Skip to main content

Posts

Cetek

A ntara kolum yang paling menambat hati saya dalam majalah Solusi ialah Angguk Geleng yang memaparkan kisah-kisah walaupun pendek dan santai tetapi ada mesej yang boleh dijadikan renungan. Kisahnya tentang manusia yang pelbagai dalam kehidupan ini. Adakalanya kisah yang disajikan diselit sindiran. Siapa makan cili akan terasalah pedasnya. Ia kisah Yang Berhormat yang dijemput untuk majlis khatam Quran di salah sebuah sekolah tahfiz di Segamat. Dalam majlis itu dia diperkenalkan kepada beberapa orang pelajar tahfiz. Dalam sesi ramah mesra itu berlakulah sesuatu yang agak melucukan malah memalukan juga. Yang Berhormat ini bertanya kepada seorang pelajar bertubuh kecil.  " Nama anak sapa?" "Hafiz" "Anak umur berapa tahun?"  "7"tahun"  "Sudah hafal berapa juzuk? "30" Dia terus bertanya lagi soalan yang tidak cerdik ini. "Jadi berapa juzuk lagi hendak hafal tahun ini?" Pelajar itu keliru dengan soalan yang tidak dija...

Merokok

"Saya tidak risau harga rokok dinaikkan tetapi yang membimbangkan saya bila rokok sudah tidak ada di pasaran lagi" Begitulah reaksi spontan seorang kawan rapat saya terhadap harga rokok yang naik melambung hari ini. Dia kata dia tidak kisah pun berapa pun harga rokok kerana dia tetap akan membeli rokok dan merokok. Malah dia sanggup beralih kepada rokok berjenama tiruan sekiranya dia memang sudah tidak mampu untuk membeli rokok berjenama popular yang sudah mahal itu. Umum mengetahui rokok tiruan jaub lebih murah tetapi kandungannya sangat diragui. Jadi, sudahlah merokok itu memang membahayakan ditambah lagi dengan dengan penggunaan bahan yang murah dan meragukan. Saya bersyukur saya tidak merokok. Selain daripada kepantangan isteri terhadap bau asap rokok dan penolakannya yang bukan kepalang terhadap penghisap rokok, saya tidak dapat membayangkan sejumlah wang yang perlu dileburkan sekiranya saya merokok. Ketika saya melihat segelintir kawan rapat yang bagaikan sudah c...

Hantaran

L ebih seminggu tidak menulis di sini. Bersawang dan sebun. Pena sudah benar-benar tumpul rupanya dan perlu diasah biar tajam semula. Tiada apa yang hendak ditulis juga. Masa yang agak menghambat juga turut menjadi sebab. Pejam celik siang bertukar malam begitu pantas terasa. Banyak kerja yang lebih penting lagi perlu diberikan keutamaan. Kerja kursus pelajar yang perlu disemak. Begitu juga proses memasukkan markah yang memerlukan ketelitian. Selain kewajipan mengawasi peperiksaan di hujung minggu juga. Alasan memang bijak dicari kerana pada akhirnya yang lebih penting ialah kegagalan mengurus masa sebenarnya. Hujung minggu lepas saya berkesempatan menghadiri majlis pertunangan anak kepada seorang kawan. Majlis yang agak sederhana. Saya tertarik dengan hantaran anak perempuanya. Di celah-celah lebih kurang 9 dulang itu, terisi sebuah dulang dengan senaskah majalah bola sepak. Macam-macam boleh dijadikan bahan hantaran sekarang rupanya, hatta majalah sekali pun. Barangkali dengan har...

Jumaat

P etikan daripada blog dan elok untuk renungan bersama. Jumaat adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi. Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa, Nabi Yusuf dengan Zulaiha, Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib, Rasulullah saw dengan Khadijah, Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya. ” (Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiam...

