Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Ajaib

K isah tentang Israk Mikraj sudah berulang-ulang kali kita dengar dan baca. Banyak episod ajaib dan aneh berlaku dalam peristiwa 27 Rejab ini. Namun pernahkah kita bertanya di mana sebenarnya kebesaran peristiwa Israk kepada kita umat Muhammad?  Menurut para ulama, perkara yang paling besar dan signifikan dalam peristiwa ini ialah penganugerahan solat. Justeru, solat hakikatnya ialah mikraj orang mukmin. Ketika solat, roh kita "bertemu" Allah serta berinteraksi dan berkomunikasi denganNya melalui kalimah tasbih, tahmid, takbir dan ayat-ayat al-Quran yang suci. Ketika solat sebenarnya, kita hamba yang hina dina ini dan penuh segala kekurangan dimuliakan dengan diberi peluang dan kesempatan bertemu Allah yang Maha Mulia dan Maha Sempurna. Sebab itu, solat adalah kepala ibadah, pemisah antara iman dan kufur serta amalan yang akan ditanya dulu di Masyar. Jika baik solat kita, baiklah yang lain-lain. Jika buruk solat kita, buruklah yang lain juga. Bukan setakat menunai solat

Pengurus

D ua orang pelajar perempuan tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata. Cerita dan bual bicara saya tidak sedih pun, namun menusuk hati dua orang pelajar ini. Saya mengajar kelas ini perkara yang sangat asas iaitu "Fundamentals of Management" . Secara mudah pengurusan bermaksud bagaimana kita mengendalikan atau mentadbirkan sumber-sumber di sekeliling kita secara berkesan dengan tujuan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Saya tidak mahu mereka pening-pening kepala menyelongkar organisasi yang besar-besar pun. Saya mahu mereka melihat diri mereka sebagai pengurus dan kecekapan mereka dalam mengurus segala sumber yang sangat dekat dengan mereka. Mereka menyatakannya satu persatu dan senarainya sangat banyak. Diri mereka sendiri adalah sumber yang sebenarnya perlu diurus dengan baik dan cekap. Anggota-anggota di batang tubuh mereka juga perlu diurus. Bagaimana mata, telinga, hidung, tangan, perut dan sebagainya diurus sebaiknya untuk digunakan bagi tujuan yang

Kuku

H aziq ditegur oleh mamanya kerana membiarkan kukunya agak panjang dari sepatutnya. Mamanya yang agak kecewa tidak tunggu lama untuk memendekkan kuku-kuku yang katanya menyakitkan mata memandang. Haziq tiada pilihan melainkan membiarkan mamanya memotong dengan rakus kuku-kukunya.   Kadang-kadang saya hairan mengapa kedapatan segelintir yang suka menyimpan kuku panjang. Dari apa yang pernah saya baca, dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir lembut sikit, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir-khinzir tersebut.... potonglah kuku anda. Kebenarannya jangan ada niat untuk simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak

Berbalut

T idak lengkap rasanya kalau ke JB tidak singgah sebentar di Badan Bookstore, gedung buku yang saya kira terbesar di kotaraya ini. Isteri sudah faham benar kemestian saya yang satu ini. Saya tidak mahu ketinggalan sebarang tajuk buku baru yang mungkin sudah terbit di pasaran khususnya terbitan PTS dan Telaga Biru. Sejak beberapa bulan lalu, tumpuan saya kini lebih kepada buku-buku Telaga Biru justeru judulnya yang menggamit minda selain persembahan kulit yang cukup memukau perhatian. Sepanjang 45 minit saya sempat menelusuri beberapa judul buku yang khabarnya begitu laris di pasaran bak goreng pisang panas. Antara yang sempat dilayan sepintas lalu Pesan Hati Untuk Hati,  Cepatnya masa dirasa beredar. Keinginan untuk membaca keseluruhan buku-buku tersebut tidak dapat saya bendung. Saya perlu memiliki ketiga-tiga buku tersebut. Begitulah kuatnya tarikan buku-buku Telaga Biru sehinggakan saya tidak pernah keluar dengan tangan kosong sekurang-kurangnya satu judul buku. Telaga Biru  m

