Skip to main content

Posts

Perlindungan

S eorang rakan mengirim kepada saya cerita yang amat menarik dan wajar dijadikan panduan.Kisah benar ini berlaku di Amerika Syarikat. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di sana. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Soal cerita ini sahih atau tidak bukan isunya kerana pada saya yang pasti Allah sentiasa memberi perlindungan kepada hamba yang ikhlas meminta kepadanya. Kita perlu yakin kepada kebesaranNya dan kehebatan ayat-ayatNya tanpa ragu walau sedikit pun. S uatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong...

Tangan

"K alau banyak sangat tangan, macam inilah jadinya" . Itu reaksi seorang juruteknik IlQam apabila melihat peralatan komputer di dewan kuliah yang sudah diubah penyambungan kabelnya. Saya meminta bantuannya untuk segera memeriksa sesuatu yang saya kesan bermasalah sebaik sahaja memulakan kelas pagi ini.Ia menggendalakan saya kira-kira 10 minit. Saya tahu ia masalah biasa yang boleh saya betulkan sendiri pun. Namun saya tidak mahu melakukan apa-apa pun. Biarlah yang lebih arif yang membetulkannya. Dua hari yang lalu Tok Imam kampung Gudang Garam merungut perkara yang sama. Sistem pembesar suara yang selama ini elok berfungsi sudah mula ada yang tidak kena. Ada tangan-tangan yang pandai-pandai mengusik sana dan sini. Kata Tok Imam, " Dulu semua elok aja, sejak ada tangan yang pandai nak sentuh itu dan ini, dah ada yang rosak" Sememangnyalah perbuatan banyak tangan ini menyumbang kepada masalah. Begitu juga kereta, kalau lebih daripada satu tangan yang menggunakannya ak...

TokUtih

T ok Utih kembali mengadap Ilahi pukul 2 petang ini. Saya sempat bersamanya buat kali terakhir pada hari Raya tahun lalu. Waktu itu beliau sudah amat uzur dan cuma mampu baring sahaja. Matanya sudah tidak seterang dulu. Saya perlu rapat dengannya untuk dikenali. "Ini Kamil ke... " itulah yang biasa terpacul dari mulutnya setiap kali berpeluang menemuinya setahun sekali. Lepas itu seperti biasa TokUtih akan memeluk erat setiap orang yang mendekatinya dan sebuah ciuman singgah di pipi. Begitulah cara TokUtih. Bila Ani menyampaikan berita sedih ini, saya tidaklah begitu terperanjat kerana TokUtih memang sudah tua benar. Atok Senah, adiknya sudah lama pergi dahulu. TokUtih adalah satu-satunya atok sebelah emak yang masih tinggal dan akhirnya pergi juga meninggalkan kami. Saya amat terasa kehilangannya dan agak terkilan tidak dapat menziarahi jenazah TokUtih buat kali terakhir. Pena Tumpul - Masih ada Tok Dolah aja yang sudah 90 tahun usianya

Wajarkah?

P agi ini seorang pelajar menemui saya untuk bertukar kumpulan kelasnya sekarang. Pelajar perempuan ini adalah mentee saya. Sebagai mentornya saya mendengar dengan penuh tanggungjawab alasan untuknya bertukar kumpulan itu. "Saya tidak selesa kerana pensyarah ini bercakap fasal agama dalam kelas " . Itu sahaja alasannya. Mudah sangat alasannya. Saya katakan padanya apa salahnya pun kalau ada pensyarah yang cenderung untuk bercakap fasal agama kepada pelajarnya. Ia bagus untuk pelajar kerana makanan rohani juga sama penting dengan makanan minda. Lalu apa masalahnya. Masalahnya pensyarah ini bukan Islam. Pelajar ini menyebut nama pensyarah yang membuatnya tidak selesa itu. Katanya ada beberapa orang lagi rakannya juga sedang berhasrat untuk bertukar kumpulan juga atas alasan yang sama itu. Saya tidak kata apa-apa. Itu permintaannya.Saya memilih untuk tidak cepat membuat " judgement " sendiri. Cuma saya bertanya diri, "Wajarkah tindakan kedua-duanya- bertukar kelas...

