Skip to main content

Posts

Bah

“ S esungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Allah) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan kiri (kepada mereka dikatakan): “ Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”. Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun-kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka. Dan kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kafir.” (Surah Saba’: 15-17) Air bah yang kini melanda Kelantan dikatakan paling teruk sejak 1967.  Ia dikatakan lebih teruk daripada banjir-banjir sebelumnya. Malah ramai yang tidak menyangka banjir di negeri ini akan seburuk itu.Pahang dan Terengganu j...

Hujan

L angit di Segamat pagi ini tidak  cerah lagi.  Mendung dan sugul. Matahari pun segan-segan untuk memancarkan sinarnya. Hujan sekejap lebat sekejap renyai, berhenti dan hujan lagi. Fenomena biasa hujung tahun. Air sungai semakin menaik malah sudah ada yang melimpah dan memuntah di bahu jalan. Sejuk dan dingin. Petanda bahawa Segamat bakal banjir lagi. Nampaknya Segamat sinonim dengan banjir. Segamat sering dikaitkan dengan banjir besar. Beberapa siri banjir besar terdahulu memberi peringatan dan pengajaran cukup berguna kepada warga Segar Amat ini untuk tidak lalai dan alpa. Saya melihat mereka memang sudah belajar dari pengalaman hitam masa lalu. Lori-lori berisi muatan ulang alik memindah barangan ke tempat yang agak selamat. Khabarnya, pengusaha pasar raya juga sudah mula memindahkan malah mengosongkan sedikit demi sedikit barang jualan. Mereka tidak mahu kerugian lagi. Premis-premis perniagaan juga dilihat meletakkan guni-guni pasir sebagai benteng penahan air di depan...

Bola

S aya ingat-ingat lupa kali terakhir saya duduk depan tv tanpa ganjak menonton perlawanan bola. Yang pasti ia sudah amat lama. Kehebatan penggila bola berjaga sampai pagi menunggu perlawanan bola di tv tentunya amat menghairankan saya. Saya tidak pernah terpanggil pun untuk bersengkang mata duduk berjam-jam depan tv bersorak sorai bagaikan penonton fanatik yang hilang arah. Sekali sekala bertindak bagaikan jurulatih di depan tv. Hebatnya pukauan sebuah bola bulat ini yang dikerutung 22 pemain dan meralibkan jutaan penonton seluruh dunia. Semalam saya kecundang bila turut sama menumpang keghairahan, keseronokan, keterujaan bersama Haziq dan isteri untuk satu perlawanan bola yang dinanti jutaan rakyat Malaysia. Saya mempersendakan Haziq dan mamanya yang sejak beberapa minggu lalu dijangkiti demam bola yang tidak kebah-kebah. Dua jam saya berada dalam kasut peminat bola. Saya rasa apa yang mereka pernah dan sudah lama mereka rasa. Rasa seronok berselang seli rasa tertekan, cemas, deba...

Kembali

S atu demi satu bintang yang pernah menyinar dalam dunia filem negara kembali menemui Penciptanya. Awal pagi ini kita kehilangan sebutir lagi bintang dengan perginya Seniman Mustafa Maarof di usia 79 tahun. Seniman yang bersuara lunak dan lembut dalam filem lakonannya ini adalah sebarisan pelakon era hitam putih yang sangat menarik perhatian saya. Saya tidak dapat menahan rasa sedih bila mendengar berita kematiannya pagi ini. Antara filem lakonan beliau yang sangat memberi kesan ialah watak yang dibawanya sebagai Deli dalam Seri Mersing berganding dengan Nordin Ahmad. Penampilannya dalam Sultan Mahmud mangkat dijulang juga bersama dengan Nordin Ahmad sangat menarik. Kekuatannya terletak pada kelunakan suaranya, lembut namun tegas. Tidak ramai pelakon memiliki suara lunak sepertinya. Lakonannya dalam Naga Tasik Chini juga tidak kurang hebatnya. Saya melihat bintang-bintang era filem hitam putih bagaikan sudah tiada lagi yang tinggal malah boleh dibilang dengan jari. Antara yang ma...

