Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Tasbih

D i riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca doa ini  :Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini? Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut. Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini hasan sohih. Imam Abu Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna dengan hadis ini dari beberapa orang sahabat. Sudah menjadi kelaziman selepas majlis, ada ayat yang berbunyi seperti ini, kita sudahi majlis kita dengan tasbih kaffarah dan surah Al-As. Anjuran agar kita membaca surah ini, adalah agar kita ingat bahawa demi masa manusia itu sesungguh dalam kerugian, kecuali orang yang beriman, beramal solah, berpesan-pesan pada kebaikan, dan kesabaran. Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi S

Prezi

S aya belajar cara menggunakan Prezi dalam satu sesi latihan ringkas pagi ini. Penyampaian oleh Saudara Mohd Isa rakan dari Shah Alam walaupun santai namun mudah difahami.Ternyata dalam tempoh yang singkat pengalaman menggunakan medium yang baru dikenali ini memang cukup menarik mengujakan. Khabarnya Prezi sudah lama di persada ilmu namun kehadirannya tidak disedari. Saya sedikit terlambat tahu tentang kewujudannya. Berbanding Powerpoint , ia tidak memerlukan sebarang penyediaan slides yang banyak-banyak itu. Ia cuma memerlukan kita melakarkan idea yang ingin disampaikan di atas sebuah kanvas besar tanpa had. Kita boleh mengembara dari satu titik ke titik yang lain di atas kanvas itu dengan pelbagai cara. Kita boleh tayang video, juga boleh tunjuk imej. Tidak banyak bezanya dengan Powerpoint, cuma kita tidak sangat terikat dengan penyediaan slides. Pun begitu, ada satu kekurangan Prezi yang boleh melunturkan minat kita untuk menggunakannya. Prezi adalah persembahan online . Ia m

Kedekut

D enko diusik oleh isteri saya kerana kedekut sangat untuk membelanjakan duitnya. Anak saudaranya yang satu ini memang cukup berhati-hati dalam membelanjakan setiap sen duitnya. Haziq pula mengguna pelbagai cara memujuknya untuk seringgit dua juga tidak berhasil. Denko tidak seperti kakaknya Diko yang agak boros dengan duitnya.  "Siapa kawin dengan Denko nanti, kenalah berjimat" , atoknya mengusik Denko.  Saya mencelah sambil menceritakan kepada Denko cerita yang mungkin relevan dengannya. Saya mahu dia belajar sesutau dari cerita ini. Sepasang suami isteri, sudah lama berkahwin. Suatu hari mereka berkunjung ke pameran pesawat udara dan si isteri berminat untuk menaiki pesawat. Dia menyatakan hasratnya kepada suaminya namun suami menolak dengan alasan bayaran sebanyak RM100 yang dikenakan cukup mahal. Isteri agak kecewa. Si suami menarik tangan isterinya dan berlalu dari situ.    Juruterbang simpati dengan perasaan isteri dan berhasrat ingin memenuhi impia

Puaka

B agi kanak-kanak penduduk Kampung Kuing Patah, cerita lubuk puaka ‘Pasir Rusa’, menjadi ingatan setiap kali mereka berhajat ke lokasi lapan pelajar lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, kelmarin. Menurut laporan Berita Harian, di lokasi berkenaan ada beberapa lubuk yang dalam dan diketahui penduduk sebagai kawasan yang agak ‘keras’ dan berpuaka. Malah ada penduduk mendakwa mereka pernah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika menangkap ikan dan udang di kawasan kejadian lemas itu. Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Ani, 48, mengakui kawasan sungai di situ berpuaka. “Sejak kecil kami adik-beradik memang dilarang bermain di situ selepas arwah ayah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika mengail udang di situ. “Kawasan berhampiran lapan remaja lemas itulah arwah ayah pernah terserempak dengan lembaga itu. Dulu ada pokok berembang yang besar di tebing sungai berhampiran kawasan lubuk di situ, namun sekarang ia sudah tiada akibat hakisan. " katanya “Ar

Emas

S aya mengangkat anekdot ini di media sosial dan ia amat menarik untuk dikongsikan. Benar atau tidaknya bukan isunya kerana kisah ini ada pengajarannya. Semoga kita belajar sesuatu darinya dan itulah yang penting. P ernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara. Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung? Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua. Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan. “Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.” Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bu