Banci

" A da pakai ketuhar gelombang mikro tak ?" Soalan ini antara beberapa soalan yang diajukan oleh dua orang pembanci ketika berkunjung ke rumah lewat pagi ini. Tidak sampai pun 10 minit sesi soal jawab selesai. Banci ini mengingatkan saya kepada banci pada tahun 1970. Saya tinggal di kampung dan belajar dalam darjah tiga. Kala itu banci bagaikan hari raya. Cukup meriah. Saya duduk di sisi emak membantunya menjawab soalan-soalan yang diajukan. Seronok sangat. Lepas itu mengikut pula akak Zaharah yang membanci ke beberapa buah rumah yang lain. Waktu itu saya tidak tahu sangat pun mengapa banci ini perlu dilakukan. Yang saya tahu cuma tanya-tanya soalan. Itu sahaja. Saya tanya emak kenapa perlu banci tetapi emak tidak tahu sangat. Kali ini Haziq bertanya soalan yang sama pada saya. Saya beritahu dia, zaman saya dulu ada orang datang ke rumah dan tanya beberapa soalan tentang berapa orang tinggal dalam rumah, berapa orang kanak-kanak yang ada, berapa ramai orang dewasa , berap...

Bola

B ola Piala Dunia hampir ke penghujungnya. Belanda akan berentap dengan Sepanyol di perlawanan akhir. Saya penyokong Sepanyol dan mengharapkan aksi hebat pasukan yang cuma tumpas sekali dengan Switzerland ini. Pada saya perlawanan ini menarik kerana kedua-dua pasukan tidak pernah sekali pun menjulang trofi Piala Dunia empat tahun sekali ini. Haziq pula berkeyakinan besar pasukan pilihannya Belanda akan membunuh impian Sepanyol dan merangkul trofi berprestij itu dalam perlawanan yang dinanti-nanti oleh semua peminat bola seluruh dunia. Haziq tidak gembira kerana perlawanan akhir ini dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 pagi Isnin. Dia berkeras untuk tidak ketinggalan menonton pertarungan ini walaupun saya membantah hasratnya itu. Saya tidak mahu dia melebihkan bola daripada yang lain lebih-lebih lagi pelajarannya. Pun begitu saya sedang menimbangkan cadangannya agar dibenarkan tidor seawal 8 malam dan bangun 6 jam selepas itu dan menonton pasukan pilihannya beraksi. Beria-ia betul dia...

Fruity

Fruity expressions By S.H. LOKE HAVE you been working hard to improve your English? Do you see your efforts bearing fruit? Are you familiar with some of these “fruit” expressions which can add colour and richness to your language? 1. Bears fruit: If your effort bears fruit it is successful and produces good results. Your years of nurturing will bear fruit, and you will be proud parents. 2. Forbidden fruit: A source of pleasure that involves breaking a rule or doing something you are not supposed to do. They enjoyed the forbidden fruit of an extra-marital affair. 3. First fruit: The first fruits of a project or activity are the earliest results or profits. His good durian harvest is the first fruit of his horticultural projects. 4. Apple of someone’s eye: Someone who is beloved. John is the apple of his mother’s eye. 5. Apple pie order: Perfect order. Her house is always in apple pie order. 6. Apple polishing: Doing things to gain the support or favour of someone. Th...

Menyusahkan

P enggunaan komputer sepatutnya menyenangkan bukan menyusahkan. Namun ia tidak selalunya begitu. Komputer berkesan sekiranya ia dikendalikan dengan cekap. Paling penting perlu sentiasa kemas kini dari segi data dan maklumatnya. Dalam mesyuarat PDP pagi ini soal Penasihat Akademik yang tidak berkesan dibangkitkan. Soal Penasihat Akademik ini sejak mula-mula di wujudkan dulu sampai sekarang semacam gagal berperanan sebagai jambatan penghubung antara pensyarah dan pelajar. Mentor cuma diburu menteenya hanya untuk urusan validasi saja, walaupun itu bukan satu-satunya tujuan ia diwujudkan. Sepatutnya mentor boleh ditemui untuk apa sahaja hatta yang melibatkan soal peribadi sekali pun. Sebab itu sampai kini Penasihat Akademik terus dipertikaikan keberkesanannya. Seorang ini yang celupar mulut terkejut kerana ada anak buahnya sudah bertukar "bapak" (nota: Dia menggunakan perkataan bapak) . Dan saya adalah bapak baru itu. Berlaku percanggahan pandangan. Saya mendengar dan melihat. M...