Hilang

S ejak beberapa hari minggu kebelakangan kecenderungan untuk menulis walau pun sebaris dua di blog ini dirasa amat sukar dan berat sekali. Banyaknya yang ingin dicoretkan namun saya dibelenggu rasa yang sukar untuk dijelaskan. Saya tidak tahu entah di mana tersangkutnya semangat yang dulu. Rasa malas. Lesu dan tidak bermaya. Ranap dan punah. Kosong dan hambar. Pelbagai.  Menujah rasa dan membelasah minda. Sama ada saya kehilangan sesuatu atau sedang mencari sesuatu, itu tidak pasti. Pena Tumpul -  Hanya Jauhari yang mengenal manikam

Jujur

S ikap jujur dalam tindakan dan usaha merupakan sikap yang amat bermakna. Kejujuran memberikan kekuatan biar pun memberi kesusahan kepada diri sendiri. Kisah seorang kanak-kanak ini yang dipanggil Denkoyang terpilih untuk menjadi pengganti maharaja  boleh membuatkan kita berfikir betapa pentingnya kejujuran. Ceritanya begini. Seorang maharaja di negara sebelah Timur semakin meningkat umur dan sudah sampai masanya untuk memilih pengganti yang layak bagi memerintah kerajaannya. Baginda membuat keputusan untuk membuka pencalonan kepada rakyatnya di seluruh negara dan tidak mempedulikan penolong atau anak-anaknya sendiri. Maharaja ini mahu melakukan sesuatu yang berbeza! Pada suatu hari, baginda memanggil anak-anak muda yang pintar, cerdas dan terpilih datang ke taman istana kerana mahu melihat bakal-bakal pewaris takhta. Katanya,“ Sudah sampai masanya beta turun dari takhta dan memilih maharaja yang baru. Beta telah merancang untuk memilih salah seorang daripada kamu yang...

Ragam

D i luar lingkaran bilik kuliah, banyak yang saya tidak tahu tentang pelajar. Umumnya, pengetahuan saya tentang pelajar berlegar dalam konteks yang terlepas dari daerah peribadi. Saya perlu sangat peduli tentang kehadiran pelajar ke kelas selain memastikan segala tugasan yang diberi dilunaskan. Selebihnya mengharapkan ilmu yang dititis sempurna tercerna dan akhirnya dimanifestasi cemerlang di slip keputusan peperiksaan. Itu sahaja. Saya tidak pernah dijolok minat untuk mengetahui lebih daripada itu apatah lagi yang menyangkut peribadi.Saya tidak perlu untuk peduli dan endah pun. Namun hari ini menyaksikan saya berdepan dengan dua orang pelajar yang menemui saya bercakap tentang peribadi selain seorang lagi yang meninggalkan saya dalam keraguan dan persoalan yang tidak terjawab sampai kini. Seorang pelajar ini marayu-rayu meminta belas diberi lebih masa untuk menyiapkan tugasannya. Dia mempersembahkan bahan bukti yang cukup bodoh dan membodohkan. Surat yang menerangkan masalah yang d...

Klang

S aya selalu percaya pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terhad dalam lingkungan bilik kuliah semata-mata. Sesekali para pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk mengembangkan sayapnya dan meluaskan pandangannya. Sekaligus menterjemahkan apa yang diperoleh dalam kelas dalam bentuk amalan dan tindakan di lapangan. Saya berkesempatan turun padang bersama lebih 100 orang pelajar menawarkan khidmat tenaga secara sukarela di Majlis Perbandaran Klang (MPK). Aktiviti yang dilakukan memang menyeronokkan. Kami sama-sama menanam bunga di Pengkalan Batu selain daripada mengecat gerai-gerai yang disewakan oleh MPK. Saya lihat ada juga yang kekok memegang cangkul. Malah tidak tahu buat batas juga. Ini tidaklah menghairankan sangat kerana remaja kini bukan macam zaman remaja kita. Mereka mungkin tidak pernah ada peluang untuk "menanam" di laman rumah. Barangkali tiada laman atau semuanya dilakukan oleh tukang kebun. Mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka lahir ketika akt...