Tahan

"Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang ketepian" S esekali ternampak beberapa orang pekerja berhempas pulas di bawah panas terik mentari, saya sering menggunakan kesempatan ini untuk menyampaikan mesej penting kepada Haziq. Bahawa jika dia tidak berusaha keras dari sekarang dan tidak sangat rajin untuk mengulangkaji pelajarannya, padahnya dia akan juga bekerja dibakar matahari. Dengan tidak ada niat pun untuk merendahkan taraf pekerjaan tersebut, saya hanya ingin memberitahunya bahawa pekerjaan yang relatif lebih baik menunggu mereka yang bertungkus lumus dalam pelajaran. Baik dalam konteks keselesaan, dan wang yang masuk di hujung bulan juga cukup baik. Saya tidak mahu mesej saya disalah tafsir kalau dia menganggap pekerjaan di panah bahang matahari itu tidak baik. Semua pekerjaan adalah baik selagi ia halal dan menyumbang kepada pembangunan diri dan juga negara secara keseluruhannya. Saya harap dia faham itu.   Saya be

Mandi

H ampir setiap hari saya perlu mengingatkan Haziq supaya segera mandi, khususnya pada sebelah petang. Sukar betul baginya untuk mandi tanpa disuruh. Kalau di waktu pagi lain pula cerita dan kerenahnya. Alasan sejuk paling kerap diajukan. Saya tangani masalah tersebut dengan mengesyorkannya mandi air panas ( hot shower) . Sebenarnya masalah malas untuk mandi dihadapi oleh ramai orang. Ada yang cuma berpuashati dengan mandi sekali sehari. Tidak kurang yang mandi dua kali, namun sebaik-baiknya tentulah tiga kali dalam sehari. Masa di kampung dulu, saya teringat bagaimana saya perlu berjalan kaki dalam kedinginan sejuk menyucuk tulang di awal pagi ke telaga untuk mandi. Di waktu musim kemarau pula, saya, arwah ayah, abang dan adik berbondong-bondong ke sungai untuk mandi. Saya ceritakan kepada Haziq betapa perit hidup yang perlu saya tempuhi dulu. Ada fakta berguna tentang mandi yang perlu kita ketahui.Kajian menunjukkan mandi bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotora

Patuk

"Sebodoh-bodoh manusia..adalah manusia yang di patuk ular dua kali pada lubang yang sama..dan oleh ular yang sama.." (Maksud Hadis) H aziq merungut dan membebel tidak henti-henti. Dia nampak berang betul. Kemarahannya macam tidak dapat dibendung lagi. Kemuncak kepada rasa marah meluap-luap itu saya dan mamanya melihat Haziq membaling tiga bekas taufufa yang dibelinya di pasar malam. Kami membawanya bersama ke pasar malam. Dia tidak habis-habis menyalahkan penjual yang didakwanya menipu pembeli dengan menjual semula taufufa yang mungkin tidak habis dijual pada pasar malam sebelumnya. Walaupun saya bersetuju penjual begini memang patut dikecam, namun Haziq juga perlu disalahkan. Seingat saya, dia pernah mengalaminya dulu. Sepatutnya dia perlu belajar dari kesilapan yang pernah dilakukannya dulu supaya tidak lagi mengulanginya untuk kali kedua dan seterusnya. Isteri mengingatkannya agar tidak membeli di gerai itu lagi. Haziq berkeras dan tidak mengendahkannya. Alasannya

Buta

D i dalam ceramahnya, seorang Pengarah Peperiksaan salah sebuah IPTA tempatan yang agak unggul mendedahkan kelemahan dirinya yang tidak cukup pandai.Katanya, berlaku kejadian seorang pensyarah salah memasukkan markah. Hasilnya sejumlah 200 orang pelajar yang mengambil kursus tersebut gagal! Khabarnya, pensyarah berkenaan dikenakan tindakan disiplin yang implikasinya cukup besar. Pensyarah terbabit dinafikan sebarang kenaikan pangkat, permohonan biasiswa untuk belajar untuk beberapa tempoh tertentu. Nampaknya sistem yang terbukti cukup canggih pun masih berlaku kecacatan. Walaupun ia mungkin kes yang sangat terpencil, tidak bermakna ia tidak perlu diberikan perhatian. Ibarat kata orang tua, sebab nila setitik pun sudah boleh merosakann susu sebelanga. Ada dua perkara paling penting yang boleh diambil pengajaran daripada kejadian ini. Sehebat mana pun sistem buatan dan ciptaan manusia, tidak sampai mungkin menandingi kehebatan manusia itu sendiri apatah lagi Pencipta manusia itu.

