Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Kucing

B anyak orang yang tidak pernah puas dengan apa yang telah mereka dapat. Seringkali kita tidak menghargai orang bawahan kita yang telah bekerja dengan setia selama bertahun-tahun. Kita selalu menonjolkan kesalahan dan kelemahan sehingga menenggelamkan kelebihan dan jasa yang telah diberikan. Sebuah kesah pendek dibawah yang saya kutip dari sebuah buku yang sedang seronok saya baca rasanya cukup elok untuk dikongsi. Seorang penjual daging hampir hendak menutup kedainya apabila ia dikejutkan dengan kehadiran eekor kucing. Ia mengusir kucing itu, tetapi kucing itu kembali lagi. Maka, ia menghampiri kucing itu dan melihat ada suatu catatan di mulut kucing itu. Ia mengambil catatan itu dan membacanya, " Tolong sediakan 12 sosej. Wangnya ada di mulut kucing ini." Si penjual daging melihat ke mulut kucing itu dan ternyata ada wang seperti yang dinyatakan. Segera ia mengambil wang itu, kemudian ia memasukkan sosej ke dalam plastik dan diletakkan kembali di mulut kucing itu. Dia b

Batu

Z aman dahulu kala,tersebutlah seorang Raja, yang menempatkan sebuah batu besar di tengah-tengah jalan. Raja tersebut kemudian bersembunyi, memerhatikan jika ada sesiapa yang melalui jalan itu cuba mengalihkan batu tersebut. Raja melihat ada yang sekadar berjalan melingkari batu besar tersebut. Tidak kurang juga yang kedengaran memaki hamun raja berkenaan kerana tidak membersihkan jalan dari rintangan. Namun tidak ada seorang pun yang kelihatan berusaha untuk menyingkirkan batu itu. Kemudian lalulah seorang petani, yang sarat dengan muatan bakul yang dijunjung di atas kepalanya. Ketika menghampiri batu tersebut, petani itu kemudian meletakkan dahulu bebannya, dan berusaha keras memindahkan batu itu ke pinggir jalan. Tanpa rasa putus asa pun, akhirnya ia berhasil menyingkirkan batu besar itu. Ketika si petani ingin mengangkat kembali bakulnya, ternyata ditempat batu tadi ada kantung yang berisi banyak wang emas dan surat tulisan raja. Surat itu menjelaskan bahawa emas ini hanya untuk

Jiwa

M anusia dikatakan memiliki tujuh dimensi jiwa iaitu jiwa mineral, jiwa tumbuhan, jiwa haiwan, jiwa peribadi, jiwa insan, jiwa rahsia dan jiwa maha rahsia. Menurut ahli psikologi agama, sebahagian besar manusia nampak seperti manusia tetapi di dalamnya mereka seperti sebuah ladang ternakan haiwan. Dorongan jiwa hawan dalam diri manusia begitu kompleks sifatnya. Semakin besar dan melampau dorongan ini,kita semua semakin buta mencari penyelesaian dan kita semakin bersikap seperti haiwan daripada manusia cerdas yang berperilaku atas penilaian baik bertujuan mulia. Robert Frager, pengikut tarikat Halvetti-Jerrahi menceritakan sebuah kisah menarik mengenai jiwa haiwan yang berbahaya apabila berfungsi tanpa kecerdasan. Saya angkat sepenuhnya kisah tersebut untuk renungan bersama. S eorang pemburu terjumpa dengan seekor beruang yang menderita kerana terkena duri besar. Pemburu mencabut duri tersebut dan sebagai tanda terima kasih membawakan madu dan buahan untuknya. Ini dilakukannya setiap ha

Geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

S eorang suri rumah yang saya kunjungi selepas tiga hari memiliki penapis air Bio Aura memaculkan perkataan "geli" sebaik-baik sahaja saya tunjukkan tabung penapis air kepadanya. Begitulah sifat lahiriah air yang diteguknya sekeluarga bertahun-tahun. Bagaikan air limbah, berlumpur dan berlendir yang terperangkap lekat di penapis. Air yang nampak jernih dimata kasar rupa-rupanya amat kotor dan menjijikkan setelah melalui proses penapisan yang ketat. Segala yang kotor akan tertinggal membiarkan cuma air yang cukup bersih untuk diminum. Dia sempat berkata, kalaulah saya memiliki Bio Aura lama dulu...alangkah baiknya. Dia belum terlambat dalam membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya dan ahli keluarganya. Namun, tidak semua berfikiran, mengambil keputusan dan bertindak secara positif seperti suri rumah tersebut. Kalau ada pun kesedaran tentang keperluan air bersih, tidak pula sampai teruja untuk memiliki satu sistem penapisan air yang baik dan benar-benar dapat diharapkan. Seb

Menu

S ejurus selepas selesainya majlis ringkas pernikahan anak saudara dan pasangannya lewat pagi ini, saya dan rombongan meninggalkan Masjid AlMizan Kempas untuk makan tengahari di sebuah restoren di Tampoi. Pertama kali ke restoren yang dikenali sebagai "Restoren Macam-Macam Ada". Hidangan nasi beriani yang amat sedap dan menyelerakan. Begitu sedap dan lazat sehingga terbit keinginan untuk menambah sepinggan lagi tetapi terpaksa mengunci hasrat justeru tidak kelihatan seorang pun yang berbuat begitu, malu juga. Dalam keenakan menjamu selera, mata tertarik kepada menu yang terpampang hijau dan jelas. Dalam pelbagai jenis nasi yang ditawarkan, terselit menu nasi kedekut. Dengan harga RM2.00 saya dapat menjangka nasi ini khas untuk mereka yang sakit poket atau yang begitu berkira-kira dalam berbelanja. Kreatif juga pemilik restoren ini, sesuai benar dengan nama restoren itu sendiri yang macam-macam ada! Pena Tumpul - Teringat sedapnya nasi lenyek yang emak buat masa kecil-kecil

Water

A physicist, biologist and a chemist were going to the ocean for the first time. The physicist saw the ocean and was fascinated by the waves. He said he wanted to do some research on the fluid dynamics of the waves and walked into the ocean. Obviously he was drowned and never returned. The biologist said he wanted to do research on the flora and fauna inside the ocean and walked inside the ocean. He too, never returned. The chemist waited for a long time and afterwards, wrote the observation, "The physicist and the biologist are soluble in ocean water".

Habis

M alam tadi saya menemani isteri kerumah Mak Munah untuk memasang unit terakhir penapis air. Satu pencapaian yang diluar jangkaan dalam masa tidak sampai pun sebulan. Di samping menjual, saya dan isteri ingin melihat mereka yang kian celik dan sedar tentang "kotor"nya air yang masuk ke rumah tidak dinafikan keinginan mereka untuk menikmati air bersih. Ramai yang ingin memiliki namun hasrat terbantut oleh harga penapis air yang agak tinggi. Kalau hendak difikirkan berapalah sangat RM2000 untuk dibandingkan dengan nikmat kesihatan yang tidak ternilai oleh wang ringgit. Kami memudahkan mereka dengan pembayaran ansuran sekadar RM100 sebulan. Malah ada yang berkemampuan untuk RM50 tidak juga kami hampakan hasrat mereka. Kami sedar pada akhirnya dengan sejumlah modal yang pernah kami laburkan dulu, kami hanya akan menuai hasilnya tanpa sebarang keuntungan pun dalam tempoh 21 bulan dari sekarang! Kalau begitu keadaannya, kenapa saya dan isteri perlu menjadi begitu bodoh untuk menceb