Soalan

S aya ingin berkongsi anekdot yang sangat menarik ini yang saya petik dari sebuah majalah.Ia tentang soalan yang diajukan kepada seorang ulamak berkaitan iman. Soalan ini benar-benar mencabar minda dan bukan calang-calang hendak diberikan jawapannya. Dalam satu majlis ilmu,ada yang bertanya soalan kepada seorang ulamak, "Kalau Allah Maha Pencipta,mampukah Allah mencipta satu batu yang Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?" Ulamak hebat ini sangat bijak menjawab dengan bertanya semula kepada orang yang bertanya soalan tadi," John seorang lelaki. Dia melahirkan seorang anak. Anaknya lelaki atau perempuan?" " Err.,lelaki", jawab si penanya dengan ragu-ragu. Ulamak itu membalas jawapan penanya itu, "Hei, ini John yang melahirkan! Dia lelaki. Jadi anaknya lelaki atau perempuan?"  "Err..perempuan, " jawab sipenanya masih keliru.  Semua yang hadir ketawa. Ulamak ini menempelak sipenanya itu, "John seorang lelaki,dia tidak mela...

Singki

S aya selalunya tidak dapat bertahan lama setiap kali melihat singki yang penuh dengan pinggan mangkuk yang tersadai minta dibasuh. Lantas, selalunya juga saya tidak akan menunggu orang lain untuk menyelesaikannya. Saya percaya semua orang baik lelaki atau pun perempuan suka apabila melihat singki dapurnya kosong sewaktu mereka masuk ke dapur. Singki yang penuh dengan pinggan, mangkuk yang belum dicuci memb uatkan sehabagian besar daripada kita tertekan kerana ia memang menyemakkan mata yang memandang. Memandang singki yang kosong memang sangat menenangkan. Begitu juga rumah yang hanya, ada barangan keperluan untuk hidup membuatkan kita juga tenang dan tidak berserabut fikiran. Sebenarnya banyak barangan yang menambah stres yang sudah berjaya memasuki ke dalam rumah kita gara-gara sudah dikuasai sindrom takut nanti apa orang lain kata. Barangan hiasan, almari pinggan mangkuk di ruang tamu, hiasan dalam bilik dan barangan yang tidak perlu di dapur adalah kos-kos yang mem...

Jawapan

Kenapa cat biru? Kenapa tidak warna lain? K ita pastinya sering tertanya mengapa terjadi itu dan ini. Kenapa juga sesuatu itu begitu dan tidak begini. Kenapa ada orang yang senang dan ada juga yang susah. Kita tidak perlu pergi jauh untuk menjawab segala persoalan yang bermain di kepala itu sebenarnya. Baca tafsir AlQuran dan di dalamnya Allah sudah siapkan jawapan untuk kita. Allah telah menyediakan jawapan-jawapan itu sejak 1400 tahun yang lalu lagi kerana    Maha Mengetahui perangai hambaNya yang suka bertanya soalan yang sama. Antara soalan-soalan yang selalu sangat kita tanya ialah soalan-soalan di bawah ini.  S oalan 1: Kenapa Aku Diuji? Al Quran Menjawab : " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-or...

Gagap

L awak pendek namun tersirat pengajaran singgah di kantong  e-mail saya pagi ini. Cukup menarik untuk dikongsikan. Bahawa apa pun kekurangan yang kita miliki sebenarnya ia adalah kelebihan dan kekuatan, bergantung bagaimana kita memanipulasinya. Satu hari ada seorang lelaki gagap memohon jawatan menjadi jurujual buku… “ Pa..pa…g.gi..en..en..cik ” “Ya encik? Ada apa?” “S..ss..saya….mmm..mmmahu mminnn takkk..kerrr..ja..ja..ja..watan jjjjjjuru jjjjual ennn..en..cik k,” “ Yang normal, handsome dan cantik pun susah nak menjualnya..Awak yakin boleh jadi jurujual??” “ Bbb..bb.boleh ennn..cikk ,” jawabnya penuh yakin. Dia berjaya memperolehi jawatan itu. Esoknya, belum sampai setengah hari, dia berjaya menjual 10 buku. Petang dibekalkan 20 buah buku,pun habis terjual semuanya.Begitulah seterusnya sampai buku tersebut laris dijual bagai goreng pisang panas. Pada malam penyampaian anugerah,lelaki gagap tadi mendedahkan rahsia kejayaannya menjual buku. “BiiaaSs…ssa jjjer,...

