Peperiksaan sering menggentarkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak bersedia untuk berdepan dengannya. Ia bagaikan beban yang cukup menekan seluruh jiwa raga dan perasaan. Jiwa lapang tidak terperi sebaik sahaja peperiksaan selesai dihadapi. Pelbagai reaksi dan perlakuan dipamer seusai kertas terakhir.
Ada yang menjerit sekuat hati melaung perkataan "merdeka". Begitulah kuatnya belenggu peperiksaan yang tidak ada seorang pelajar pun boleh lari daripadanya.
Bermula dari hari ini dan tiga minggu mendatang, warga siswa UiTM bertarung lagi di medan peperiksaan.setelah lebih kurang 15 minggu menimba ilmu dalam dewan kuliah, mencari maklumat dalam perpustakaan selain daripada menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.
Saya mendoakan agar semuanya akan berjaya dengan cemerlang.

Pena Tumpul -Tunggu peperiksaan dihapuskan dan digantikan dengan kaedah penilaian yang lebih praktikal dan berkesan
Comments