Keretapi

B erkunjung ke rumah Ustaz Saidin lewat petang semalam sambil menemankan isteri bersama Cikgu Wan untuk memasang penapis air yang diminta oleh isterinya. Walaupun pertemuan agak singkat sempat juga saya mengutip ilmu daripada Ustaz yang sebenarnya tidak asing di kalangan warga tempatan ini. Beliau sering diundang untuk majlis-majlis ilmu dan juga kuliah subuh di masjid dan surau dan ketika mengunjunginya beliau sedang bersiap untuk keluar bagi ceramah Israk Mikraj. "Hidup ini bagaikan perjalanan sebuah keretapi" katanya. Tanpa landasan keretapi akan mudah sahaja tergelincir dan begitulah juga hidup ini tanpa landasan iman yang kukuh dan pedoman AlQuran dan Sunnah. Gerabak-gerabak itu bagaikan jasmani dan rohani yang mengangkut dosa dan pahala bercampur baur. Sejurus keretapi bergerak meninggalkan stesyen ia bagaikan seorang bayi yang baru keluar dari perut ibunya, mendaki usia sebelum membawanya semakin hampir dan hampir menuju destinasi akhirat yang abadi. Beruntunglah

Suara

K ekayaan tidak dapat diraih dalam sekelip mata. Kalau demikian mudahnya untuk menjadi kaya, rasanya ramai yang berebut-rebut untuk kaya. Kekayaan terbit dari kerja keras dan semangat yang tidak pernah luntur, malah sentiasa membakar dan membara. Justeru sukarnya untuk kaya, ramai yang tumpas ditengah jalan akibat tidak mampu melawan pelbagai bentuk cabaran yang datang dari segenap sudut. Suara-suara negatif yang membunuh kecekalan dan keazaman untuk terus berjuang berselang seli dengan hamburan kata-kata positif yang membina keyakinan untuk terus berjuang dan menggapai impian. Saya kagum dengan semangat kental dan daya juang yang dimiliki oleh seorang isteri saya. Apabila saya bersetuju untuk menyuntik sejumlah RM20,800 bagi beliau memulakan bisnes penapis air dulu,dia telah bertekad untuk tidak patah semangat walau apa pun cabaran yang bakal menerjah. Dia sedang membuktikannya. Suara-suara meluntur semangat dia benamkan sedalam-dalamnya. Kata-kata yang memperlekehkan bisnes MLM yang

Gudang Garam

K awan yang baru saya kenali dalam bisnes Hai-O, Uncle Khalid datang dari Kuantan bersama isteri Aunty Rokiah untuk pertama kali ke Gudang Garam. Saya dan isteri mengundang beliau ke rumah dan sekaligus ke dua buah rumah berhampiran untuk pemasangan penapis air Bio Aura. Beliau berseloroh dengan nama kampung Gudang Garam yang selalu dikaitkan dengan satu jenama rokok kretek. Sesiapa pun akan berkata begitu untuk pertama kali diperkenalkan dengan kampung ini. Malah saya pun pernah begitu dulu. Memang melucukan tentang nama kampung yang telah saya kenali 25 tahun yang lalu ini. Pada mulanya saya tidak pernah tahu akan kedudukan kampung yang sebenarnya cuma kira-kira 5 km sahaja ke bandar Segamat. Sejak mengenali isteri saya, nama kampung ini tidak lagi pelik dan luar biasa. Berdasarkan maklumat lisan daripada penduduk yang dikira paling tua di kampung ini, Encik Ayub Lamin, 85 tahun, kampung ini mendapat nama ekoran daripada peristiwa aneh dua ekor kerbau yang dilihat begitu asyik menjil

Tambang

T ambang pengangkutan awam akan naik mula Ogos ini. Bagi pengguna yang bergantung sepenuhnya kepada bas dan teksi, kenaikan ini pastinya membebankan dan mengecilkan pendapatan bolehguna mereka. Keadaan lebih memeritkan bagi mereka yang menghuni kota-kota besar seperti KL justeru inilah satu-satunya perkhidmatan yang tinggal untuk dipilih selain daripada menggunakan kenderaan sendiri dalam mengharungi kesesakan jalan raya yang tidak pernah selesai. Saya sendiri sejak sekian lama tidak menggunakan bas dan teksi sebagai pilihan utama untuk kemana-mana destinasi kecuali benar-benar perlu. Sesekali ingin bersantai sebagai penumpang untuk perjalanan yang agak jauh barulah bas dijadikan sasaran. Justeru itu, saya tidak pernah merasakan kesukaran yang dialami oleh pengguna pengangkutan awam ini saban hari. Di Segamat, sejak puluhan tahun yang lalu, perkhidmatan pengangkutan awam tidak banyak berubah. Syarikat yang sama masih terus beroperasi. Bagi pengguna bas, Yow Hoe Company dan NWJ dilihat

