Skip to main content

Usia

"Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa”. (Surah Arrum: 54)

Sering sekali kita dengar bila usia meningkat tua, pelbagai penyakit akan mula menyinggah. Paling popular pastinya darah tinggi, kencing manis,sakit jantung, buah pinggang yang bermasalah, kaki yang sudah mula lenguh-lenguh dan bisa-bisa dan bermacam lagi penyakit yang tidak pernah dirasai pun sewaktu muda lela. Petang ini, ketika mengadap penuh nikmat hidangan berbuka puasa, emak bercakap tentang kadar kolestrolnya yang tinggi. Menurutnya,doktor yang baru ditemuinya menyarankannya supaya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kadar lemak yang tinggi. Emak perlu lebih banyak makan masakan yang berebus juga tingkatkan pengambilan sayur. Sudah menjadi kelaziman, masakan emak bagaikan tidak sempurna tanpa kuah pekat likat santan kelapa. Petang ini pun kami emak sajikan sekali lagi dengan gulai kari daging yang tidak berupaya saya menolaknya. Kak Long yang balik dari JB untuk berbuka bersama emak, membawa bersamanya roti jala dan pastinya kari ayam! Tidak lupa juga bubur kacang hijau yang manis berlemak. Bertambah lagilah kadar kandungan kolestrol emak!

Sebagai seorang jururawat yang sudah lebih 30 tahun berdepan dengan pelbagai ragam penyakit, kata Kak Long kolestrol ini ada dua jenis yang baik dan yang jahat. Yang jahat itulah yang perlu dikawal kemaraannya. Setelah merujuk sumber yang sepatutnya, Kak Long bukan main-main. Kolestrol jahat ialah low density lipoprotein (LDL) manakala yang baiknya ialah high density lipoprotein (HDL). Lemak di dalam makanan terdiri daripada kombinasi lemak tepu (jahat) dan lemak tidak tepu (baik). Lemak tepu yang jahat banyak didapati dari sumber haiwan, seperti daging dan juga tumbuh-tumbuhan seperti minyak kelapa sawit, minyak kelapa (santan) dsb. Lemak yang baik ialah lemak tidak tepu. Ikan sebagai contoh, mengandungi lemak tidak tepu yang tinggi. Kak Long mencadangkan emak menjadikan quaker oat sebagai makanan utama sekarang justeru keberkesanannya dalam menurunkan kadar kolestrol. Emak tidak ada pilihan tetapi perlu mengikut nasihat Kak Long.

Pena Tumpul - Lepas ini akan berpuas hati dengan masakan rebus emak yang tidak lemak-lemak lagi

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...