"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) " Surah Ar-Rum:41 B eberapa  kejadian bencana  alam melanda termasuk banjir besar di Vietnam,badaian taufan di Filipina selain tsunami yang menghentam Samoa dan Tonga serta gempa bumi di Sumatera seharusnya menjadi peringatan dan menginsafkan kita. Bencana yang berlaku tidak sekadar dinilai  100% berdasarkan teori logika dan dijelaskan berdasarkan bukti saintifik semata-mata. Kita perlu  menerima hakikat fenomena ini bukan "kejadian alam tanpa pengajaran" dan meyakini setiap yang berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu difikirkan. Fenomena bencana alam yang semakin ragat berlaku kini sewajarnya diinsafi dan membuka mata kita untuk merenung dan menghisab...