Ujikaji

I su PPSMI masih belum reda walaupun kerajaan telah memutuskan ia akan dimansuhkan pada tahun 2012. Banyak pihak yang bersuara. Ada yang melahirkan kegembiraan khususnya kalangan yang dipanggil pejuang bahasa kerana tindakan mereka menentang habis-habisan dahulu akhirnya membuahkan kejayaan. Kerajaan akur dengan kemahuan mereka sekurang-kurangnya pada pandangan orang ramai. Mungkin kerajaan Najib ada sebab lain untuk tidak meneruskan " brainchild " Mahathir ini. Tidak kurang yang menyatakan rasa kecewa kerana PPSMI ini bukan tidak ada baiknya. Sekurang-kurangnya ia memberi lebih ruang kepada murid-murid untuk menggunakan bahasa ini dalam konteks sains dan teknologi. Sementelah lagi bahasa ini jugalah yang mendominasi gerbang ilmu dan maklumat era digital. Antara sebab yang didedahkan kepada umum - kemerosotan pencapaian dalam kedua-dua subjek Matematik dan Sains dikalangan pelajar di dalam peperiksaan awam sejak PPSMI dilaksankan.Ada kebenarannya justeru guru-guru yang diaman

Analogy

T his morning, in the class of CCTS, I told the story below to my students to generate better understanding how analogy is employed in the thinking process. I am expecting that they will come up with better examples out of their creative thinking process. A man went to a barbershop to have his hair cut and his beard trimmed. As the barber began to work, they began to have a good conversation. They talked about so many things and various subjects. When they eventually touched on the subject of God, The barber said: "I don't believe that God exists." "Why do you say that?"asked the customer. "Well, you just have to go out in the street to realize that God doesn't exist. Tell me, if God exists, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If God existed, there would be neither suffering nor pain. I can't imagine a loving God who would allow all of these things." The customer thought for a moment, but didn't respond be

Masa

K epentingan menepati masa kelihatannya tidak begitu diberikan perhatian di kalangan sebahagian besar daripada kita. Di kalangan masyarakat Melayu konsep masa sebenarnya begitu elusif dan tidak spesifik. Masa sering dikaitkan dengan lima waktu sembahyang. Lalu terbentuklah semacam budaya masa yang berkait rapat lima waktu ini. Ungkapan-ungkapan seperti lepas zohor, lepas asar, maghrib dan seumpamanya lebih kerap digunakan daripada menyatakan waktu secara tepat. Sekiranya waktu lepas zohor yang di ungkapkan bermakna masa senggang sekitar tiga jam sebelum muncul waktu asar itulah yang perlu dipegang. Saya melihat konsep masa yang diamalkan begini tidaklah begitu baik justeru ia menyusahkan dan sekaligus membiarkan masa berlalu percuma. Malam tadi saya dibiarkan menunggu sehingga satu jam untuk satu temu janji yang dirancang berlaku selepas Maghrib. Sehingga hampir mendekati Isyak, barulah yang di nanti menjelma. Walau apa pun alasan yang diberikan, saya mengambil pendirian untuk tidak be

Syukur

K isah berikut diterima melalui email daripada seorang rakan dan elok untuk dikongsi bersama. Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya." Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya

Teknostres

C raig Brod, peneraju dalam penyelidikan teknostres menyatakan teknostres adalah masalah yang terbit dari kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi seperti komputer dan sebagainya. Namun saya ingin melihatnya dalam perspektif yang berbeza. Penggantungan secara berlebihan kepada gajet teknologi adakalanya memberi impak negatif dan menimbulkan stres. Ketika sedang menulis sesuatu menggunakan komputer, sekonyong-konyong bekalan elektrik terputus. Keadaan menjadi lebih parah sekiranya maklumat yang penting tidak sempat disimpan. Begitu juga ketika kita terlalu bergantung kepada sistem pendingin udara untuk persekitaran suhu kerja yang lebih nyaman dan selesa, ia tiba-tiba gagal berfungsi juga atas faktor masalah tenaga elektrik yang tidak kita jangka.Kepanasan pastinya. Begitu hebatnya penggayutan kita pada sumber tenaga moden ini, sesekali dia gagal berfungsi, merencat seluruh aktiviti harian kita. Penggunaan mesin basuh, periuk nasi, seterika dan pelbagai radas yang b

Pasangan

Ada lelaki ada perempuan Ada putih ada hitam Ada tinggi ada rendah Ada kaya ada miskin Ada rajin ada malas Ada cantik ada hodoh Ada syurga ada neraka Ada Raqib ada 'Atid Ada panjang ada pendek Ada sedih ada ketawa Ada luas ada sempit Ada terang ada gelap Ada pandai ada bodoh Ada mahal ada murah Ada baik ada jahat Ada pemurah ada kedekut Ada cepat ada lambat Ada antan ada lesung Ada high profile ada low profile Ada peramah ada pendiam Ada yang suka menonjolkan diri ada yang suka menyembunyikan diri Ada yang kuat ada yang lemah Kalau sudah begitu pasangannya Terimalah seadanya Jangan ada yang mengada-ngada cerita Pena Tumpul - Geram

Kuasa

B andar Segamat yang sunyi sejak beberapa minggu lalu kini kembali hiruk pikuk dan sebok dengan kehadiran pelajar-pelajar UiTM. Kewujudan UiTM tidak dinafikan memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada kerancakan dan kesuburan aktiviti perniagaan di bandar ini. Pelajar UiTM merupakan antara kuasa beli yang terbesar dan ini dinyatakan sendiri oleh beberapa peniaga yang sempat saya temui tidak berapa lama dahulu. Restoran makanan segera, kiosk telefon bimbit dan kedai alat tulis antara perniagaan yang paling banyak memindahkan wang dari kocek pelajar ke dalam kocek mereka. Dengan kemasukan baru sekitar 1400 orang, peniaga pastinya tersenyum lebar untuk bebarapa bulan mendatang ini. Restoran kopitiam yang menawarkan sistem WIFI percuma juga cukup bijak menerkam peluang. Tidak terkecuali pengusaha bas yang mengangkut pelajar keluar dan masuk saban hari turut berkongsi laba. Petang ini, peniaga pasar lambak menerima asakan luar biasa daripada pelajar yang nampaknya tidak begitu kesah sanga

RM20,800

R M20,800 untuk 10 unit panapis air BIOAura, perlu dilaburkan dan saya serta isteri diberitahu dalam beberapa bulan, impian untuk lima angka bakal menjadi kenyataan. Mudahnya. Bak kata pepatah Inggeris, "easier said than done" Namun itulah yang dikhabarkan oleh Puan Juraidah dan suaminya En Ahmad bila berkunjung ke rumah malam tadi. Dia bercakap dengan dirinya sebagai bukti kepada kejayaan yang telah pun diraihnya. Teruja juga mendengarnya. Sejak sedekad lalu bisnes ala MLM ini tidak pernah membuatkan saya amat tergoda dengannya.Sekadar untuk menjaga hati kawan, ia selalunya terkubur bersama-sama dengan kit permulaan yang tidak pernah pun membakar semangat untuk bergerak selepas itu. Avon,Amway, Revell, Cosway, Newton, Caileygirl, KLink antara yang pernah dicuba. Juraidah yang sanggup datang dari Kuantan meninggalkan saya dan isteri sekitar 12 malam yang masih gagal untuk diyakinkan sepenuhnya. Saya sedang melihat sebiji gelas yang setengah berisi dan setengah kosong. Pena Tu