Skip to main content

Posts

Petir

P etir dan kilat sekarang luar biasa impaknya. Angin juga bertiup kencang. Kesan daripada ribut petir dan kilat sabung menyabung, bekalan letrik juga terjejas. Deretan tiga buah bilik tidak berfungsi lampu dan kipasnya. Ia berlaku sejurus selepas petir dan kilat yang kuat. Saya menggunakan khidmat juruletrik untuk mengenal pasti apa yang berlaku. Hasilnya dia mendapati ia berpunca daripada sistem pendawaian yang tidak menurut spesifikasi. Khabarnya banyak juga rumah yang terbabit dan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang mendesak mahu cepat. Saya yang buat-buat tidak dengar dengan dentuman petir dan cahaya kilat ketika memesin rumput petang ini dimarahi isteri dan bapa mentua. Katanya ada yang menerima padah kerana tindakan berani itu. Saya cuma mampu menahan telinga sahaja dipasak leteran isteri yang bertalu-talu. Saya tahu memang bahaya pun.  Pagi ini bila sampai di tempat kerja, saya terkejut melihat sebatang pokok yang agak besar juga tumbang kerana tercabu...

Pemimpin

P emimpin yang hebat tahu bila sepatutnya dia berundur. Dia akan meninggalkan lapangan tanpa dipaksa. Pun begitu tidak ramai pemimpin yang berbuat begitu. Lebih ramai yang akan terus melekat bagaikan mahu menunggu selama-lamanya hingga hujung nyawa. Pemimpin yang liat begini selalunya memandang sepi pelbagai isyarat yang dipamerkan oleh orang ramai terhadapnya. Pemimpin begini akan dilihat bagai syok sendiri merasai diri masih disukai sedangkan ramai yang lebih suka agar dia berundur sahaja. David Heenan,dalam bukunya  Leaving on Top: Graceful Exits for Leaders , menyebut tentang empat jenis pemimpin; yang bertahan sepanjang zaman dan tidak perlu untuk berundur pun, yang sudah tua bangka tetapi masih liat untuk berundur, yang pernah keluar dan masuk balik kerana rasa cukup hebat dan pemimpin yang sedia untuk berundur di waktu yang betul. Di kalangan kita, pemimpin yang liat untuk berundur memang ramai, tidak kira sama ada dalam politik atau dalam bidang sukan. Dalam persatuan...

Melayu

B eberapa hari yang lalu saya ditanya oleh seorang rakan sekerja berketurunan China tentang pandangan orang Melayu terhadap orang China. Ia tentunya berkait rapat dengan isu yang membabitkan dua kaum ini. Isu rasis pastinya. Saya kata pandangan saya terhadap orang China sentiasa positif. Dia gusar kerana dalam kemelut api perkauman yang sedang bertiup selepas PRU13, orang Melayu memandang serong penuh dendam kepadanya. Katanya pada 13 Mei dia tidak memerap dalam rumah dan tidak berani keluar khuatir apa-apa yang buruk bakal berlaku. Dia juga hairan kenapa sebuah akhbar tempatan milik orang Melayu gemar sangat membangkitkan isu perkauman dalam tulisannya. Saya kata tidak perlulah ditimbulkan perkara itu kerana akhbar China lebih marak lagi api perkaumannya. Saya melihat setiap kaum berhak memperjuangkan kaumnya. Dalam hubungan ini ia tidak wajar dilihat sebagai rasis. Saya membaca sebuah rencana yang ditulis oleh seorang ilmuan berketurunan China yang beragama Islam. Keras dan t...

Durian

S udah agak lama juga saya tidak melihat durian di dusun lebat buahnya. Hari cuti begini saya tidak biarkan berlalu begitu. Saya ke dusun sebentar. Durian tidak sangat menjadi. Musim-musim lalu menyaksikan fenomena buah sekejap lekat sekejap tidak. Bunga-bunga durian yang kelihatan banyak berakhir dengan cuma sebiji dua yang melekat atau dalam banyak keadaan tidak melekat langsung. Saya bukan penggemar durian berbanding isteri yang boleh disifatkan sebagai "hantu" durian. Bila isteri mengupas durian saya tidak pernah rasa terpanggil untuk mendekatinya malah perlu dipaksa untuk menjamah seulas dua. Bagi saya lebih nikmat kalau pulut dimakan bersama santan durian. Bila durian berbuah agak lebat kali ini, saya lihat isteri bukan kepalang terujanya. Dengan beberapa batang pokok durian saka yang ada, saya kira cukup banyak untuk makan raja buah ini semahu-mahunya dan sepuasnya. Mungkin juga sampai tak larat nak makan. Saya pun tidak bercadang hendak menjualnya kerana dengan ha...