9119

"Nafsu yang besar menidakkan kemampuan. Akal lah yang menghalang keinginan itu" S aya menonton program bual bicara Astro Oasis. Sembang bersama Dr Masitah mengupas isu yang cukup menarik. Ia tentang lelaki yang dikatakan mempunyai 9 akal, 1 nafsu berbanding  perempuan yang memiliki 1 akal, 9 nafsu. Ringkasnya 9119. Betulkah begitu? Sejauh mana benarnya dakwaan ini? Berasaskah? Fikirkanlah sendiri. Kalaulah 9119 ini diterima dan dijadikan asas dalam menilai lelaki dan wanita ia seolah-olah merendahkan darjat wanita. Mana tidaknya, wanita dilihat lebih bernafsu dari berakal! Namun janganlah sekali-kali menyempitkan fikiran kita tentang nafsu. Ia tidak terbatas dalam ruang lingkup tentang seksual semata-mata. Nafsu perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh. Ia lebih bertumpu kepada soal-soal yang melibatkan emosi. Justeru tidak menghairankan kaum Hawa memang sentiasa emosional berbanding Adam. Mudah marah, merajuk. Juga nafsu wanita macam tiada hadnya. H

Senarai

S aya kira kebanyakan dari kita memang sangat terpesona dengan senarai. Sangat-sangat terpegun juga. Walaupun kita mungkin sedikit ragu dengan kesahihan dan kejituan senarai yang dipaparkan, namun melihat senarai tetap membuat kita terkesima. Senarai mereka yang terkaya di dunia, terkaya di Malaysia, paling berkuasa di ladang, paling cantik juga antara sebilangan senarai yang amat mencuri perhatian. Saya sendiri cukup tertarik bila Forbes menyenaraikan manusia yang paling berkuasa dan berpengaruh di dunia pada tahun 2013. 70 individu termasuk dalam senarai ini. Empat faktor diambil kira iaitu; berapa ramai orang yang dikuasainya, sumber kewangannya selain sejauh mana mereka menggunakan kuasa yang dimiliki. Bill Gates di senaraikan di tangga kelima selepas Obama, Putin, Hu Jintao dan Merkel sebagai individu yang paling berkuasa. Ironisnya, Zuckerberg tidak pula lebih berkuasa daripada Gates walaupun semua tahu ramainya orang yang dikuasainya melalui empayar Facebook nya itu. Ter

Mengimbau

I barat sirih pulang ke gagang, pinang balik ke tampok. Setelah hampir 20 tahun meninggalkan Jengka, saya kembali lagi ke tempat yang sarat dengan pelbagai kenangan manis yang dilorek bersama-sama guru dan kakitangan yang baik budi serta anak didik yang sangat bersopan, berakhlak mulia, rajin belajar dan cerdik bukan kepalang. Sekembalinya saya dari menghadiri undangan majlis perkahwinan saya sengaja singgah sebentar di sini mengimbau kenangan lalu. Saya bersama dengan lima orang guru adalah antara perintis sekolah berasrama penuh yang dipertanggubjawabkan untuk mendidik sekumpulan pelajar cemerlang Tingkatan Satu sekitar 90 orang. Ia bukan tugas yang sangat mudah kerana kami berdepan dengan pelbagai kekangan seperti kekurangan kemudahan dan sebagainya. Saya tidak lama di sini kerana tiga tahun selepasnya saya ditawar untuk berkhidmat di salah sebuah IPTA di selatan tanah air. Pun begitu sempat juga saya menuai hasil tanaman saya selama tiga tahun di daerah bertuah ini. Hampir 100

