Skip to main content

Emak

Saya berbuka dengan emak lagi semalam. Seronoknya dapat merasai masakan emak.Emak yang faham benar tentang kegemaran saya, menyediakan buah melaka dan tidak ketinggalan kari daging. Betul kata orang, masakan emak tiada tolok bandingnya pada anak-anaknya. Sesedap mana pun masakan isteri, masakan emak tetap nombor satu. Hebatnya seorang emak kerana amat arif lauk kegemaran setiap orang anaknya. Bila abang ada bersama, kari dal tidak pernah ketinggalan, begitu juga kakak yang pulang dari JB yang tidak pernah dikecewakan emak dengan ikan asam pedas kegemarannya. Saya lihat kegembiraan emak dan mengagak emak pastinya punya sebab yang cukup kuat untuk segembira itu. Emak dapat durian runtuh lagi. Sejak beberapa tahun lalu, kegembiraan emak menjelang raya bersebab. Tanpa ayah di sisi, emak sentiasa bersyukur kepadaNya kerana tidak menyusahkan sangat anak-anaknya.

Saya mengusik emak, " Tidak teringin pergi Haji lagi ke, umrah ke?Duit simpanan emak pun dah lebih dari cukup tu. Ini baru dapat lagi" Emak pantas menjawab, "Emak dah tua, engkau yang masih muda ni elok pergi, nak tunggu bila lagi". Saya tahu emak teringin sangat untuk melihat anaknya ini ke sana dan kalau boleh membawanya bersama. Bukan sekali dua emak menyuarakannya. Malah saya masih ingat sekembalinya dia dari menghadiri ceramah motivasi Haji tidak lama dulu, saya disaran emak lagi untuk melakukannya.

Ketika saya melihat emak yang sentiasa tidak pudar keinginannya untuk menjadi tetamu Allah, saya pula sedang menghimpun doa kepadaNya untuk dipilih menjadi tetamuNya yang tidak diketahui entah bila.

Pena Tumpul - Teringat waktu hantar atok naik kapal untuk ke Mekah awal 70an dulu

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...