Lagak

A dakalanya kerana begitu berbangga dengan kedudukan dan pangkat yang dimiliki, kita sampai lupa orang di sekeliling kita. Sering kita merasakan bahawa kita cukup hebat berbanding yang lain kerana diri kita diperisai oleh kedudukan, harta dan pangkat. Kerana itu juga kita merendahkan orang lain dan tidak kurang merampas hak orang lain juga. Malah menceroboh daerah orang lain juga. Tengahari ini ketika berbaris panjang di depan kaunter yang penuh sesak, seorang yang kelihatannya agak berang meluru ke depan. Mereka yang sudah lama beratur dibangkit kemarahan dengan perbuatan yang agak kurang beradab itu. Pakaiannya memang menokoh orang berpangkat dan berkedudukan. Dia mungkin tidak enak untuk sama-sama beratur dengan yang lain. Sesampainya di kaunter dengan lagak penuh kesombongan dia mengherdik kerani di kaunter itu, "Adakah awak tahu siapa saya?.  Dalam keadaan yang terkejut saya macam tidak percaya melihat kerani tersebut dengan tenang membuat pengumuman melalui mikrofon

Suara

S uara sahaja sebabnya. Seorang Uztaz berkisah tentang rakannya seorang penggali kubor melalui corong radio pagi ini. Ia kisah benar yang berlaku sekitar 80an dahulu. Ia kisah seorang suami yang secara konsisten tidak pernah tertinggal walau sehari pun ke kubur isterinya. Dia telah melakukannya lebih 20 tahun. Perbuatan suami itu diperhatikan oleh penggali kubur sejak sekian lama. Bukan sahaja perbuatan lelaki itu yang menarik perhatiannya malah pusara isterinya juga menerbitkan bau wangi yang sukar untuk diceritakan. Wangi yang tiada bandingannya di dalam dunia ini. Benarlah seperti yang disabdakan oleh Nabi kita bahawa kubur itu adalah satu taman daripada taman-taman syurga atau boleh juga satu lubang daripada lubang-lubang neraka. Bila ditanya kepada suami apa yang sangat istemewanya tentang isterinya itu dia memberitahu penggali kubur itu isterinya tidak pernah sekali pun meninggikan suara bila bercakap dengannya. Tidak juga membebel. Isterinya juga tidak pernah sekali pun ke

Petola

S aya selalu ingat Atok Dolah cakap bukan semua sayur baik untuk dimakan. Orang tua yang kaya dengan pengalaman percaya bahawa ada beberapa jenis sayur yang dikelaskan sebagai "sejuk". Sayur jenis sejuk dikatakan tidak baik untuk tubuh malah boleh mendatangkan penyakit bagi mereka yang memang alah. Kobis sejuk. Kangkung juga sejuk malah dikatakan boleh buat badan bisa-bisa. Timun juga sejuk. Labu dikatakan berangin. Sayur jenis kekacang juga tidak elok dimakan selalu. Lalu, sayur apa lagi yang tinggal untuk dimakan? Petola adalah antara sayur yang disifatkan sejuk. Lantas petola tidak pernah termasuk dalam menu sajian keluarga saya sejak bertahun-tahun. Kalau makan di luar pun, petola yang disajikan dalam pelbagai masakan ini tidak pernah menjadi pilihan.Menebalnya kepatuhan saya pada pesan atok. Semalam bila berkesempatan melawat atok, saya tidak dapat menahan keinginan untuk mencuba dan menikmati gulai lemak petola masakan Mak Utih. Saya lihat emak bertahan hingga sele

Salah

S etiap kali berkesempatan membaca Surah Yasin bersama-sama dengan yang lain, secara jujurnya saya tidak sangat setuju amalan membaca yang terlalu laju dan seolah-olah berlumba siapa cepat. Saya melihat dalam kepantasan itu, soal ketepatan sebutan dan juga tajwid tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Namun saya tidak cukup  berautoriti  dan "bertenaga" untuk menegur apatah lagi membetulkan mereka. Akhirnya saya memilih untuk membaca mengikut tempo saya sendiri sambil sangat-sangat berharap kalaupun saya melakukan kesalahan dari segi mahraj apatah lagi tajwid, ia di peringkat yang amat minima. Dan, selalunya sayalah yang paling lewat dan tertinggal jauh di belakang mereka. Malam tadi saya berpeluang duduk di depan tv dan menyaksikan Ustaz Don mencerahkan yang kabur dan tidak jelas. Kata Ustaz yang makin popular ini, ada empat kesalahan yang sangat biasa dilakukan oleh orang kita bila membaca surah Yasin. Bermula dengan ayat pertama itu sendiri kita sebenarnya mel

