Skip to main content

Rendam

Kembali ke alam semula jadi, itulah yang giat dipraktikkan orang masa kini termasuk dalam dunia perubatan dan rawatan kecantikan. Penggunaan hormon dan bahan kimia sintatik yang nyata memberi kesan sampingan, membuatkan pengguna beralih kepada kaedah tradisional menggunakan ikan.

Garra rufa, mungkin satu nama baru di negara kita tetapi tidak di Asia Barat, Korea Selatan dan Jepun. Malah terapi ikan kecil ini yang digelar ‘ikan doktor’ dan ‘ikan spa’ dikatakan pernah digunakan untuk rawatan kecantikan pada zaman Firaun.

Menurut Aman
yang teruja untuk mencuba kaedah ini gigitan ratusan ikan kecil garra rufa yang mengerumuni kedua-dua belah kakinya untuk memakan sel kulit mati pada mulanya memang menggelikan, namun lama kelamaan ia menyeronokkan. Hanya dengan meletakkan kaki ke dalam kolam dengan bayaran RM10 untuk 15 minit ratusan garra rufa akan menghurung untuk memberikan ‘perkhidmatan’. Emak
Ani, dan Utih juga tidak melepaskan peluang membiarkan kaki digigit oleh ikan-ikan doktor ini bila kami singgah membeli belah di pasaraya Giant Batu Caves petang ini.

Garra rufa asli yang diimport dari Turki, Syria, Iraq dan Iran.Garra rufa ini adalah yang asli walaupun ia juga boleh didapati di kawasan lain. Ikan ini tidak sekadar menggigit sebaliknya turut melepaskan enzim tertentu pada kulit menjadikan kulit kita halus sekiranya terapi dilakukan berulang kali. Ia juga dikatakan berupaya merawat masalah kulit tertentu seperti psoriasis dan dermatitis.

Untuk membezakan antara ikan asli dan bukan adalah cukup mudah kerana apabila anda mengangkat kaki, ikan berkenaan seakan-akan ingin mengikut anda.

Pena Tumpul - Susah untuk percaya

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...