Buli

S aya ingat pernah dibuli di minggu pertama menjejak kaki di UKM hampir tiga dekad lalu. Antara yang masih segar di ingatan- di suruh meniup air panas dalam gelas sehingga sejuk. Saya dipaksa berbuat begitu oleh kawan sebilik saya bersama tiga orang rakannya. Minggu Orientasi baru selesai dan perlu berdepan pula dengan kerenah "roommate " yang sentiasa menunggu peluang untuk membuli pelajar baru. Saya tiada kuasa untuk membantah. Saya tahu kalau saya cuba membantah saya akan diperlakukan dengan lebih agresif lagi. Mahu tidak mahu dengan berat hati, ikut sajalah. Namun dalam hati memberontak dan rasa hendak melawan saja. Pun begitu kalau saya cuba melawan, saya tetap di pihak yang kalah. Saya tidak akan untung apa-apa. Saya sudah sedia berdepan dengan kerenah perlakuan buli yang tidak bertamadun yang bakal saya hadapi di universiti. Itu lumrah. Berbanding sekarang, buli dulu lebih agresif. Dua orang rakan saya pula khabarnya disuruh meniup lampu kalimantang sehingga padam. Buk...

Rotan

" T engok ni, Haziq kena rotan hari ni, ". Haziq menunjukkan kesan birat di ponggong kepada saya dan mamanya sesampai sahaja di rumah. Kami berdua tidak terkejut kerana sudah mengetahuinya daripada Angahnya. "Padan muka, semalam lawan cakap mama kan. Tengok dah dapat balasannya. " Mama menggunakan peluang itu untuk melepaskan rasa kecewanya kepada Haziq yang menyinggung hati kecilnya semalam. Kata mama, Haziq marah-marah balik dari sekolah semalam kerana mama tidak memasakkan untuknya telur goreng berempah seperti yang dijanjikan sebelumnya. Mama kata Haziq bikin kecoh di dapur dan mogok tidak mahu makan. Saya tidak enak mendengar Haziq sampai begitu tindakannya terhadap mamanya. Saya memilih untuk tidak menyebelahinya pun walau dia kata mamanya sengaja tidak menunaikan janjinya. Saya nasihatkan Haziq, walau pun mama salah dia tidak sepatutnya bertindak melawan mamanya begitu. " Tidak baik melawan cakap mama tau, berdosa. Haziq perlu minta maaf dengan mama dan ...

Peperiksaan

B anyak pihak yang bersuara dalam memberi reaksi balas kepada cadangan supaya UPSR dan PMR dimansuhkan. Pelbagai pandangan yang terpacul. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju. Namun lebih banyak pandangan yang menjurus supaya cadangan ini dihalusi sebelum sebarang kata putus dibuat. Perlu dilihat perlu tidaknya untuk kedua-dua peperiksaan awam ini diteruskan. Saya melihat para pelajar sekarang dihimpit dan ditekan untuk memburu "A". Malah di kebanyakan sekolah silibus sudah habis dijelajah pada awal-awal tahun lagi. Selebihnya bulan-bulan yang bersisa diguna untuk membalun habis-habisan soalan-soalan tahun lalu. Para pelajar akan di"dera" semahunya dalam mempersiapkan diri untuk berdepan dengan peperiksaan. Matlamatnya tidak lain, kecuali untuk menghimpun sebanyak "A" yang boleh. Pantakan terhadap pelajar tidak berakhir di kelas. Setibanya di rumah belum pun kering air basuh tangan selepas makan tengahari, ibu dan bapa sudah mengom...

Kebun

K ata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.Kerjaya tukang kebun perlu dinaik taraf sebagai pekerjaan profesional terutama yang melibatkan industri pelancongan di negara ini. Katanya lagi pekerjaan tukang kebun perlu dipandang tinggi dan dihargai kerana kemampuan mereka menghasilkan taman bunga yang indah dan kreatif sehingga mampu menarik pelancong ke negara tersebut. Lazimnya pekerjaan tukang kebun tidak pernah dipandang tinggi pun. Itu realitinya. Pekerjaan ini tidak pernah menjadi kerjaya pilihan utama pun kecuali sebagai pilihan terakhir. Itu pun kerana kelayakan yang ada tidak memungkinkan untuk memilih kerja yang lebih baik dari itu. Saya sendiri pernah meletakkan Haziq di posisi tukang kebun sekiranya dia malas belajar. Dia pantas menolak kerana kerjaya tukang kebun tidak dipandang tinggi. Dia mahu kerjaya yang lebih baik dari itu. Saya kata kalau begitu, kenalah belajar rajin-rajin dan saya berjaya mengubah sikap malasnya itu namun sedikit kecewa kerana pandangan renda...

