Skip to main content

Drama

MENONTON drama TV tempatan tidak mungkin menjanjikan sebarang kepuasan apa lagi keseronokan. Sesekali berkesempatan mencelah bersama-sama keluarga di depan TV, saya hairan kenapa mutu drama yang dihasilkan masih lagi ditakuk lama. Ceritanya masih berkisar tentang cinta, hasad dengki, pergaduhan keluarga kerana berebutkan harta, - pendeknya berlandaskan pada persoalan yang amat remeh sifatnya. Tidak ada langsung cubaan untuk menjengah dan mengupas isu-isu yang lebih global dan mencabar minda penonton.

Saya sendiri tidak pernah rasa terpanggil untuk menonton sehingga habis drama yang disiarkan - justeru penghujungnya memang sudah bisa dijangkakan. Malah kanak-kanak pun didapati lebih terpegun dengan cerita katun dan drama serta filem yang didatangkan dari Barat daripada menonton drama buatan tempatan. Drama TV tempatan sebenarnya gagal menarik hati sebahagian besar penonton lantaran jalan ceritanya yang terus-terusan stereotype dan hambar.

Tidak diketahui entah apa agaknya puncanya setelah sekian lama, pembikin drama tempatan masih lagi dibelenggu dalam kepompong pemikiran yang begitu dangkal dan cetek serta tidak kreatif.

Cerita yang disajikan bukan sahaja tidak mendidik penonton malah tidak langsung mencerminkan cara dan budaya hidup orang Melayu sebenarnya. Orang Melayu terus dipaparkan sebagai mereka yang tebal dengan sifat hasad dengki, tidak berdaya saing, suka membuang masa dan amat suka kepada hiburan. Saban hari bentuk dan jalan cerita yang sama disogokkan kepada para penonton. Akhirnya menonton drama tv menjadi satu perkara yang memualkan dan meloyakan. Tambah mendugalkan apabila bahasa yang dituturkan bagaikan sekerat ular sekerat belut (meminjam ungkapan Dr Rais Yatim). Penggunaan Bahasa Inggeris digunakan secara wewenang sehingga menggugat kemurnian Bahasa Melayu. Kalau begitulah realitinya yang berlaku dalam dunia korporat di luar, tanggungjawab media bukanlah untuk terheret sama dengan amalan berbahasa rojak begini. Bahasa Melayu bukanlah tidak cukup kuat untuk dituturkan oleh warga korporat. Namun atas alasan untuk kelihatan lebih bergaya, Bahasa Melayu sanggup dikorbankan.


Pena Tumpul- Peminat cerita Mat Sentol

Comments

Anonymous said…
nak buat macamana...kalau dah perkara itu yang banyak berlaku dalam masyarakat...walaupun telah banyak kali di berikan peringatan tapi tu juga yang manusia suka lakukan...
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
Drama Melayu memang membosankan.
Anonymous said…
Drama Melayu membosankan

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d...

Mirip

Panas? Gambar hiasan sahaja. B iasa sangat kita dengar orang kata kalau anak perempuan mirip rupa ayah, sejuk. Apa yang sejuk itulah yang sampai kini saya kurang pasti jawapannya. Barangkali rumahtangga yang sejuk. Rumahtangga ayah dan ibu akan sentiasa aman bahagia tanpa sengketa mungkin. Dan, kalau anak lelaki mirip wajah ibunya, dikatakan juga rumahtangga yang dibina akan turut sejuk. Sebaliknya kalau anak perempuan mewarisi wajah ibu dan anak lelaki mirip paras bapanya berkemungkinan rumah tangga akan panas. Akan selalu berlaku sengketa. Sejauh mana benarkah kenyataan yang tiada data-data empirikal ini? Cakap-cakap kosong ini cuma disebarkan dari mulut orang-orang tua dahulu dan ia terus tersebar dari satu generasi ke satu generasi dan tidak sangat perlu untuk dipercayai pun. Saya melihat kesejahteraan sesebuah bahtera rumah tangga banyak bergantung kepada bagaimana ia dikemudi oleh nakhodanya berpandukan kompas iman dan diterima dengan senang hati oleh ahli-ahli bahteranya. Itu...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...