22Kasih

D iam tak diam sudah 22 tahun saya dan isteri  melayari  hidup berumah tangga.Tanggal 24.5.91 mengesahkan hubungan kami sebagai suami isteri setelah empat tahun diberi peluang untuk kenal hati dan budi sebelum mengakhirinya dengan perkahwinan penuh restu keluarga.  Alam berumahtangga memang tidak lari dari menongkah arus ujian. Memang itu pun asam garam dan pahit manis hidup bersama. Semakin dewasa usia perkahwinan, semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Kemantapan rumahtangga tidak semata-matanya bergantung pada cinta seperti di awal-awal perkahwinan dahulu. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi perlu disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta memang hebat tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang lebih hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab. Kata orang, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter ...

Saksi

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan ". (Yaasin:65) S aya menyertai bengkel " High Impact Presentation Skills" selama dua hari dan belajar sedikit ilmu baru untuk berucap di depan khalayak Selebihnya banyak menjurus kepada borak-borak kosong yang berlaku secara santai sekali. Tiada banyak yang baru pun kecuali pengulangan beberapa perkara yang sudah lama diketahui namun diolah dalam bentuk baru.  Pun begitu ada sesuatu yang sangat menarik perhatian saya walaupun ia juga bukan ilmu baru. Namun ada ada nilai tambahnya. Ia tentang pentingnya komunikasi tanpa lisan dalam mencapai komunikasi berimpak tinggi. Dalam kebanyakan penyampaian kepentingan bahasa badan selain dari mulut sering dikesampingkan. Ketika saya disuntik dengan penceramah bahawa perkataan yang terlontar dari mulut bukan satu-satunya bentuk komunikasi yang ada, saya sekonyong-ko...

Hadang

P etang ini saya melihat untuk kesekian kalinya lagi sebuah kereta ini di letak menghadang sebuah kereta lain. Saya yakin ia dilakukan secara sengaja oleh pemilik kereta ini. Sebabnya cukup mudah untuk ditelah. Kereta lain itu didapati "menceroboh" petak letak kereta yang "dikhaskan" untuk keretanya. Saya kira ia sebagai tanda protes atau pun ingin memberitahu kepada penceroboh tadi supaya jangan senang-senang meletak kereta di petak yang terang-terang bukan miliknya. Barangkali ingin menyampaikan mesej yang cukup jelas bahawa dia tidak suka petak letak keretanya diceroboh orang lain. Saya menggelengkan kepala menyaksikan adegan yang tidak sepatutnya dilihat di sebuah menara gading yang dihuni mereka yang berilmu dan bertamadun. Adalah salah menceroboh petak kereta yang telah dikhaskan untuk pemilik kereta tertentu. Saya bersetuju bahawa pemilik kereta yang menceroboh itu memang patut disalahkan malah patut menerbitkan rasa marah orang lain lebih-lebih lagi "...

Pekak

" A dakalanya kita perlu memekakkan telinga supaya tidak mendengar segala kata-kata negatif yang akan menghambat perkembangan kita di tempat kerja, keluarga dan juga dalam masyarakat". Kita dikelilingi dengan manusia yang pelbagai ragam dan sifat. Ada yang cukup membantu malah tidak kurang yang membuat kita buntu. Tindakan yang kita lakukan begitu dipengaruhi oleh mereka yang cukup rapat dengan kita- ahli keluarga dan rakan taulan. Sama ada kata-kata perangsang pembakar semangat atau ungkapan-ungkapan negatif yang membunuh harapan dan cita-cita kedua-duanya bercampur baur hinggap di telinga kita. Lumrahnya yang bernada negatif itulah yang mendominasi keadaan. Hasrat dan impian kita diperlekehkan. Jauh sekali untuk menyogok keyakinan untuk merealisasikan impian yang sudah tersemat. Berdepan dengan keadaan ini, pilihan terbaik yang ada untuk kita ialah memekakkan telinga dari mendengar kata-kata negatif yang bakal meranapkan impian kita. Cerita seekor cicak yang tuli rasa...