Bola

P iala Dunia yang menyaksikan 32 pasukan seluruh dunia bertarung untuk merebut kejuaraan bola sepak berprestij ini bermula hari ini. Saya bukanlah peminat fanatik bola. Bermain bola pun sudah lama ditinggalkan selama saya meninggalkan bangku sekolah. Menonton perlawanan bola pun bukan juga sesuatu yang ditunggu-tunggu seperti kebanyakan orang yang gila bola. Keseronokan menonton bola sudah lama diragut bersama-sama dengan persembahan pasukan kebangsaan yang selalu mengecewakan. Kecewa dengan aksi yang memualkan membunuh terus minat saya untuk terpaku di depan tv berbanding ketika zaman kehebatan Shaharudin Abdullah, M.Chandran, Soh Chin Aun, Ali Bakar, Isa Bakar dan ramai lagi yang pernah memeriahkan dunia bola sepak negara. Selepas era Mokhtar Dahari, dunia bola sepak negara terus suram. Bila Haziq tanya, "Ayah, kenapa ayah tak suka tengok bola?" Jawapan saya mudah. " Dulu melihat perlawanan bola walaupun di layar tv hitam putih amat mengujakan. Ayah dapat rasakan yan...

Tolong

S eorang ibu yang menyara hidup keluarganya dengan harapan setinggi langit merayu kepada saya, "Encik Kamil, tolonglah saya dapatkan tempat untuk anak saya di UiTM. Dia minat sangat nak belajar di UiTM." Saya tengok keputusan SPM anaknya dan saya kira cukup layak untuk di pertimbangkan belajar di universiti yang sinonim dengan orang Melayu ini. Entah di mana silapnya permohonannya dahulu ditolak ketika rakan-rakannya yang lain diterima masuk. Ini yang menggusarkannya, kata ibunya. Dia ingin sama belajar dengan mereka termasuk anak saya yang juga diberi peluang untuk belajar di universiti mega ini. "Saya tidak boleh janji apa-apa. Saya akan majukan permohonan ini ke UiTM Shah Alam dan tengoklah macam mana nanti. Kalau ada rezeki, adalah" , saya memberinya sedikit harapan. Saya sedar saya bukan berada di kapasiti yang cukup ampuh untuk menyediakan tempat belajar untuknya. Siapalah saya. Namun jauh di lubuk hati kecil saya, saya amat berharap dapat merealisasikan imp...

Belanja

K ata orang makanan yang paling sedap sekali ialah bila makanan itu orang yang belanja. Selalunya bila kita tahu bukan kita yang perlu bayar, kita akan minta semahu-mahunya apa yang teragak di rasa. Minta apa sahaja kerana akhirnya yang membayar bukan kita. Sungguh tidak eloknya begitu. Petang ini, bapa mentua mempelawa saya sekeluarga makan di luar. Agak terkejut juga, kerana beliau bukanlah selalu sangat menawarkan peluang makan "free" begini. Namun kata orang rezeki jangan ditolak kerana peluang makan begini bukan selalu hadirnya. Haji Muda ini memang murah sangat rezekinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sesekali beliau ingin berkongsi rezeki yang dinikmati dengan dua orang anak perempuanya bersekali dengan dua menantunya dan empat orang cucunya yang tidak pernah bertambah bilangannya itu. Keluarga kami memang kecil. Sebab itu, apa sahaja yang didamba cucu-cucu yang berempat ini mudah sahaja ditunaikan. Di Juara Ikan Bakar, kami melabuhkan punggung. Pada mulanya ...

Pelukan

" S eorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun." Itu kata pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah yang didengar lagi celotehnya lewat Sinar FM awal pagi ini. Sekali lagi isteri yang duduk di sebelah tersenyum lebar. Saya tahu kenapa dia tersenyum. Mungkin saya tidak memeluknya seragat yang dianjurkan oleh Dr Fadzilah. berkata, fakta tersebut berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. " Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah, " katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selai...

