Haziq cuma mampu bertahan sehari sahaja di gedung tekstil terunggul di bandar Segamat. Sesampai sahaja di rumah dia mengeluh dan mengadu sakit-sakit seluruh badan. Di hari pertama bekerja dia ditugaskan mengangkal bendela-bendela kain dari tingkat bawah ke tingkat dua. Bendela kain itu memang boleh tahan juga berat nya.
Permintaannya untuk tidak terus bekerja, saya dan mamanya penuhi. Sebenarnya bukan sangat soal wang upah yang penting tetapi saya ingin beberapa perkara penting dalam hidup. Saya mahu dia belajar untuk berdikari dan merasai sendiri bahawa bekerja untuk mendapatkan duit itu bukan sesuatu yang senang. Saya juga mahu dia tahu bahawa rezeki itu tidak pernah datang bergolek tetapi perlu berusaha untuk memilikinya. Saya juga mahu dia sedar bahawa dia bukan dilahirkan dengan "sudu emas". Bukan semua yang dingin boleh didapati, bukan semua yang diidam boleh dimiliki juga.
Pun begitu dia belajar sesuatu yang lebih penting lagi, iaitu bila tidak cemerlang dalam pelajaran, biasanya tulang empat keratlah yang akan dikerah sehabis daya. Berbanding mereka yang hebat pencapaiannya, mindanyalah yang akan dimanipulasi sepenuhnya ketika anggota tubuh yang lain tidaklah dikerah sangat pun. Tidak perlu bekerja sampai bermandi peluh dipanah bahang matahari.
Bukan senang nak senang!
Pena Tumpul - Sesekali bermandi peluh juga mengerjakan kebun

Comments