Pengajaran

S aya mendengar cerita ini disampaikan oleh seorang pakar motivasi bila berbicara tentang kasih sayang di radio pagi ini. Ia cukup memilukan namun ada pengajaran. Kisah ini mungkin sudah biasa didengar dan pernah juga berlaku pada diri kita tanpa kita sedar pun. Seorang ayah bergegas ke tempat kerja sehingga tidak cukup sempat untuk meletakkan semula di tempat yang tinggi ubat yang baru diambilnya. Namun dia sempat berpesan kepada isterinya supaya mengambil ubat itu dan meletakkannya di tempat yang selamat. Isteri yang sibuk di dapor melupakan pesan suaminya. Tanpa dijangka botol yang dibiar bersepah ini menarik perhatian seorang anak kecil milik pasangan ini. Anak yang berusia dua tahun ini cukup tertarik dengan cecair berwarna merah dalam botol itu lalu meneguknya sehingga habis. Anak yang tidak tahu apa-apa tidak sedarkan diri kerana penangan ubat yang khusus untuk orang dewasa itu. Ibu panik dan bergegas ke hospital namun anak mereka tidak dapat diselamatkan. Ibu bukan saha...

Angkasawati

D alam diam-diam, pelajar berusia 16 tahun ini menyimpan cita-cita bukan kepalang tingginya. Ibarat mahu memeluk gunung layaknya. Dila aka Diko mahu jadi angkasawan atau lebih sesuai lagi angkasawati. Saya tahu dia pasti teruja dengan cita-cita barunya itu setelah berkesempatan mendengar kisah kejayaan calon angkasawan negara Mejar Faez yang di undang dalam Ekspo Kerjaya di Dataran Segamat beberapa hari lalu. Remaja di usia begini memang senang teruja dan dibakar semangatnya. Cita-cita sentiasa bertukar silih berganti. Ada ketikanya mahu jadi doktor, diketika yang lain mahu jadi ahli sains dan sekarang mahu jadi angkasawan pula. Cita-cita tidak semestinya menjadi nyata, namun ia tidak juga mustahil untuk dicapai. Setidak-tidaknya dengan menyimpan cita-cita ini, segala usaha dan tenaga akan sentiasa dikerah ke arah mencapainya. Ia sumber motivasi yang sangat tinggi untuk lebih komited dalam belajar sebenarnya. Saya percaya Diko tidak sekadar dibuai cita-cita itu tetapi akan senti...

Ah!

S aya menemukan kisah benar yang amat menyayat hati ini. Seorang datuk dibunuh tanpa rasa belas oleh empat orang remaja dan salah seorang daripadanya adalah cucunya sendiri. Paling malang neneknya juga dibiarkan diketuk dan dicederakan dan kemudian lari dengan wang dan barang kemas bernilai 10 ribu ringgit. Perbuatan yang amat kejam. Di mimbar khutbah hari ini saya mendengar penuh insaf khatib berbicara tentang ibu yang sangat perlu untuk dihormati dan diletakkan di kedudukan yang paling tinggi melebihi sesiapa pun. Dan hadis yang diperdengarkan amat menarik untuk direnungi dan dihayati. "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya : “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?” Jawab Nabi “Ibu kamu” “Selepas itu?”- “Ibu kamu” “Selepas itu?”- “Ibu kamu” Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?” Jawab Nabi “Ayah kamu ” Tingginya nilai ibu di dalam Islam. Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya...

Mengasihani

S aya menemukan kisah yang sangat menarik untuk dijadikan iktibar dari sebuah buku yang baru saya beli. Bukunya nipis sahaja namun sarat dengan kisah-kisah yang boleh menjana keimanan kita. Seperti kata penulisnya, buku ini mengheret pembaca menyingkap rahsia kasih sayang Pencipta yang adakalanya kita pandang sepi. Kita seringkali memikir untuk menyembahNya namun jarang sekali memikir untuk menyintaiNya. Dipetik daripada buku ini tentang adanya satu hadis tentang seorang yang disebut sebagai ‘Al-Kiflu’ Al-Kiflu merupakan seorang pemuda yang hidup pada zaman sebelum kita (sebelum Nabi Muhammad s.a.w. hidup). Bagi lelaki ini, tidak ada perkara yang haram baginya, semuanya halal (dia melakukan begitu banyak dosa, perkara haram).  Sahabat Nabi s.a.w. yang meriwayatkan kisah Al-Kiflu ini menyatakan bahawa beliau mendengar kisah ini disampaikan Nabi s.a.w. bukan sekadar sekali, bukan tujuh kali, bahkan lebih daripada itu. Kisah itu merupakan kisah yang cukup penting, ole...

