatnya sebagai waktu JM yang merujuk kepada Jam Malaysia dan bukan am atau pm . Bahawa kelewatan yang dilakukan itu menyusahkan orang lain yang sangat berkira dengan waktu itulah yang memualkan. Malah semakin meloyakan kalau kelewatan itu diiringi pula dengan pelbagai alasan basi seperti "traffic jam" misalnya. Kalau di kalangan pelajar pula alasan yang paling popular dan merimaskan telinga ialah " overslept " atau terlebih tidor. Gejala lewat ini melata sifatnya tidak kira lapisan dan latarbelakang. VIP dan artis misalnya yang hadir lewat untuk acara-acara tertentu, seperti sidang akhbar, rasmi itu dan rasmi ini dan ini sudah menjadi norma. Tidak keterlaluan kalau

Khusyuk

"Saya berasa susah hendak mencapai erti khusyuk dalam solat. Saya seringkali lalai. Ingatan saya melayang-layang ingatkan sesuatu keadaan di luar solat." Bolehkah ustaz memberi sedikit nasihat pada saya?" T entang khusyuk dalam solat lagi. Tanyalah Ustaz yang sempat saya ikuti pagi ini dihujani email dari mereka yang bermasalah meraih khusyuk dalam solat.Dan luahan di atas adalah antara banyak email yang meyinggah. Saya yakin, ramai orang menghadapinya. Saya tidak terkecuali. Tidak segan untuk mengakuinya daripada menjadi bodoh sombong tidak berpenghujung. Namun janganlah kita duduk diam tanpa buat apa-apa atau solat kita selama ini akan berlalu sia-sia seperti kata hadis Nabi, " Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya" Ustaz ini mengkesahkan Hatim al-Isam seorang abid yang unggul yang mendatangi seorang pemuda yang sukar mencapai erti khusyuk dalam solat. Lantas b

Ikan

"Takkan beli ikan longgok aja" K ata-kata itu singgah di telinga saya dari sebuah suara yang pernah saya dengar. Rakan saya ini memang suka berseloroh. Pun begitu, hati saya terusik juga.  Saya tidak menyedari dia lalu di belakang saya ketika saya sedang membeli dua pinggan ikan yang dijual agak murah. Memang murah pun. Saya hanya membelanjakan enam ringgit sahaja untuk 10 ekor ikan kembong. Ia murah kerana kualiti ikan yang tidak berapa segar namun secara lahiriahnya masih boleh dimakan. Saya tahu dia ingin memberitahu saya bahawa ikan tersebut tidak layak untuk saya beli. Ikan itu murah dan sudah tidak elok lagi. Sudah tidak segar dan cuma layak untuk santapan kucing sahaja. " Saya beli ikan ini untuk kucing" saya menjawab ringkas sambil melihatnya berlalu. Pena Tumpul - Kucing pun ada rezekinya

Tolong

S eorang lelaki separuh usia yang tidak sangat terurus penampilannya melambai kereta-kereta yang lalu lalang. Pastinya dia mahu menumpang untuk minta dibawa ke destinasi tujuannya. Lazimnya, tidak ada kereta yang berhenti pun. Saya juga tidak terpanggil untuk berhenti menyahut lambaian tangannya yang agak layu kepenatan barangkali. Hafiz yang sangat perasan akan apa yang berlaku bertanya kepada saya, "Kenapa Uda tak berhenti. Dia kan nak tumpang. Semua tak nak tumpangkan dia. Sian dia"  Sukar saya hendak menjelaskan kepada anak kecil berusia enam tahun ini. Dia cuma nampak apa yang di depan matanya sahaja. Dia tahu lelaki itu perlukan pertolongan dan sepatutnya ditolong. Itu yang dia diberitahu dan perlu dilakukan. Saya tidak menyalahkannya menegur atau dilihat macam mengajar saya. Saya ada sebab saya sendiri untuk tidak memberi tumpang kepada lelaki itu. Saya sangat pasti orang lain yang melewati dan menyaksikan lambaian tangannya juga berkongsi sebab yang sama dan ya