Malaikat

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik " S ebuah kisah yang amat menyentuh rasa singgah di kantung e-mail saya hari ini. Saya melihat ia cukup menarik untuk dikongsi dan dijadikan iktibar. Kisah ini mungkin berlaku dalam perjalanan hidup kita namun tanpa sedar kita mungkin tidak mengendahkannya. J umaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?...

Bocor

Cuti hujung minggu yang pada perancangannya untuk dimanafaatkan bagi menanda kertas jawapan peperiksaan dan membersihkan kawasan rumah dipinggirkan buat sementara apabila teringat permintaan emak yang telah acapkali menyuruh saya membaiki atap rumah yang bocor. Tuntutan untuk membaikinya lebih mendesak berikutan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini ditambah lagi dengan hujan lebat yang mencurah-curah. Dengan berbekalkan semangat suka melakukan sendiri saya menaiki atap rumah dan menghabiskan masa lebih kurang dua jam menampal dan meggantikan paku yang sudah longgar. Berpeluh juga duduk di atas atap lebih-lebih lagi melakukannya ketika cuaca panas terik. Namun keringat dan tenaga yang keluar berbaloi juga kerana selepas itu emak menyediakan sajian kegemaran saya iaitu rojak. Saya berbesar hati dapat memenuhi permintaan emak pada hari ini. Pada saya, selagi kita boleh melakukannya sendiri, tidak perlulah kita mengupah orang untuk melakukannya kerana upahnya tentunya buka...

Photoshop

H idung kemek boleh dijadikan mancung. Bibir pucat boleh diserikan. Muka yang kasar menggerutu boleh bertukar licin. Pendek kata wajah yang tidak nampak cantik dan tidak menarik boleh sahaja ditransformasikan untuk menjadi lebih cantik. Segalanya mungkin dengan bantuan perisian canggih dalam dunia teknologi digital kini. Saya mengikuti bengkel sehari Photoshop hari ini dan didedahkan dengan teknik memanipulasikan gambar ini. Teknik " super-impose" menarik perhatian ramai peserta. Biasa kita lihat dan dengar bagaimana ramai yang menjadi mangsa apabila gambar mereka dieksploitasikan untuk tujuan tertentu melalui kaedah ini. Muka orang lain ditepekkan pada tubuh orang lain. Tanpa penilitian yang rapi dan kemahiran dalam perisian ini, gambar yang dihasilkan tidak nampak celanya pun. Di sinilah kita menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab. Justeru kita perlu berhati-hati bila memuat naik gambar milik kita di mana-mana laman sosial yang makin ramai pengikutnya sekaran...

Tanyalah

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu untuk bermain –main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ,maka maha suci ALLAH raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia” - (Surah AlMukminun : 115-116) P etikan ayat suci Alquran ini diungkapkan oleh Ustaz Abu Hasan Din lewat program interaktif "Tanyalah Ustaz" di TV9 awal pagi ini. Beliau berbicara tentang solat dan sekali gus melayan pelbagai permasalahan bersangkutan dengan ibadat paling penting ini. Yang samar-samar menjadi jelas, yang ragu dan keliru tidak lagi bercelaru hasil huraian hebat Ustaz Abu Hasan. Saya kira program ini amat bermanafaat untuk dilepaskan begitu sahaja. Selama sejam tanpa ganjak di depan tv saya sempat menghadam kupasan menarik tentang kepentingan solat. Tentang mereka yang dianugerah nikmat kesenangan oleh Allah namun enggan mengucapkan rasa syukur dengan mengingkari perintah supaya bersolat. Sengaja Allah...