Calon

K habarnya ada yang kecewa kerana tidak dipilih oleh parti untuk menjadi calon dalam pilihanraya kali ini. Lebih-lebih kecewa lagi bila merasakan diri mereka akan dipilih semula tetapi tidak dicalonkan pun untuk kali ini. Bukan sahaja yang tidak terpilih itu yang marah-marah tetapi ahli keluarganya dan pengikut-pengikutnya juga turut berang. Menurut orang kampung yang kenal benar dengan bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan ini, pengikut-pengikutnya telah mengambil tindakan agresif dengan menanggalkan segala bendera dan kain rentang yang telah dipasang di kawasan berkenaan sebagai tanda protes. Kata sumber-sumber yang boleh dipercayai, ada sebab mengapa dia tidak dicalonkan semula. Dia dikatakan gagal berfungsi sebagai wakil yang berkhidmat untuk rakyat dikawasannya. Sebaliknya hanya mendahulukan ahli-ahli keluarganya dan juga pengikutnya. Ini sudah tentulah bercanggah dengan gagasan Rakyat Didahulukan yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan. Sudah memang sewajarny...

JM

L ambat lagi. Mesyuarat yang sepatutnya dan semestinya bermula pada pukul 10 pagi ditunda hingga setengah jam berikutnya. Itulah hakikat waktu Malaysia. Masih jauh dari ketepatannya. Lambat 10 minit atau lebih itulah yang diterima pakai sebagai tepat dalam banyak keadaan. Saya cenderung untuk melihatnya sebagai waktu JM yang merujuk kepada Jam Malaysia dan bukan am atau pm . Bahawa kelewatan yang dilakukan itu menyusahkan orang lain yang sangat berkira dengan waktu itulah yang memualkan. Malah semakin meloyakan kalau kelewatan itu diiringi pula dengan pelbagai alasan basi seperti "traffic jam" misalnya. Kalau di kalangan pelajar pula alasan yang paling popular dan merimaskan telinga ialah " overslept " atau terlebih tidor. Gejala lewat ini melata sifatnya tidak kira lapisan dan latarbelakang. VIP dan artis misalnya yang hadir lewat untuk acara-acara tertentu, seperti sidang akhbar, rasmi itu dan rasmi ini dan ini sudah menjadi norma. Tidak keterlaluan kalau...

Khusyuk

"Saya berasa susah hendak mencapai erti khusyuk dalam solat. Saya seringkali lalai. Ingatan saya melayang-layang ingatkan sesuatu keadaan di luar solat." Bolehkah ustaz memberi sedikit nasihat pada saya?" T entang khusyuk dalam solat lagi. Tanyalah Ustaz yang sempat saya ikuti pagi ini dihujani email dari mereka yang bermasalah meraih khusyuk dalam solat.Dan luahan di atas adalah antara banyak email yang meyinggah. Saya yakin, ramai orang menghadapinya. Saya tidak terkecuali. Tidak segan untuk mengakuinya daripada menjadi bodoh sombong tidak berpenghujung. Namun janganlah kita duduk diam tanpa buat apa-apa atau solat kita selama ini akan berlalu sia-sia seperti kata hadis Nabi, " Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya" Ustaz ini mengkesahkan Hatim al-Isam seorang abid yang unggul yang mendatangi seorang pemuda yang sukar mencapai erti khusyuk dalam solat. Lantas b...

Ikan

"Takkan beli ikan longgok aja" K ata-kata itu singgah di telinga saya dari sebuah suara yang pernah saya dengar. Rakan saya ini memang suka berseloroh. Pun begitu, hati saya terusik juga.  Saya tidak menyedari dia lalu di belakang saya ketika saya sedang membeli dua pinggan ikan yang dijual agak murah. Memang murah pun. Saya hanya membelanjakan enam ringgit sahaja untuk 10 ekor ikan kembong. Ia murah kerana kualiti ikan yang tidak berapa segar namun secara lahiriahnya masih boleh dimakan. Saya tahu dia ingin memberitahu saya bahawa ikan tersebut tidak layak untuk saya beli. Ikan itu murah dan sudah tidak elok lagi. Sudah tidak segar dan cuma layak untuk santapan kucing sahaja. " Saya beli ikan ini untuk kucing" saya menjawab ringkas sambil melihatnya berlalu. Pena Tumpul - Kucing pun ada rezekinya

