Kata pepatah, untung batu tenggelam; untung sabut timbul. Nampaknya Wati melontar sabut ke air kerana dia beruntung dan ada sebab yang cukup kuat untuk bergembira. Cubaannya menulis surat memohon sumbangan sebuah komputer riba daripada ADUN Kemelah ternyata berganjar. Dia sendiri tidak pernah terfikir bakal mendapat reaksi yang paling positif daripada YB Encik Ayub Rahmat; justeru pada dasarnya dia bukan di dalam kawasan ADUN Kemelah sebaliknya di dalam DUN Pemanis. Namun kata orang rezeki jangan ditolak. Tengahari ini saya menemaninya ke kedai komputer di Taman Yayasan untuk mengambil sebuah komputer riba jenama Compaq yang berharga sekitar RM2,000. Senyum meleret dia. Mudahlah baginya nanti untuk menyiapkan kerja-kerja pentadbiran sekolah yang semakin bertambah sekarang.
Pena Tumpul - Komputer riba tidak lagi semahal dulu
Pena Tumpul - Komputer riba tidak lagi semahal dulu
Comments