Lambaian

A .Ramlie adalah antara penyanyi yang digilai di era pop muzik 60an. Banyak lagu-lagunya yang menjadi siulan malah masih segar dan tetap diminati sehingga sekarang. Saya masih ingat ketika lagu-lagu pop 60an berada dizaman kegemilangannya, sekitar tahun 67 dan 68 saya sedang belajar di sekolah rendah di salah sebuah kampung di Segamat. Saya menyaksikan betapa ibubapa saudara saya di peringkat usia remajanya begitu menyanjungi penyanyi-penyanyi seperti A.Ramli, M.Osman, A.Rahman Hassan, Jefriden dan beberapa orang lagi. Antara ingat dan tidak, saya semacam pernah diheret sama untuk menyaksikan persembahan pentas bergerak yang diserikan oleh penyanyi 60an pujaan mereka. Apabila saya pulang ke kampung atok saya beberapa hari lalu, saya terjumpa beberapa keping piring hitam yang pernah menjadi teman setia ibu saudara saya dahulu. Masih kelihatan elok. Namun apa yang dapat dilakukan tanpa pemain piring hitam.Antara lagu yang menyentuh hati dan menggamit perasaan ialah Dendang Anak Tani...

Cemburu

“Sesungguhnya Allah cemburu dan seorang mukmin juga cemburu, dan cemburu Allah itu ketika seseorang hamba-Nya melakukan sesuatu diharamkan ke atasnya.” ~ Hadis Rasulullah A dakalanya kita cemburu tidak bertempat. Kita juga cemburu pada sesuatu yang tidak sepatutnya. Hasilnya kita membuang masa dan akhirnya tidak memperolehi sebarang faedah pun. Tidak salah cemburu namun biarlah kena pada tempatnya. Cemburu adalah fitrah dan tabiat yang mesti ada dalam diri manusia yang pada asalnya tidak tercela, selama ia tidak melampaui batas. Cemburu yang melampaui batas, boleh menjerumuskan seseorang ke dalam pelanggaran syariat Allah, itulah yang salah.  Misalnya, kita cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar mahupun kereta besar, tetapi tidak pula kita cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita. Sering juga kita cemburu dengan harta orang lain namun kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun d...

Kreatif

S aya menyaksikan malah mengadili beberapa projek yang dihasilkan oleh para pelajar yang menyiapkan sebahagian kerja kursus Critical and Creative Thinking Skills. Penghasilan projek inovatif yang diterbitkan dari bahan-bahan terbuang adalah sesuatu yang menuntut kreativiti para pelajar. Dengan memanipulasikan bahan-bahan seperti kertas suratkabar, botol-botol kosong, kapas daun-daun kering, batang aiskrim dan sebagainya, terhasilllah pelbagai bentuk replika menarik yang mempunyai mesej tersendiri berkaitan alam. Hasilnya memang menakjubkan! Pena Tumpul - Puas hati

Cuci

K ata Dr Fadilah Kamsah ada beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk menyucikan dan memurnikan hati. Antaranya ialah: 1. Jaga solat dengan sempurna, 2. Solat taubat setiap malam sebelum tidur, 3. Istighfar sekurang-kurangnya 70X sehari ,banyakkan zikrullah, 4. Baca Quran setiap hari, 5. Minta maaf daripada orangg lain; maafkan semua orang, 6. Bisikan kendiri yang positif, 7. Muhasabah ; refleksi diri ; berterusan perbaiki diri, 8. Cuci pinggan, tandas, dll, 9. Berpuasa sunat, 10. Sentiasa ingat mati ; bersedia menghadapi kematian setiap hari, 11. Kekalkan wudu' sepanjang hari mengikut kemampuan, 12. Banyakkan bersedekah, 13. Beri orang makan, 14. Jaga makanan (halal ; yang baik2), 15. Berkawan dengan orang 'alim ; orang yang baik-baik, 16. Sentiasa berpesan -pesan ke arah kebaikan, 17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tangan ; kaki ; deria hidu). Pena Tumpul - Peringatan buat diri sendiri

