Skip to main content

Menilai


Saya mendengar sebuah anekdot yang cukup menarik lewat corong radio pagi ini. Ia berkisar atas isu yang memang kerap berlaku dalam kehidupan kita. Tentang kita yang cepat membuat kesimpulan. Juga tentang mudahnya kita membuat penilaian terhadap seseorang tanpa mengetahui kedudukan sebenar. Apa yang kita lihat di luar tidak semestinya menggambarkan apa yang ada di dalam.

Ia kisah seorang wanita yang dicurigai tindakannya hanya kerana sikap seorang yang cuma melihat apa yang sekadar dilihatnya pada wanita ini.

Seorang isteri yang tidak begitu biasa tentang sungai mendayung sampan kepunyaan suaminya tanpa tujuan. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh seorang Pengawas Hutan yang memberitahunya bahawa beliau sedang berada di kawasan larangan dimana aktiviti memancing ditegah sama sekali.

"Cik Puan, buat apa tu?, tanya Pengawas tersebut.

"Tak nampakkah saya sedang baca buku ini?", ujar wanita tersebut.

"Anda tahu tak, awak berada di kawasan larangan. Awak tidak boleh memancing di sini!, sambung Pengawas itu lagi.

"Tetapi saya bukan memancing" kata wanita itu.

"Habis tu, perkakas memancing dah siap semua tu. Bila-bila masa sahaja awak boleh memancingkan! Awak bersalah dan perlu didakwa!" jergah Pengawas itu.

"Kalau begitu saya pun boleh dakwa awak atas kesalahan jenayah seksual" tegas wanita itu yang sudah mula berang.

"Tetapi saya tidak ada sentuh awak sikit pun!, balas Pengawas itu.

"Dengan segala perkakas, peluang dan kekuatan yang awak miliki itu, bila-bila masa sahaja awak boleh melakukannya pada saya kan!, jawab wanita itu penuh yakin.

"Oklah...tak ada apa-apalah" kata Pengawas itu lalu beredar malu.


Pena Tumpul - Kerana pendiam, selalu dikatakan sombong

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...