Mendengar

D iko suka sangat menyampuk setiap kali saya bercakap. Kelihatannya dia memang tidak suka sangat untuk mendengar saya yang sedang bercakap. Belum habis saya bercakap dia cepat memintas dan membalas balik. Ini bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Di dalam  dewan kuliah pun saya  biasa berdepan dengan segelintir yang tidak suka sangat untuk mendengar. Ada yang memilih untuk berbual-bual di belakang sesama sendiri. Ini memang menyakitkan buat orang yang bercakap. Memanglah mustahil untuk meraih semua orang untuk mendengar apa yang kita cakap. Sebenarnya lebih penting daripada kemahiran bercakap dan berbual-bual adalah kemahiran mendengar itu sendiri. Namun selalunya tidak ramai yang suka memilih untuk mendengar. Ramai yang lebih suka bercakap. Kajian-kajian yang pernah dibuat juga menunjukkan tidak ada perkaitan antara kemahiran bercakap dengan kemahiran mendengar. Maksudnya semakin kita pandai bercakap tidak semestinya kita pandai mendengar. Malah kajian juga mendapati ramai orang yan

Futsal

S ukan futsal antara sukan yang boleh dianggap popular pada masa kini. Gelanggang futsal juga tumbuh bagai cendawan, dan sangat mudah untuk mencari di setiap kawasan. Tidak kira futsal, badminton atau yang sewaktunya turut menjadi pilihan. Namun jika diperhatikan ramai golongan muda menghabiskan masa bersukan pada waktu malam selepas tamatnya syif kerja.  Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’. Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik. Menurut seorang pakar perunding perubatan terkenal, secara purata seseorang menghabi

Kalkulator

H aziq sedang bertarung dengan peperiksaan akhir tahunnya. Matematik menjadi minatnya paling utama walaupun sesekali mengeluh kerana berdepan dengan soalan yang agak rumit untuk diselesaikan. Saya kata, ia tidak sepatutnya jadi masalah kerana kalkulator menjadikan pengiraan semakin mudah. Nombor yang besar-besar boleh dicampur tolak, darab dan bagi dalam masa yang amat singkat. Malah penyelesaian masalah yang melibatkan algebra juga menjadi sangat enteng dengan bantuan mesin hitung ini. Zaman saya sekolah dahulu, lebih-lebih lagi di sekolah rendah kalkulator tidak dikenali langsung. Sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki diguna semaksimumnya untuk tolak dan campur. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang biji getah, lidi kelapa, biji saga digunakan. Untuk soalan-soalan yang melibatkan darab pula, kami di "dera" supaya menghafal sifir setinggi sifir 16! Saya masih ingat saat-saat ponggong dihinggapi rotan Cikgu Jamaludin kerana tidak cukup lancar membaca sifir di depan kel

Makan luar

A dakalanya isteri selalu mengadu keletihan sampai tidak larat hendak masak. lebih-lebih lagi kalau balik dan sampai rumah lewat. Penyelesaiannya ialah saya dan keluarga akan makan di luar sahaja. Warung sudah semestinya menjadi pilihan untuk menjamu selera. Di Segamat ini terdapat banyak warung yang menyajikan pelbagai makanan. Ada yang istemewa dengan nasi papriknya, nasi ayam, masakan Barat, malah warong yang menjual burger paling sedap pun ada.Burger paling sedap di jual di warong di persimpangan Jalan Temenggung. Rasa burgernya sedikit lain daripada burger-burger yang dijual di warung lain.. Kalau hendak menikmati nasi paprik yang menjilat jari, warong Kg Jawa sedia menunggu.Kalau hendak satay, ramai orang kata warong "koboi" di Kg Jawa, tetapi saya lebih suka di warung Yusof di Tanjung Sengkawang. Jadi, kalau malas masak, memang tidak ada sebab untuk lapar pun. Sediakan sahaja duit. Namun, kena hati-hati untuk tidak kerap makan di luar kerana penyediaan makananny

Gigi

A ntara percaya dengan tidak saya menyaksikan sepasang suami isteri (saya kira)yang sudah agak lanjut usianya masuk ke restoran KFC. Saya sedang menikmati ayam goreng bersama isteri. Pasangan ini memang menarik perhatian saya  kerana di usia emas begitu mereka kelihatan cukup mesra dan romantik mengalahkan pasangan yang baru berkahwin. Saya perhatikan setiap inci pergerakan pasangan ini. Saya lihat lelaki tersebut menuju ke kaunter dan kemudiannya membawa makanan ke meja di mana isterinya sedang menunggu. Dari jauh saya melihat hidangan sebiji burger, sebungkus kecil kentang goreng dan cuma segelas minuman. "Kenapa sedikit sangat makanan yang dipesan dan minuman cuma segelas aja? , hati saya bertanya. Dari jauh saya lihat lelaki tua itu mengerat burger kepada dua dan mengeluarkan kentang goreng lalu meletakkannya sama banyak di dalam dulang. Dia kemudiannya menyedut minuman itu sedikit dan memberinya pula kepada isterinya. Begitulah mereka saling sedut menyedut minuman yang