Buku

B uku masih lagi relevan.Pembaca dan pengikutnya masih ramai. Buktinya saya perlu berasak-asak di celah-celah ramainya orang yang mengunjung Pesta Buku Kuala Lumpur beberapa hari lalu. Saya agak pesimis bahawa jumlah mereka yang menguliti buku semakin kurang dewasa ini. Saya selalunya cenderung untuk beranggapan bahawa perkembangan amat pesat dalam media bentuk baru bakal  mengalih perhatian orang ramai kepada bahan bacaan yang fizikalnya bukan buku. Orang ramai akan lebih teruja untuk menelusuri maklumat di skrin komputer berjam-jam tanpa rasa jemu. Saya silap.Buku tidak akan dipinggirkan. Buku masih punya kekuatan tersendiri. Lebih kurang tiga jam saya memanafaatkan masa di medan ilmu ini. Kalau tidak kerana keperluan untuk bersegera balik ke Segamat sebelum menjelang malam, mahu sahaja saya "berkampung" di sini. Tidak puas rasanya untuk menikmati sajian aneka buku yang memenuhi hampir setiap ruang pesta. Begitulah kuatnya penangan buku. Masa dirasakan amat cepat berl

Kagum

S aya dan semua pelajar yang berkunjung ke Pusat Sains Negara pagi ini kagum malah terpesona dengan dengan aksi gadis jelita Jepun ini. Salin tidak tumpah macam manusia. Jangan tertipu dengan keramahan gadis comel ini. Dia cuma robot yang tidak bernyawa dan berjiwa. Tiada hati dan perasaan juga. Itulah kehebatan orang Jepun.Robot yang dinamakan  Actroid ini  merupakan robot yang mempunyai struktur, tekstur kulit, dan gerak badan seakan manusia. Kenapa nama dia Actroid.? Dia adalah gabungan actor dan android. Khabarnya wajahnya diacu dari seorang aktres popular Jepun lantas menampilkan wajah comel begitu. Otot anggota badan Actroid nampak lembut, kerlipan mata yang persis manusia serta pergerakan mulut yang begitu lancar. Antara bahagian tubuh yang paling ketara menyerupai manusia adalah rambut, gigi, mata, tangan, kaki, bentuk tubuh, dandanan malah suara juga. Apa yang paling menarik, kulitnya dihasilkan daripada bahan silikon yang sama seperti yang digunakan dalam perub

Menilai

S aya mendengar sebuah anekdot yang cukup menarik lewat corong radio pagi ini. Ia berkisar atas isu yang memang kerap berlaku dalam kehidupan kita. Tentang kita yang cepat membuat kesimpulan. Juga tentang mudahnya kita membuat penilaian terhadap seseorang tanpa mengetahui kedudukan sebenar. Apa yang kita lihat di luar tidak semestinya menggambarkan apa yang ada di dalam. Ia kisah seorang wanita yang dicurigai tindakannya hanya kerana sikap seorang yang cuma melihat apa yang sekadar dilihatnya pada wanita ini. Seorang isteri yang tidak begitu biasa tentang sungai mendayung sampan kepunyaan suaminya tanpa tujuan. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh seorang Pengawas Hutan yang memberitahunya bahawa beliau sedang berada di kawasan larangan dimana aktiviti memancing ditegah sama sekali. "Cik Puan, buat apa tu? , tanya Pengawas tersebut. "Tak nampakkah saya sedang baca buku ini?", ujar wanita tersebut. "Anda tahu tak, awak berada di kawasan larangan. Awak tidak bole

Faham

S aya selalu menginginkan agar saya bukan sahaja boleh membaca Quran dengan baik dan betul tajwidnya tetapi lebih dari itu memahami setiap patah perkataan yang dibaca tanpa terlalu sangat bergantung kepada terjemahannya. Semua tahu dengan membaca al-Quran kita akan mendapat pahala, namun jika dibaca, difahami, dihayati seterusnya dilaksanakan apa yang diseru oleh ayat dalam al-Quran itu, pastinya ganjaran yang diterima berlipat kali ganda. Sayangnya, tidak ramai antara kita yang memahami ayat al-Quran yang dibaca apatah lagi menghayatinya kerana tidak faham bahasa Arab.Kita mungkin boleh khatam AlQuran berkali-kali tetapi pemahaman kita tentang isinya bagaimana pula. Adalah satu kerugian kalau kita tidak faham pun apa yang kita baca. Kalau isinya sudah tidak mampu kita fahami dan berusaha untuk memahaminya, bagaimanalah Quran itu boleh kita jadikan sebagai panduan dalam hidup kita. Dalam keghairahan mempelajari bahasa AlQuran, saya terpandang buku ini bila berkunjung di Badan