Hadiah

S aya dan Hafiz diraikan secara bersama lagi dalam sambutan hari ulang tahun kelahiran tahun ini. Saya mencecah angka 52 dan Hafiz pula masih kecil angkanya, angka 7. Ibu Hafiz bersusah payah menyiapkan juadah untuk sambutan kali ini. Tahun lepas sambutannya di rumah saya dan kali ini di rumah Hafiz pula. Saya menumpang keseronokan Hafiz tentunya. Sebelum Hafiz lahir, sambutan hari lahir saya tidaklah sangat meriah pun, malah adakalanya tidak disambut langsung pun. Seperti biasa, Hafiz tidak lupa meraih hadiah dari saya. Saya mengusiknya bahawa saya juga mahu hadiah daripadanya. Dia kata dia tidak ada duit untuk beli hadiah buat saya. Saya katakan kepadanya, hadiah tidak semestinya dalam bentuk benda. Hadiah juga tidak semestinya mahal. Apa-apa pun boleh jadi hadiah asalkan pemberiannya ikhlas dan menyenangkan buat yang menerimanya. Ketika saya memberikannya hadiah mainan yang memang menjadi kegemarannya, saya pula menagih hadiah daripadanya. Dia tersipu-sipu. Saya tidak nampak seb

Singkat

"Dah bulan empat!, cepatnya...rasanya baru lagi tahun ni" S aya kira ungkapan ini sering sangat kita dengar. Orang berkata tentang masa yang dirasa singkat. Pantas bertukar dari jam ke jam, hari ke hari dan bulan ke bulan. Pejam celik bulan baru menyusul membiarkan bulan lama menjadi sejarah. Malah ada yang berkata, letak sahaja kepala di bantal, sudah bangkit semula keesokan harinya dan dirasakan macam tidak puas tidor pun. Begitulah pantasnya masa yang dirasa. Bila ini yang berlaku, ada juga yang mengaitkannya bahawa Kiamat sudah semakin dekat walaupun tidak tahu bila. Tidak salah pun berpandangan begitu kerana memang ada hadis yang boleh disandarkan. Memang betul salah satu tanda-tanda Kiamat kecil ialah betapa waktu yang dilalui terasa semakin singkat. Rasulullah ada menggambarkan tentang perkara ini dalam beberapa hadis Baginda. Salah satunya daripada Abu Hurairah, baginda bersabda yang bermaksud; "Tidak akan tiba hari Kiamat sehingga waktu semakin singkat. Se

Meremajakan

H ujung minggu yang sangat memenatkan.Dua hari dua malam saya berkampung di Shah Alam menjadi pelajar semula mendengar celoteh yang meletihkan dari tiga orang tenaga pengajar yang berbeza pendekatannya. Graf turun dan naik. Sesekali bersemangat tinggi untuk terus berjuang hingga ke garisan penamat dan sesekali juga turun merudum ingin menyerah di garisan permulaan lagi. Banyaknya tugasan yang perlu dilunaskan dalam jangka waktu yang sangat singkat. Ia merupakan satu kejutan budaya yang sukar diterima setelah sekian lama meninggalkan bangku pelajar. Selama ini sangat selesa duduk di kerusi pengajar membekalkan para pelajar dengan pelbagai tugasan. Sekurang-kurangnya saya merasa sendiri apa yang dirasai oleh para pelajar yang dibebani dengan tugasan demi tugasan yang perlu dilangsaikan. Ia menuntut pengurusan masa yang sangat bijak. Pun begitu, menghadiri kursus yang dijangka usai dalam tempoh 10 bulan dari sekarang adalah pilihan saya sendiri. Tiada tuntutan dari mana-mana pihak pun

Sendiri

A miruddin aka Denko meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 11 hari ini.Kali ini dia menyambutnya secara tertutup. Tiada jemputan, kecuali sesama ahli keluarga sahaja.Makan pun ala kadar aja tidak seperti selalu.Sangat ringkas sambutannya. Cuma beberapa ketul ayam KFC, kentang goreng dan kek. Pena Tumpul - Selamat hari lahir Denko

Makna

" U staz, saya fikir kita perlu mengubah cara belajar al-Quran. Saya mahu kurangkan helaian bacaan tetapi diganti dengan membaca terjemahan supaya dapat memahami apa yang dipelajari." Saya paparkan petikan yang saya cedok secara sengaja dari buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok kerana ia satu saranan yang ada kewajarannya malah menuntut perhatian dan tindakan. Sejak pandai membaca AlQuran 40 tahun yang lalu dan khatam berkali-kali, memahami makna yang terkandung dalam setiap ayat yang dibaca dengan betul tajwidnya dan berlagu itu tidak menjadi sesuatu yang penting pada saya. Memahami makna isi Aquran tidak pernah dilihat sama penting seperti ketepatan tajwid, fasahah dan juga taranumnya. Di sekolah-sekolah termasuk sekolah-sekolah agama pun, soal memahami isi kandungan alQuran bukan sesuatu yang perlu diberikan perhatian. Sesekali diminta Ustaz mewakili sekolah dalam tilawah, aspek tajwid, fasahah dan taranum jugalah yang menjadi perkiraan. Di bulan Ramadhan pula, k