Merajuk

I steri yang duduk di sisi cepat mencelah apabila Dr Fadzilah Kamsah kata lelaki tidak sepatutnya merajuk. Cuma perempuan sahaja yang layak untuk merajuk. "Dengar tu, abang kan kuat merajuk, mana boleh" , katanya. Saya memilih untuk tidak bersetuju dengan kenyataan pakar motivasi tersohor ini yang didengar lewat Sinar FM awal pagi ini. Lelaki juga punya perasaan dan kerana itu tidak ada sebab mengapa lelaki tidak boleh merajuk. Tetapi tidaklah seteruk wanita rajuknya. Bunyi macam pelik apabila ada lelaki yang merajuk. Namun itulah realiti.Pastinya ada sebab mengapa lelaki merajuk. Faktor cemburu boleh dilihat sebagai faktor utama kenapa lelaki merajuk. Lelaki dihinggap rasa cemburu apabila ada pihak lain yang cuba mengambilalih tumpuan dan perhatian pasangannya daripada dirinya.Kalau pasangan dilihat begitu mesra berbual dengan kawan-kawan tiba-tiba terbit rasa cemburu ini lalu merajuklah dia. Kadang-kadang kerana begitu asyik dengan pekerjaan sampai terjejas perhatian kepad...

Senangnya

D ila aka Diko diberitahu oleh mama longnyanya berazam cukup tinggi untuk muncul antara 10 pelajar terbaik dalam peperiksaan setengah tahun yang sedang dihadapinya. Dia mahu menjadi lebih baik daripada Haziq sepupunya. Haziq dan Dila memang bersaing sesama mereka. Kedua-duanya sentiasa sahaja mahu dilihat sentiasa lebih baik. Saya kagum dengan semangat berlumba-lumba yang mereka pamerkan. Malam tadi Haziq memberitahu saya tentang Dila yang tidak berapa enak didengar. Dila dikatakan tidak bertungkus lumus menyiapkan dirinya untuk peperiksaan itu sebenarnya. Berbanding Haziq yang lebih bersungguh-sungguh, Dila seolah-olah tidak ambil kisah langsung dengan buku-bukunya tetapi dilihat banyak menghabiskan masa depan tv sambil di selang seli dengan kemaruknya terhadap Facebook. Saya hairan kerana ketika dia begitu berazam sangat untuk menggapai kecemerlangan, dia dilihat pula bersantai sahaja. Senangnya dia melakar impian begitu. Tanpa jerih, tanpa usaha. Saya tidak mahu dia leka begitu ker...

Kerjarumah

"Kan bagus kalau duduk rumah, buat kerja rumah, masak ke, cuci baju dan kemas rumah, bila mama balik kan senang semua dah siap, Lagi pun itu tugas suami tau! " S aya bercuti hari ini dan sepanjang hari duduk di rumah. Isteri saya menjangkakan malah mengharapkan bila saya bercuti kerja-kerja rumah boleh saya bereskan. Dia sebenarnya mengusik saya. Membuat kerja-kerja rumah bukanlah asing pada saya. Dari mencuci kain, menyidainya pula dan kemudian mengangkitnya malah melipatnya dan menyusun rapi di almari pakaian tidaklah susah sangat untuk dilunaskan. Saya selalu melihat adalah tidak adil untuk meletakkan beban kerja rumah di atas bahu isteri semata-mata. Sebab itu saya tidak betah hanya sekadar lepas tangan sahaja. Lagi pun seronok kalau rumah yang kita diami kemas dan selesa. Cumanya keghairahan untuk memasak itu memang tidak pernah singgah di hati. Sebabnya memang tidak pandai masak pun. Lagi pun isteri lebih wajar untuk melakukan tugas memasak untuk suaminya. Melakukan ker...

Wujud

H ari ini tidak semena-mena Haziq bertanya tentang kewujudan Allah. Satu soalan yang agak berani keluar dari mulutnya, "Kenapa Allah tidak boleh dilihat' ? Saya tahu dia tidak berniat hendak menafikan kewujudan Allah. Dia cuma ingin sangat tahu jawapan kepada persoalan yang mungkin sudah lama bermain di kepalanya. Saya percaya Haziq bukan sendirian berdepan dengan persoalan ini. Malah ada yang berhujah bahawa setiap benda yang wujud, sepatutnya boleh dilihat. Berdasarkan premis mudah itu, Allah juga sewajarnya boleh dilihat kerana Allah wujud. Saya katakan pada Haziq bahawa bukan semua benda yang wujud boleh dilihat. Sebagai contoh, kuman dan bakteria wujud, namun kita tidak boleh melihat kewujudannya dengan mata kasar sehinggalah mikroskop dicipta. Begitu juga dengan angin dan udara termasuk kentut yang bangar baunya itu. Kewujudannya tidak dinafikan namun tidak pula bermakna kita sampai boleh melihatnya. Itulah hakikatnya yang perlu kita terima. Saya ceritakan kepadanya sebu...