Peranan

P agi ini saya sempat berceloteh sedikit dengan pelajar saya tentang perempuan yang tidak tahu, tidak boleh dan malas memasak. Bukan luar biasa sekarang, kalau ada perempuan yang memilih untuk tidak memasak walaupun sudah bergelar isteri. Bila perkara ini dibangkitkan, pelajar perempuan segelintirnya melenting. Saya kata, perempuan begini tidak wajarlah dijadikan isteri. Saya memprovokasi mereka sebenarnya. Saya mahu mereka mempertahankan hujah mereka tetapi tidak sampai menegakkan benang yang basah. Kata mereka, kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Mereka mengalih perhatian. Kata mereka lagi, kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita kata okay saja. Tidak boleh pula  diperbesarkan nanti mereka terasa hati.  Mana boleh begitu. Ada betulnya juga kata-kata kaum Hawa ini. Mereka mula membela diri dan saya mendengar penuh teliti. Kata seorang pelajar perempuan, mungkin mereka tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga se...

Tangga

C adangan untuk membaiki tangga menaiki bukit ke rumah mertua sudah lama dibuat. Namun selalu tertangguh kerana masa yang begitu mengekang. Petang ini selepas hujan reda apabila secara kebetulan biras dari Singapura pulang bercuti, kesempatan yang ada tidak dibuang begitu sahaja. Saya menyuruh Yako yang antara mahu dan tidak mahu itu menggali lubang untuk tiang yang baru. Saya tahu dia sangat penat dan mengambil peluang bercuti untuk bercuti semahunya. Kami mengambil masa lebih kurang sejam walaupun tangga yang dihasilkan tidaklah seberapa. Kayu-kayu beluti pula kami ambil daripada sisa-sisa runtuhan rumah lama.Kami bercadang untuk menyiapkan anak-anak tangga supaya lebih selesa dan selamat untuk digunakan. Terima Kasih Yako! Pena Tumpul -Usaha tangga kejayaan

Nama

N ama orang Jawa adakalnya memang menarik dan juga lucu bunyinya. Pandai tanam bunga, diberikan nama - Rosman. Pandai membaiki kereta, namakan - Karman Pandai dalam penulisan - Suratman Gagah perkasa - Suparman Boleh mendengar sambil berjalan - Wakiman Selalu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman) Pandai buat kuih - Paiman Pakar jualan - Salman Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar) Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman Doktor gigi - Sugiman Supaya cepat naik pangkat - Yasman Bakal kaki pukul dan dera orang - Deraman Yang ada darah Bengali - Manbai Pandai organise skim cepat kaya - Pakman (Te' Lo) Mat rock - Rokman Jadi polis trafik - Saman Pakar kunci - Lokman Baik budi pekerti - Budiman Ada lagi... .. Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman Suka bagi orang susah - Sukarman Suka mengada-ngada - Ngadiman Dua alam - Herman Paling tak guna - Koman Selalu sakit - Deman Kalau yang kuat berlawan - Ultraman Yang suka main da...

Tersasar

S esekali melayani cebisan kisah lawak yang singgah di laman maya seronok juga. Kisah lucu menghilangkan sedikit tekanan. Benar tidaknya kisah ini bukanlah penting kerana yang lebih penting ia menghiburkan dan mampu buat kita senyum kalau pun tidak sampai ketawa berdekah-dekah. Kisah ini terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, merupakan sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tidak pernah mengenai sasarannya. "Satu pun tak kena??? Argghhh!!! sakit jiwa  aku macam ni, apa nak jadi dengan kau ni??? ",sergah Kapten pasukan." Sorry tuann! ! ! tersasar tuan!! !" balas penembak tu. "Takpe... takpe ... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena juga, tinggalkan sahaja lapang sasar ini dan jangan datang-datang lagi" bentak Kapten. Walaupun jarak tembakan di dekatkan, sasaran penembak malang ini masih ...

Pertunangan

K ak Long bakal membawa masuk menantu kedua dalam keluarganya tidak sampai setahun dari sekarang. Beberapa hari yang lepas berlangsung majlis bertunang. Pasangan yang bertunang nampak tenang dan girang bukan kepalang.Khabarnya kos hantaran mencecah lima angka. Mahalnya kos kahwin sekarang. Saya melihat bukan kos kahwin itu yang mahal tetapi gayanya yang mahal. Kalau mahu nampak dan dikatakan lebih bergaya upacaranya maka banyaklah wang yang dileburkan. Adakalanya saya tertanya-tanya perlukah kita bertunang sebelum melangsungkan perkahwinan? Bertunang itu pentingkah atau ia sekadar adat sebelum kedua pasangan di ijab kabulkan. Saya sendiri kurang pasti dengan persoalan itu. Zaman sekarang ini, kebanyakan orang jarang bertunang. Mereka terus melangsungkan akad nikah, ringkas dan cepat katanya. Namum itu semua atas hak masing-masing. Ada juga yang mengikat tali pertunangan hingga bertahun-tahun tetapi akhirnya putus. Saya mencari maklumat mengenai pertunangan dan menjumpai beberap...

Malas

S aya suka untuk berkongsi kesah yang menarik dan melucukan ini. Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba? ” Lalu jawab lelaki tersebut, “ Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.” Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku. ” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba? ” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.” Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, "Patik adalah yang paling malas tuanku. ” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu? ” Budak itu pun menjawab, “ Nak cerita pun malas...

Menunggu

M enunggu lama di lampu isyarat jalan adakalanya memang membosankan. Untuk mengelakkan lampu isyarat yang tiba-tiba bertukar merah, ada ketikanya saya sampai sanggup mengambil jalan lain walaupun relatif lebih jauh. Alasannya kerana tidak mahu menunggu lama di lampu isyarat. Sepatutnya jika sabar menunggu untuk tempoh 2 minit itu, perjalanan yang jauh itu tadi menjadi dekat sahaja. Dalam menghadapi keadaan yang tidak dapat di elakkan ini, keberadaan lampu isyarat sering dipersalahkan dan dilihat menyusahkan walaupun tujuan sebenarnya untuk menyenangkan para pengguna jalanraya. Pemaparan nombor secara " countdown " pada lampu isyarat sekarang pada hemat saya menyentak perasaan tidak sabar pengguna untuk meluru laju bagaikan seorang pelumba yang mahu mencecahkan kaki ke garis penamat dalam lumba lari. Dalam ketergesaan itu, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Misalnya, baru-baru ini di depan mata saya melihat seorang penunggang motosikal terbabas lalu terbaring d tengah jalan...

Celaan

"Celaan itu ubat, pujian itu racun" U sai sahaja perlawanan futsal malam tadi, Haziq menerima pujian bertalu-talu dari rakan -rakannya.Dia memberi kemenangan besar kepada pasukannya. Khabarnya Haziq menyumbat empat gol dan sekali gus muncul sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang pertandingan. Haziq berhak untuk pujian-pujian itu. Cuma saya sedikit gusar dia akan tenggelam dalam sorak sorai pujian itu. Saya mengharapkan akan ada juga suara yang mencelanya namun tidak kedengaran pun. Barangkali ia larut ditelan pujian yang menggegak gempita. Saya tidak memujinya langsung. Dalam hati memuji tetapi tidak saya lafazkan. Sebaliknya saya mencela corak permainannya yang paling teruk pernah saya lihat. Empat gol yang membolosi pintu gol lawan hasil sepakannya bukan kerana dia hebat pun. Dia bernasib baik sebab barisan pertahan lawan dilihat amat lemah selain penjaga gol yang amat tidak bermaya untuk menahan sepakannya yang tidak sekuat mana pun. Saya lihat Haziq agak kecewa...

Kayakah?

K ita bukanlah kaya sebenarnya. Orang kaya merasa dirinya kaya kerana ada orang lain yang kurang kaya daripadanya. Kaya itu relatif. Juga subjektif. Hakikat kaya tidak sama pada semua orang. Ada yang melihat kekayaan itu dengan banyaknya harta yang dilonggokkan. Rumah besar dan kereta besar. Hidup mewah dan apa yang dihajati semua boleh didapati dengan mudah. Wang bukanlah masalah pun pada orang yang dikatakan kaya ini. Namun tidak semua orang melihat kekayaan dalam bentuk begitu. Seorang bapa yang begitu bangga dengan kekayaan yang diraihnya selama ini mahu menunjukkan kepada anak lelaki tunggalnya bahawa mereka cukup kaya berbanding orang lain. Dibawanya anaknya bersiar di dalam kereta mewahnya melalui kawasan kampung. Rata-rata orang-orang kampung ini hidup cuma bergantung kepada tanah pertanian yang di usahakan saban hari. Mencari rezeki untuk hidup di bawah panas matahari. "Tengok betapa kayanya kita kan. Lihat aja rumah mereka yang buruk tu. Motor buruk pun tak ada. Pa...

Paip

U ntuk kesekian kalinya dalam bulan ini bekalan air paip ke rumah tersekat-sekat macam air kencing dan adakalanya terputus terus. Sejak bulan puasa lalu pun selang dua tiga hari paip sering tidak berair. Ia memang menyusahkan lebih-lebih lagi ketika bekalan air amat-amat diperlukan untuk memasak, mandi dan berwuduk. Tidak ada pihak yang lebih berhak untuk dipersalahkan kecuali SAJ. Setelah berulang-ulang kali masalah berlaku, SAJ tidak pernah untuk belajar mengambil tindakan yang benar-benar berkesan. Kebocoran demi kebocoran dikesan berlaku pada paip bawah tanah sepanjang laluan yang sama. Saya mengesan lebih kurang 10 kebocoran berlaku sepanjang laluan yang sama. Dibaiki yang bocor, esok lusa diikuti pula dengan kebocoran yang lain. Dalam perjalanan pulang ke rumah tengahari ini, saya mengesan lelehan air membasahi jalan dan pastinya berlaku lagi kebocoran. Tidak hairanlah awal pagi tadi, titisan air dari paip bagaikan air kencing yang amat menyakitkan hati. Isteri sudah mula mer...

Selera

S aya tidak pernah rasa terpanggil untuk menonton drama-drama di tv yang memenuhi slot drama hampir setiap saluran tv saban hari. Kalau pun menonton saya sangat berkira tentang beberapa perkara. Saya sangat memilih sebenarnya. Saya mahu drama yang saya tonton itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam seusai sahaja menontonnya. Mesej cerita mesti kuat dan jelas. Jalan cerita perlu juga kemas, ketat dan mantap. Bukan longgar ceritanya. Saya juga berkira tentang siapa pengarah dan siapa pelakon. Pada saya, lambakan drama TV tempatan sekarang antara punca mengapa drama kurang mendapat sambutan. Saya ingat ketika tv era hitam putih dulu, kemunculan drama tv dinanti dengan tidak sabar. Sekarang, drama tv sudah tidak menarik perhatian lagi. Orang ramai sudah jelak dengan drama yang  jalan ceritanya  terus-terusan stereotyp e dan hambar. Malam ini, setelah sekian lama tidak terpaku di depan tv melayan drama Melayu, hati saya terbuka kembali untuk menonton drama Melayu hingga...

Raya

P agi ini dalam kelas " Creative Thinking" saya membiarkan sebebasnya pelajar-pelajar saya untuk mengeluarkan buah fikiran mereka apa sahaja tentang hari raya. Hasilnya terpacullah beberapa idea yang bunyinya gila-gila namun tidaklah mustahil untuk diterima malah dipraktikkan. Sambutan hari raya dkatakan semakin berkurang meriahnya berbanding dulu. Khabarnya sambutan raya dulu-dulu lebih berkesan di hati. Amalan kunjung mengunjung dilakukan dengan penuh semangat kekeluargaan. Kalau dalam sebuah kampung, lepas satu rumah, satu rumah akan dikunjung. Tuan rumah tidak perlu fikir sangat tentang duit raya. Kalau pun ada duit raya tidaklah dikisahkan sangat jumlahnya. Ia mungkin 10 sen, 20 sen dan kanak-kanak yang menerimanya tidak juga banyak soal berapa jumlahnya. Kuih-kuih yang pernah popular dahulu kian pupus dan tidak lagi disajikan di meja-meja hidangan. Kuih baulu, kuih ros, penganan atau dodol sangat sukar ditemui sekarang. Ketupat daun kelapa sudah diganti dengan ke...