Kekuasaan

S eorang kawan merungut dan marah bukan kepalang kerana telefon bimbit anaknya dirampas oleh pihak sekolah. Dia menyalahkan guru disiplin sekolah berkenaan kerana bertindak sedemikian. Dia cuba mempertahankan kewajarannya membenarkan anaknya membawa telefon bimbit ke sekolah. Dia mahu anaknya mudah menghubungi dan dihubungi. Justeru katanya, atas tujuan itu dia tidak nampak di mana salahnya untuk anaknya dibekalkan telefon bimbit ke sekolah. Itu pandangannya sebagai seorang bapa. Namun pihak sekolah pastinya punya sebab yang tersendiri juga untuk tidak membenarkan gajet ini dibawa oleh pelajar ke sekolah. Sekolah diberi kuasa untuk melaksanakan peraturan di sekolah, dan ibu bapa tidak berhak untuk mempersoalkannya. Adakalanya kita lupa bahawa apabila kita menghantar anak-anak ke sekolah, kita juga menyerahkannya untuk dididik. Pihak sekolah mempunyai program, tanggungjawab serta panggilan moral bagi mendidik anak-anak. Justeru kalau ada ketikanya anak-anak kita dihukum kerana melang

Pencuri

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad) S aya lihat Haziq bergesa-gesa mendirikan solatnya. Tidak sampai lima minit pun solatnya usai didirikan. Saya tahu dia terkocoh-kocoh untuk keluar dengan aktiviti futsalnya. Hari-hari sebelum ini dia tidak begitu pun. Namun kerana terlewat barangkali, dia mengorbankan solatnya sampai begitu. Saya beritau dia solat tidak boleh tangkap muat dan asal buat sahaja. Tuhan murka kalau solat begitu yang dipersembahkan kepadanya.Solat begitu tidak ubah macam pencuri. Dalam solat sebenarnya ada hakikat zahir dan batin. Yang zahir dan lahir itu termasuklah berdiri betul, membaca alFatihah dan surah, rukuk, sujud dan pengucapan atau perlakuan lahir dalam solat. Hakikat batin pula termasuklah khusyuk, kehadiran hati, ikhlas, memahami makna bacaan dan seumpamanya. Kata I

Pengajaran

H aziq cuma mampu bertahan sehari sahaja di gedung tekstil terunggul di bandar Segamat. Sesampai sahaja di rumah dia mengeluh dan mengadu sakit-sakit seluruh badan. Di hari pertama bekerja dia ditugaskan mengangkal bendela-bendela kain dari tingkat bawah ke tingkat dua. Bendela kain itu memang boleh tahan juga berat nya. Permintaannya untuk tidak terus bekerja, saya dan mamanya penuhi.  Sebenarnya bukan sangat soal wang upah yang penting tetapi saya ingin beberapa perkara penting dalam hidup. Saya mahu dia belajar untuk berdikari dan merasai sendiri bahawa bekerja untuk mendapatkan duit itu bukan sesuatu yang senang. Saya juga mahu dia tahu bahawa rezeki itu tidak pernah datang bergolek tetapi perlu berusaha untuk memilikinya. Saya juga mahu dia sedar bahawa dia bukan dilahirkan dengan "sudu emas". Bukan semua yang dingin boleh didapati, bukan semua yang diidam boleh dimiliki juga. Pun begitu dia belajar sesuatu yang lebih penting lagi, iaitu bila tidak cemerlang dalam

Salam

A da sesuatu yang sangat bermanafaat didapati bila mendengar bicara Ustaz Abu Hasan Din melalui radio awal pagi ini. Ada yang kita terlepas pandang rupanya. Menjadi kebiasaan di kalangan sebahagian orang kita memulakan ucapan dengan menyebut nama mereka yang hadir mendahului salam. Dalam konteks ini, kata Ustaz salam yang diucapkan tidaklah wajib untuk dijawab pun. Umumnya semua maklum, bahawa salam wajib dijawab dan berdosa hukumnya jika tidak menjawab salam. Walau bagaimanapun terdapat lima keadaan salam tidak perlu dijawab termasuk dalam situasi yang dinyatakan tadi. Lima keadaan tersebut ialah: Jika salam diberi oleh orang yang bukan beragama Islam dan memang kita pasti dia bukan Islam. Orang2 dalam solat berjemaah. Ucapan salam Imam tak perlu dijawab sebab ucapan tersebut untuk malaikat-malaikat bukannya untuk makmum. Salam yang diberi selepas habis berucap. Dalam satu hadis Rasullulah s.a.w. dinyatakan bahawa jangan jawab salam orang itu jika dia mengakhiri ucapa