Saya ketawa sendirian kerana PM. Untuk kesekian kalinya nama saya tertera di layar projektor dalam kelas sebagai PM. Bukan sekali, bukan juga dua kali malah sudah acap kali. Didorong rasa malu dan bersalah, saya cepat membetulkan kesilapan yang saya kira tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar terbabit. Gelaran PM bukanlah semudah itu untuk diraih lebih-lebih lagi oleh individu seperti saya.Saya amat sedar banyak lagi yang perlu saya lalui sebelum dianugerahkan gelaran yang dikira paling berprestij bagi seorang akademia.Bukanlah mudah untuk menggalas tanggungjawab seorang PM. Gelaran PM membawa bersamanya peranan yang bukan sedikit dalam memertabatkan dan memberi makna kepada gelaran itu sendiri. Kalau tidak, akan timbullah gelaran PM kangkung pada akhirnya nanti!
Pena Tumpul - Ukur baju di badan sendiri
Pena Tumpul - Ukur baju di badan sendiri
Comments