Semalam saya digemparkan dengan berita yang amat tidak dienak untuk diketahui malah wajar dikongsi bersama sebagai iktibar. Saya mendapat berita ini dari adik ipar saya seorang Pembantu Perubatan di Dewan Bedah Hospital Segamat. Dia terkejut bila mendapat tahu salah seorang saudara rapatnya berusia sekitar 40an menjadi suami kepada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan semalam. Sepanjang pengetahuannya, saudaranya tidak pernah memiliki isteri lain kecuali isteri yang telah dinikahinya sejak 15 tahun yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang anak perempuan seusia perkahwinannya. Semua terkejut, termasuk Wati, emak, Ani dan Kak Long yang duduk di JB. Namun malang bagi sang suami kerana menurut laporan doktor sang ibu yang berusia 35 tahun ini disahkan HIV positif sejak 2004 yang lalu. Khabarnya sang suami agak berang kerana tidak diberitahu oleh perempuan ini tentang keadaannya itu. Yang menjadi kebimbangan kami semua ialah betapa nasib yang bakal dihadapi oleh si isteri pertama akibat hubungan suaminya dengan perempuan malang itu. Tempiasnya sudah pasti dirasa. Nauzubillahi min zalik. Inilah akibatnya kalau peraturan dikesampingkan. Tidak salah untuk berkahwin dua atau pun berpoligami namun biarlah kena pada caranya dan mengikut saluran dan lunas yang betul. Poligami bukan sekadar memenuhi runtunan nafsu semata-mata tetapi perlu seiring dengan galasan tanggungjawab zahir dan batin yang cukup berat. Sebab itulah Islam menganjurkan supaya cukup dengan satu, kecuali kita boleh berlaku adil kepada isteri-isteri yang kita nikahi Adilkah si suami sekiraya isteri pertama dibiarkan merencana dan menanggung hidup keluarga dan anak-anak malah sehingga menagih belas ihsan ibunya sendiri untuk sesuatu yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suaminya untuk menyediakannya! Kesian si ibu yang terpaksa mengorbankan hasratnya untuk menjadi tetamu Allah hanya kerana simpati dengan rengekan anaknya yang masih lagi punya suami.
Pena Tumpul - Ukur baju di badan sendiri
Pena Tumpul - Ukur baju di badan sendiri
Comments