Antara kolum yang paling menambat hati saya dalam majalah Solusi ialah Angguk Geleng yang memaparkan kisah-kisah walaupun pendek dan santai tetapi ada mesej yang boleh dijadikan renungan. Kisahnya tentang manusia yang pelbagai dalam kehidupan ini. Adakalanya kisah yang disajikan diselit sindiran. Siapa makan cili akan terasalah pedasnya.
Ia kisah Yang Berhormat yang dijemput untuk majlis khatam Quran di salah sebuah sekolah tahfiz di Segamat. Dalam majlis itu dia diperkenalkan kepada beberapa orang pelajar tahfiz. Dalam sesi ramah mesra itu berlakulah sesuatu yang agak melucukan malah memalukan juga. Yang Berhormat ini bertanya kepada seorang pelajar bertubuh kecil. "Nama anak sapa?" "Hafiz" "Anak umur berapa tahun?" "7"tahun" "Sudah hafal berapa juzuk? "30"
Dia terus bertanya lagi soalan yang tidak cerdik ini. "Jadi berapa juzuk lagi hendak hafal tahun ini?"
Pelajar itu keliru dengan soalan yang tidak dijangkanya itu.
Adakalanya berpelajaran tinggi tidak semestinya ilmu agamanya tinggi juga!
Pena Tumpul - Dunia akhirat biar setara

Comments