Tolong

S eorang lelaki separuh usia yang tidak sangat terurus penampilannya melambai kereta-kereta yang lalu lalang. Pastinya dia mahu menumpang untuk minta dibawa ke destinasi tujuannya. Lazimnya, tidak ada kereta yang berhenti pun. Saya juga tidak terpanggil untuk berhenti menyahut lambaian tangannya yang agak layu kepenatan barangkali. Hafiz yang sangat perasan akan apa yang berlaku bertanya kepada saya, "Kenapa Uda tak berhenti. Dia kan nak tumpang. Semua tak nak tumpangkan dia. Sian dia"  Sukar saya hendak menjelaskan kepada anak kecil berusia enam tahun ini. Dia cuma nampak apa yang di depan matanya sahaja. Dia tahu lelaki itu perlukan pertolongan dan sepatutnya ditolong. Itu yang dia diberitahu dan perlu dilakukan. Saya tidak menyalahkannya menegur atau dilihat macam mengajar saya. Saya ada sebab saya sendiri untuk tidak memberi tumpang kepada lelaki itu. Saya sangat pasti orang lain yang melewati dan menyaksikan lambaian tangannya juga berkongsi sebab yang sama dan ya...

Hadiah

S aya dan Hafiz diraikan secara bersama lagi dalam sambutan hari ulang tahun kelahiran tahun ini. Saya mencecah angka 52 dan Hafiz pula masih kecil angkanya, angka 7. Ibu Hafiz bersusah payah menyiapkan juadah untuk sambutan kali ini. Tahun lepas sambutannya di rumah saya dan kali ini di rumah Hafiz pula. Saya menumpang keseronokan Hafiz tentunya. Sebelum Hafiz lahir, sambutan hari lahir saya tidaklah sangat meriah pun, malah adakalanya tidak disambut langsung pun. Seperti biasa, Hafiz tidak lupa meraih hadiah dari saya. Saya mengusiknya bahawa saya juga mahu hadiah daripadanya. Dia kata dia tidak ada duit untuk beli hadiah buat saya. Saya katakan kepadanya, hadiah tidak semestinya dalam bentuk benda. Hadiah juga tidak semestinya mahal. Apa-apa pun boleh jadi hadiah asalkan pemberiannya ikhlas dan menyenangkan buat yang menerimanya. Ketika saya memberikannya hadiah mainan yang memang menjadi kegemarannya, saya pula menagih hadiah daripadanya. Dia tersipu-sipu. Saya tidak nampak seb...

Singkat

"Dah bulan empat!, cepatnya...rasanya baru lagi tahun ni" S aya kira ungkapan ini sering sangat kita dengar. Orang berkata tentang masa yang dirasa singkat. Pantas bertukar dari jam ke jam, hari ke hari dan bulan ke bulan. Pejam celik bulan baru menyusul membiarkan bulan lama menjadi sejarah. Malah ada yang berkata, letak sahaja kepala di bantal, sudah bangkit semula keesokan harinya dan dirasakan macam tidak puas tidor pun. Begitulah pantasnya masa yang dirasa. Bila ini yang berlaku, ada juga yang mengaitkannya bahawa Kiamat sudah semakin dekat walaupun tidak tahu bila. Tidak salah pun berpandangan begitu kerana memang ada hadis yang boleh disandarkan. Memang betul salah satu tanda-tanda Kiamat kecil ialah betapa waktu yang dilalui terasa semakin singkat. Rasulullah ada menggambarkan tentang perkara ini dalam beberapa hadis Baginda. Salah satunya daripada Abu Hurairah, baginda bersabda yang bermaksud; "Tidak akan tiba hari Kiamat sehingga waktu semakin singkat. Se...

Meremajakan

H ujung minggu yang sangat memenatkan.Dua hari dua malam saya berkampung di Shah Alam menjadi pelajar semula mendengar celoteh yang meletihkan dari tiga orang tenaga pengajar yang berbeza pendekatannya. Graf turun dan naik. Sesekali bersemangat tinggi untuk terus berjuang hingga ke garisan penamat dan sesekali juga turun merudum ingin menyerah di garisan permulaan lagi. Banyaknya tugasan yang perlu dilunaskan dalam jangka waktu yang sangat singkat. Ia merupakan satu kejutan budaya yang sukar diterima setelah sekian lama meninggalkan bangku pelajar. Selama ini sangat selesa duduk di kerusi pengajar membekalkan para pelajar dengan pelbagai tugasan. Sekurang-kurangnya saya merasa sendiri apa yang dirasai oleh para pelajar yang dibebani dengan tugasan demi tugasan yang perlu dilangsaikan. Ia menuntut pengurusan masa yang sangat bijak. Pun begitu, menghadiri kursus yang dijangka usai dalam tempoh 10 bulan dari sekarang adalah pilihan saya sendiri. Tiada tuntutan dari mana-mana pihak pun...