Derhaka

S aya tidak menyangka Haziq akan bertanya soalan begini kepada saya seusai sahaja solat Maghrib di masjid Gudang Garam tadi. " Ayah, Haziq tengok ada orang tu tidak pernah sembahyang pun, solat Jumaat tidak pernah tapi hidup dia senang pun. Pakai kereta mewah. Ada orang yang lain pulak, sembahyang tidak tinggal, suka tolong orang tapi tengok pakai basikal buruk aja. Tuhan tidak adil kan" Saya cepat meningkah. Saya katakan kepadanya tidak timbul isu Tuhan itu adil atau tidak pada hambanya. Tidak wajar baginya untuk membuat telahan begitu. Saya faham Haziq bukan cukup arif untuk melihat di sebalik apa yang terpampang di depan matanya. Sebelum ini saya pun tercari-cari jawapan kepada apa yang kita sering lihat ini . Ia tinggal tidak berjawab pun sehinggalah seorang Ustaz yang tidak lokek ilmu ini membicarakannya tidak berapa lama dahulu. Kata Ustaz ini, Allah menganugerahkan kelebihan dan keistemewaan kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti yang dikehendakinya. Ada...

Buruk

S eorang peraih barang-barang buruk berhenti di depan rumah bertanyakan jika ada barang buruk yang boleh dijual. Sasaran utamanya ialah besi buruk walaupun dia juga mencari plastik buruk. Pucuk dicita ulam mendatang. Besi buruk memang sudah lama terdampar di belakang rumah. Di guna tidak boleh, hendak dibuang sayang pula. Akhirnya, nasib besi buruk yang tidak menentu terbela juga di tangan peraih besi buruk. Haziq paling gembira kerana hasil jualan barangan buruk ini milik dia sepenuhnya. Dia ingin menambah sesuatu pada motornya. Tidak sangka barangan buruk pun masih lagi bernilai rupa di mata orang lain. Buruk pada kita tidak semestinya pada orang lain. Hodoh di mata kita tetapi mungkin sangat cantik di mata orang lain pula. Kain buruk pun masih ada nilainya, sekurang-kurangnya buat mengesat air mata. Pena Tumpul - Biar buruk dipandang mata, hati yang suci menjadi sanjungan

Hipokrit

" B aiknya budak ni, sesuai benar dijadikan menantu", kata Pak Lurah yang cukup tertawan dengan anak muda yang berkunjung ke rumahnya hari raya lepas. Huluran salamya tersusun rapi penuh beradab.Mudahnya terpesona tanpa disedari pun oleh Pak Lurah itu cuma sekadar lakonan paling hebat Mantoba untuk memikat anak gadisnya. Si kucing biang sedang berlagak alim rupanya! Rasulullah saw bersabda : "Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas " [Hadith Sahih Riwayat Muslim] Sifat munafik ini boleh sahaja dikaitkan dengan sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau b...

Sayu

E mak menyatakan rasa sedih dan sayunya sebaik sahaja kami selesai berbuka puasa malam tadi. Kesedihan emak bersebab kerana Ramadan semakin hampir untuk berlalu dan mengucapkan selamat tinggal. Hari-hari yang berbaki untuk berpuasa semakin menguncup. Tetamu yang mulia ini akan pergi dan pasti akan kembali lagi. Setiap kali Ramadan berarak pergi, setiap kali itulah emak begitu sejak beberapa Ramadan yang lalu. Emak kata, arwah ayah yang sudah 10 tahun meninggalkan kami juga selalu sedih begitu setiap kali Ramadan berada di penghujungnya. Emak tidak keseorangan sebenarnya.Saya juga berkongsi rasa dengan emak. Malah sesiapa pun yang merasai kelazatan berpuasa akan berasa sayu begitu. Seperti kata Ustaz, kalau terbit rasa sayu bukan kepalang untuk berpisah dengan Ramadan itu tanda peningkatan iman berlaku dalam diri. Seperti seorang kekasih, Ramadan memang selalu diharap-harap kedatangannya. Rasanya tak ingin berpisah sekalipun cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan ...